28 September 2009

LAPANG DI AIDILFITRI

Oleh: Ariff Azami
1 Syawal telah berlalu. Kemeriahan aidilfitri tahun ini sungguh dirasakan sehingga beku sebentar blog ini (hampir 2 minggu expired). Terasa lapang sungguh di jiwa berada di kampung halaman tanpa hambatan dan tekanan kerja duniawi yang kadang-kala sungguh menyesakkan. Nikmat lapang ini jarang kita hargai kecuali ketika kita berada di saat-saat kesesakan samada dari segi masa, wang ringgit, tenaga dan macam-macam lagi aspek kelapangan yang selalu kita terlupa.

Di saat tak berapa lama lagi kehidupan rutin (yang berputar deras yang kadang kala tiada belas kasihan bagi mereka yang lembab) akan kembali melingkari
kita; maka bertambah-tambah lagi kita terasa betapa nikmatnya dianugerahkan nikmat lapang ketika aidilfitri walaupun mungkin seminggu
cuma. Bagi yang menjadi loyar samada loyar gomen ataupun loyar swasta, mungkin ketika cuti yang agak panjang beginilah kita beranjak sekejap dari dunia tahi cicak kita (baju hitam putih da). Tiada jelingan manja dan mulut lazer hakim, tiada panggilan hangit dari anakguam, tiada heretan beg kotak ke mahkamah dan tiada juga kejutan bunyi buzzer (atau
polis mahkamah kata banggungggg) ketika mahkamah mula bersidang. Ahhh, lapang sungguh rasanya menjadi orang awam.

Kehidupan di alam kemahkamahan memang tidak memberi ruang langsung untuk berlapang-lapang. Bahkan tahukah anda jika seorang loyar itu asyik
lapang saja dan mukanya sudah jarang-jarang dilihat di mahkamah; maka itu alamat kariernya mungkin akan menjadi nasi bungkus. Walaupun loyar
swasta dikatakan boleh control masanya sendiri, realitinya sebenar adalah masanya menjadi lebih tidak lapang kerana saban masa ada saja temujanji yang hendak diselitkan. Namun, bak kata bekas Ustaz saya, waktu subuh pun ada meetingkah, ada appoinment kah? Ini bermakna kuasa menentukan kelapangan atau kesibukan masa seorang itu masih lagi ada dan tidak ada alasan untuk kita memberikan alasan yang kita sibuk sehingga melupakan tanggungjawab keluarga dan masyarakat.

Di dalam filem Labu Labi, mereka yang terlibat dalam arena kemahkamahan (dalam filem itu majistret) digambarkan sebagai manusia yang angkuh,
tidak bertimbangrasa malah suka berfoya-foya. Majistret yang degreenya L.E.M.B.U dalam filem itu (lakonan P Ramlee) berebut-rebut pragawati
Sarimah dengan tuan Doktor. Ini satu lagi ketidaklapangan yang menimpa mereka yang terlibat dalam kancah perundangan ini iaitu tidak lepas
dari persepsi serong masyarakat yang mengecop atau memberi label yang pelbagai; dari loyar buruk ke hakim manggostine ke tukang kipas kepada mahkamah kanggaroo.

Kita selalu mengukur kelapangan itu dari aspek material. Tidak salah berfikiran begitu kerana memang sengoti (bahasa kelate bermaksud benar) kerana kita selalu menganggap (presume) bahawa yang banyak atau yang besar atau yang kaya itulah yang lapang. Ya dan tidak jawapannya. Yang kaya tak selalunya lapang hidupnya dan yang kurang kaya tak semestinya sesak. Lihat saja Kassim Baba dalam Ali
Baba Bujang Lapok. Hartawan yang kaya raya di kota Baghdad namun sebenarnya hidupnya sempit dan tidak lapang langsung. Apa ukuran kaya jika masih ke pajak gadai, bil air tak dibayar dan risau meminjamkan
cupak di tengah malam kepada adindanya sendiri Ali Baba?

Sebab itulah saya sangat bersetuju dengan prinsip mudah yang disarankan oleh Azizi Ali dalam buku beliau. Katanya, jika kita mampu membeli 5 series,
belilah 3 series agar kewangan lebih lapang dan ada wang berlebih setiap bulan. Dengan kata lain yang agak relevan (yang pernah seorang senior DPP nasihatkan saya), jika kita ni gred L48, hiduplah macam L44, jangan pula gred L41 tapi nak hidup macam L54! Sifirnya mudah sahaja, walau gaji kita 700k++ sebulan sekalipun (seperti boss CIMB) tapi kita
masih berbelanja ngam-ngam sahaja setiap bulan atau kadang-kadang defisit (dan terpaksa buat personal loan dgn mak bapa); maknanya kewangan kita masih belum lapang lagi. Oleh itu kawan-kawan
beringatlah, besar periuk maka bersarlah keraknya. Solusinya? Kecilkan periuk atau belajar lagi memasak supaya kurang keraknya!

Selain lapang dari segi masa dan lapang dari segi kewangan, sudah tentu lapang dari aspek minda dan perasaan juga banyak teruji dalam musim aidilfitri
ini. Berapa ramai kalangan kita yang masih mampu tersenyum dan tidak menjahanamkan orang apabila dipotong Q di jambatan Sultan Yahya Petra atau jambatan Brahim Ali Adi Jagat (self-proclaimed title) selepas berjam-jam memandang lampu brek kereta di depan? Berapa ramai pula yang sabar dan tidak cuba menjadi Juan Pablo Montoya memotong lori semasa jemboree teruk di perjalanan pergi dan balik ke kampung?

Berapa kelatkah pula senyuman kita apabila rempit-rempit junior datang beraya ke rumah dan terang-terang isytihar yang mereka hanya nak duit raya
semata-mata dan tidak sudi menjamah juadah raya? Berapa ramai dari kita pula yang berjaya melapangkan minda kita dan anak-anak dari menonton filem Melayu (atau Bollywood atau Indon) recycled yang memualkan dengan isu-isu lapuk, cinta babun yang sama dan lawak slapstik yang membuatkan kita hendak menangis bukannya ketawa? Hah! Jawablah sendiri dan barulah
anda tahu lapang atau tidak minda anda dan berapa berlapang dadakah anda.

Di dalam kulit kacang (in a nutshell), hargailah nikmat
lapang yang kita ada (selain menghargai sungai kita). Gunakan dengan sebaik mungkin agar hidup kita terasa luas terbentang bak sawah padi di Sekinchan bukannya menjadi sesak lagi menyesakkan seperti bandaraya Kota Bharu di musim Aidilfitri yang dipenuhi kenderaan berplet B dan juga W. Wassalam.

23 September 2009

POST MORTEM RAMADHAN

Dalam kesibukan kita menyambut lebaran yang bakal tiba, tidaklah salah untuk kita menoleh sejenak ke belakang selama tempoh 29 hari kita berada dalam bulan pentarbiyahan Ramadhan atau bulan pesta ibadah ini. Tidak kiralah pada malam buat ketupat ini kita sibuk menggantung lampu lip-lap atau memasukkan duit raya ke dalam sampul atau benar2 membuat ketupat (mengumpat?) atau memalaskan diri menghadap astro sports channel (bola lagi yang tak pernah cuti); malam menjelang 1 Syawal inilah masa terbaik untuk membuat post mortem/bedah siasat Ramadhan edisi kali ini.

Seperti lagu kumpulan The Zikr; Ramadhan Dua
Zaman yang antara lain liriknya berbunyi...Ramadhan satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza...(boleh download sendirilah ok), maka kita umat akhir zaman ini tidak boleh tidak mestilah
mengkoreksi diri meneropong ke dalam diri menembusi hati nurani kita setiap kali Ramadhan pergi. Bedah siasat ini perlu agar kita dapat menggredkan pencapaian kita saban tahun agar kita sentiasa ada benchmark yang perlu dikejar dan digapai. Jika tidak ada kemungkinan kita akan berprestasi mendatar sahaja (macam suara kebanyakan pelajar AF) di mana saban tahun kita gagal merebut peluang yang tiba semasa Ramadhan dalam pemikiran yang over-confident yang kita akan pasti berjumpa Ramadhan berikutnya.

Menteri pun ada menteri KPInya, restoren pun ada gred-grednya iaitu A (sangat bersih selalunya kedai
makanan cepat/fast food saja) atau B (bersihla masih ada selera pergi) dan C (kurang memuaskan, apasal tak tulis kotor saja?), bahkan telur dan jersi bola siam pun ada grednya. Maka kita pun wajarlah memberikan
gred kepada diri kita sendiri dalam konteks Ramadhan, samada gred super/AAA atau gred secukup rasa (cukup makan) atau gred under par
(rasib wal mardud).

Sesiapa yang pernah menghadiri post mortem
di hospital seperti saya (walaupun tak full) akan mengetahui bahawa proses bedah siasat jasmani itu adalah satu proses yang detail, penuh berhati-hati, tidak meninggalkan sebarang batu tidak dibalikkan (leave no stone unturned) dan bertujuan mencari satu jawapan iaitu COD (cause of death). Sebab itulah saya sangat menyanjung dan salute karier sebagai pakar pathologi ini yang kariernya bermandi darah (legal pulak tu), menghadap client yang kaku hari-hari; namun masih mampu tersenyum di mahkamah dan masih juga berselera untuk makan setiap hari. Justru, pendekatan yang sama wajar juga kita applikasikan dalam bedah siasat rohani kita pula.

Terdapat beberapa indikator yang saya percaya
mudah untuk kita menilainya secara jujur .Pertamanya, sudah tentu mengenai ibadah paling favourite di dalam bulan Ramadhan. Terawih?
Bukan. Tadarrus? Pun bukan. Tahajjud? Mungkin tidak. Ibadah yang saya maksudkan itu adalah ibadah berbuka puasa. Penilaian yang kita boleh buat adalah; pertamanya berapa incikah luas meja makan yang masih kosong tidak dicover oleh juadah berbuka? Juga berapa peratus makanan yang dihabiskan dan berapa peratus pula yang menjadi makanan kucing
(atau Ratattouille)?. Juga kita boleh tanya diri sendiri juga pernahkah kita terjama' solat maghrib di dalam waktu isya' dek kerana melayan nafsu makan kita yang dikekang selama setengah hari itu?

Indikator kedua dalam post mortem Ramadhan adalah aspek ekonomi atau berbelanja. Antara soalan cepu platinum yang kita boleh lontarkan adalah; adakah kita terpaksa mengorek duit simpanan (ASB, Tabung Haji, bawah katil) untuk top up perbelanjaan Ramadhan? Adakah di dalam Ramadhan kita
berkawan lebih karib dengan along versi plastik (kad kredit la tu)? Juga soalan yang menarik adalah adakah kita masih mengekalkan kadar sedekah RM 1 atau kurang setiap kali solat Jumaat atau jari-jemari kita lebih ringan memberi kepada mereka yang memerlukan?

Indikator ketiga yang boleh dirujuk adalah berkaitan ibadah lain yang sepatutnya menjadi rebutan iaitu ibadah terawih dan tadarus al-Quran. Adakah terawih kita bersifat menurun grafnya yakni hanya penuh di awal Ramadhan dan berlubang di peringkat yang terkemudian? Seterusnya, adakah kita benar-benar berasa rehat dengan berterawih atau berasa
terpaksa untuk menghabiskan walau hanya 8 rakaat kerana mengejar drama Nur Kasih atau aksi Wayne Rooney? Begitu juga dengan aktiviti tadarrus,
di akhir Ramadhan sudah berapa banyakkah helaian Quran (yang akan menerangi kita di dalam kubur) yang kita berjaya habiskan? Di hari ke 29 ini, cuba lihat adakah kita sudah berjaya menghabiskan banyak
lembaran al-Quran atau masih lagi tersangkut di Surah Al-Baqarah?

Mungkin ada banyak lagi indikator yang boleh disenaraipanjangkan untuk mencapai maksud post mortem Ramadhan ini. Yang pentingnya, berlaku jujurlah kepada diri sendiri dalam menjawab persoalan-persoalan yang telah dilontarkan di atas. Jika banyak yang positif, bersyukurlah kerana program tarbiyah Ramadhan telah memberi impak maksima ke atas batang tubuh dan rohani kita. Jika banyak yang dakwat merah pula, nampak gaya
kita kena eksplorasi diri kita lagi dan mengetuk brain head (kepala otak) kita agar lebih menghargai satu nikmat yang begitu agung yang Allah kurniakan kepada kita yang bernama Ramadhan. Berdoalah moga kita diberi peluang untuk bertemu Ramadhan lagi di edisi berikutnya untuk bershopping ibadah di mega sale Ramadhan. Wassalam.

Petikan asal di sini http://loyarberjurus.blogspot.com/


:::0:96d8cd5695eed6b423af6eba57d04107:-1:0:::

12 September 2009

RUMAH YANG ABADI

Oleh: Ariff Azami
AJK Jenayah Juham
(Artikel ini adalah tribute untuk rakan penulis yang telah meninggal)


Bagi peminat filem P.Ramlee, lawak beliau bukan sahaja tidak mengeringkan gusi tetapi juga tidak mengeringkan minda. Selalunya lawak beliau penuh
bermesej dan juga satu sindir-perli kepada masyarakat. Di dalam cerita Seniman Bujang Lapok contohnya, Ajis dan Sudin telah mengadakan sessi
petir minda (brain-storming) mengenai status mereka yang mungkin terpaksa berpindah ke rumah lain lantaran tidak dapat konsentrate dalam
menghafal skrip. Lalu keluarlah lawak bermesej (bukan lawak bo seperti Senario) dari Sudin; aku ada bilik kalau kau nak, panjangnya 6 kaki, lebarnya 2 kaki, dalamnya pun 6 kaki. Ajis menjawab; luas jugak ye..itu
kubur!

Nah, dalam cerita P. Ramlee pun ada seruan ke arah
mengingati mati. Ramai kalangan kita tidak gemar bila disebut pasal mati sehingga klip video sakaratul maut menjadi isu besar kononnya menakutkan kanak-kanak. Lahaulawala, itulah tujuan apa-apapun yang
berkaitan dengan mati, supaya takut, beringat dan menginsafi diri. Kalau mengharapkan sesuatu yang selamat (playsafe) , tidak menakutkan kanak-kanak dan tidak menggusarkan jiwa mana-mana orang (yang berdosalah tu); lebih baik tonton sahaja cerita encik kacang (mr bean).

Walhal, kita sudah tahu yang hidup di dunia ini adalah untuk bercucuk tanam sahaja, menuainya di akhirat nanti. Dengan mengingati mati, sebenarnya akan mencatapultkan lagi daya usaha kita untuk mengejar akhirat yang abadi, di samping tidak melupakan dunia sebagai tapak semaiannya. Salah satu cara yang dianjurkan nabi SAW adalah dengan selalu menziarahi
kubur. Melihat dengan mata kepala sendiri batu nisan yang kaku, suasana hening di kuburan dan apatah lagi melihat jasad orang yang disayangi diletakkan di dalam liang lahad, dihadapkan ke kiblat dan akhirmya
dikambus dengan tanah; bisa meruntun mana-mana jiwa yang keras kekkong (sorry bahasa kelate) sekalipun.

Sebab itulah, jika berpeluang; masuklah ke dalam liang lahad itu (semasa kita bernyawa lagi) untuk
cuba mendapat idea (kalaulah boleh), bagaimanakah rasa berada di rumah abadi. Saya sendiri berkesempatan dikambus (dengan plywood la) di dalam lubang kubur selama satu jam di tengah malam di KKB. Pelbagai cerita didengar apa yang berlaku oleh mereka yang sebelumnya. Ada yang meraung bila keluar, ada yang rasa berpusing seperti dalam mesin basuh (pernah masuk ke dalam mesin basuh) dan ada pula yang dapat melihat wajah
ibu/bapa yang sudah tiada. Natijahnya, beberapa kerat sahaja yang memberanikan diri dan ramai termasuk yang bertaraf Ketua Jabatan dan
hampir ke usia the golden age (warga emas) pun tak berani mencuba. Apa yang saya alami biarlah saya simpan rapat di dada saya (keep it close to my chest). Cukuplah saya katakan, tengah malam itu seorang brader yang macho dan bercakap agak ultra confident menangis berjujuran air mata semasa sesi pasca masuk kubur. Lalu sessi muhasabah bertukar
menjadi sessi muhabasah.

Bagi yang kematian keluarga terdekat juga, ambillah peluang masuk ke liang lahad sebagai salah seorang
daripada 3 orang yang menyambut jenazah di dalam liang. Pengalaman saya sendiri melaluinya semasa kematian abah, datuk dan nenek saya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata kerana terlalu bermakna dalam hidup saya dan menginsafkan jiwa. Cubalah bila berkesempatan, mungkin episod sebegini dalam hidup anda dapat menjadi salah satu stimulus untuk anda terus mempersiapsiagakan diri menghadapi kematian yang pasti datang itu.

Seperkara lagi, haruslah kita menginsafi bahawa malaikatulmaut setiap hari menjenguk kita, bahkan kubur menyeru kita sebanyak 5 kali sehari (ikut
bacaan sayalah). Kalau dalam filem Hollywood pun mereka ada terfikir mengenai jengukan malaikat maut melalui cerita Meet Joe Black (Brad Pitt jadi malaikat maut buat lawatan sambil belajar dulu sebelum cabut nyawa Anthony Hopkins); maka kita sebagai orang Islam lebih-lebih lagilah perlu beringat sokmo. Cukuplah berpegang dengan kata-kata keramat (atau keparat) iaitu life begins at 40. Life ends when it ends as prescribed in Luh Mahfuz which we don't now maybe until the last minute. By then it may have been too late moreover if we are among
those still believing in Duran Duran's song; Forever Young.

Dalam kita memerah otak untuk mencantikkan rumah seperti saranan Eric Leong atau merenovate rumah untuk dimasukkan ke dalam majalah Anjung Seri
atau kita mengumpul wang untuk menaiktarafkan rumah kita ke rumah yang lebih luas; maka janganlah kita lupa untuk mengumpul wang atau pitis juga untuk rumah kita yang abadi di alam barzakh. Bak kata Tok Guru Nik Aziz dalam filpen (filem pendek) bertajuk The Tree; untuk hidup akhirat kita juga perlu pitis dan pitisnya dipanggil pahala.

Untuk arwah Rezal @ calok yang dipanggil menghadap penciptanya pada 9/9/09; moga
diberi keluasan dan kelapangan oleh Allah semasa berada di rumah yang abadi sementara menunggu masa dibangkitkan menghadap Allah Rabbul Jalil
di mahkamah mahsyar kelak. Dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan yang dikasihi Allah. Wassalam.

8 September 2009

I SCRATCH YOUR BACK, YOU SCRATCH MY BACK

The word scratch often associated with negative connotations like the scratch and win scheme. The same goes for the term "I scratch your back, you scratch my back". To a layman understanding, it means the culture of "cover line" and also the culture of coffee money (duit kopi) whereby people will only help if they were given some consideration (lu tolong gua, gua tolong lu la). But I am of the view that the term "I scratch your back, you scratch my back" should be more used to denote something positive i.e the concept of mutual respect and understanding. Why am I being boombastic here?

Well, if in the movies we have triple X (I mean the Vin Diesel one la) and in WWE we have Triple H; today I received a triple too that is a triple treatment. The triple treatment are; firstly having a submission in a 39B case adjourned simply because the DPP was stuck in another court whereby the other judge refused to allow the DPP to be excused for a while to do the submission. This is in addition to the fact that the case was fixed today without consulting me when it was postponed from last week. I only got the surat cinta via fax machine last week after both parties (excluding me of course) agreed on a new date.

Secondly, another case that I stood down to 2.30 pm (because of the 39B case) was given a new date without my attendance and I was informed that the judge gave the date in chambers when meeting the DPP. The interpreter also "mildly" threatened my client with waran tangkap if he's not present although last week the court has granted the adjourment to 2.30 pm. Lastly, my office received a "friendly" call from another court interpreter who kept repeating that the judge is about to struck off a S.376 appeal in the court today because nobody was present eventhough no notice was ever given by the court to us regarding today's date (I received sepatah haram).

Call it what you like, at best its a miscommunication or I can say someone is behaving lackadaisically in performing their duty. At worst its a lack of appreciation to the term "I scratch your back, you scratch my back" or in Phua Chu Kang's languange; tahapahapa attitude (don't pray pray haa). I'm not pointing my gun or trying to catapult towards the bench only. It happens also to other parties as there will always exist species of unscrupulous lawyers and syok sendiri DPPs.

The point is this. Respect and being tolerant is mutual in nature. It must be bi-lateral (dua hala) and mus'nt be a one sided affair (clapping one hand only). Before you can demand others to respect you, being considerate to you; you yourself must show it first. Take the situation in our courts as an example. Certain standards are expected from lawyers side and DPP concerning application for adjournment e.g sufficient notice, all parties to be duly consulted etc. Should'nt the same standard applies to the bench? Correct me if I'm wrong but all components involved in courts are officers of the court. It only happens that each of us play different roles either on the bench, prosecutors or defenders (of the world!).
Moving to a bigger scale from the courts that is in the country; the same standard should and must be applied to all parties, across the board. The raksulbaqarah (kepala lembu) incident is the test case here. All perpetrators must be brought forward to face the music and answer the charge prefered to them. They can always defend themselves later by enganging loyar berjurus or loyar buruks (up to them). It's more pressing to charge them in the light of overwhelming video evidence (not to mention the police as eye-witnesses but acted like pak guards) and also the racial card that were played at a very dangerous level (kalau di Tambatan Di Raja dah banjir melimpah dah).

The slow motion and ultra scutiny method adopted by the police was regretted though not totally unsuprising. After all, their own minister kerismudin was the one flip-floping and contradicting himself in defending the culprits. KJ get my vote here (definitely not as the future PM) for being consistent and bold enough to condemn the wrongdoings regardless of which puak or kroni who did it. Compare and contrast with excessive forse used in capturing Hindraf 16 a few days later by merely giving 10 seconds to disperse and then immediately arresting them (and dragging some of them). Remeber, the reason given on the raksulbaqarah episode was the police present was junior officers and police can't arrest people sesokahati!? This double standard is definitely not helping to uplift the eroding image of our police force ( I pity the good ones there).

To conclude, I feel sorry for our PM who strive to propagate the unique concept of 1Malaysia as the events that are unfolding lately are not reflecting the noble idea. Maybe he should be talking more (by more I mean wisely) on hot issues happening, instead of passing the baton to his deputy or kerismudin giving not so brilliant comments. Would the 1Malaysia concept suffer the same fate as Islam Had-hari? I don't know. What I know is there's a shop called Hari-Hari! Wassalam.

excerpt from http://loyarberjurus.blogspot.com/

EFFECTIVE SUBMISSION (LOYARBERJURUS STYLE)

By: Ariff Azami
AJK Jenayah JUHAM

The submission stage is the most crucial stage in a hearing proper. This is the time you forward your case (convincingly or otherwise), try to persuade the judge to favor your side and last but not least this is the time to crush your opponent's case(contradictions and gaps) just like what John Rambo did in Rambo 4 using his machine gun. Thus, I lay down a few important foundations in order to triumphantly deliver your submission and to enjoy the fruit of labour. Beware! This is not for Otais (old-timers) who may have developed your own technique or jurus in handling submissions.

To begin with, submission is not a repetition of the evidence in court (like what Astro currently doing in movie channels). You should'nt be reproducing the evidence as its already in the notes but rather you infer or conclude from the set of facts available. Quotation from the notes is permissible but keep it to
the minimum and only to the vital ones. If your submission is 70% or more comprises of cutting and pasting the evidence; then you must realise that you did not even past the first hurdle in producing an
effective submission.

In contrast, it must not be too skinny or short. Then you must be either ultra-confident that your opponent has a going to the drain case (kes yang akan ke longkang) or you have no clue whatsoever on what you are suppose to submit (making a seposen face). With due respect, it happens in real world mainly among police prosecuting officers (PO) and sometimes new DPPs. The maximum words used by them in their submission is 5 words; that is "hujahan saya adalah sepertimana keterangan". And how you expect this kind of half-hearted (or no heart al all) submission to even compete against a well prepared and documented submission prepared by loyarberjurus? Its like Ferrari v. Proton and surely judges as human beings will normally incline to accept the Ferrari level of submission.

Its a plus factor to be systematic, up to date and properly managing the database of case laws and other references. The reason is that you need not have to prepare the same thing all over again for every submission. Also, it will be very handy to straight away record in the notes during the trial itself what you want to submit later, instead of trying to figure out everything at the final stage. The court now is proposing to make it compulsary that the submission be done immediately after the party closes its case, without any preparation period given. This is more challenging (and nonsense actually) and stressful. Thus, the best option is still like what I've been doing; to prepare submission (skeleton) even before the trial starts.

Apart from do's there are also a few dont's in doing submission. Rule number one; don't do a Buletin Utama TV3. When you mislead the court or appear to mislead the court and if the judge senses this; then say goodbye to your case. You might as well damage your reputation and goodwill in the process. Submit only the truth, the whole truth and nothing but the truth. Even if the peice of evidence is damaging to your case, don't sweep it under the carpet but instead try to distinguish it or at least minimize the negative impact to your case. You will be regarded as a gentleman that boldly acknowledge the shortcomings in your case but still strive to win your case in a civilised manner. Remember cheats never prosper.

Next, is the rule number two; presenting submission must not be boring and monotomous like Berita RTM in radio. It should sound more like Dato Fadzillah Kamsah (loyar kurang menipu bulan Februari sebab kurang hari) or Prof Izi Ali (renung2kan dan selamat beramal). A little bit of mix in your tone is good just like playing tarik tali. It doesn't mean you must turn the court into a Chines Opera or use Padaiyappa style. I know a few good lawyers and DPPs who submit in an orderly manner, slow and steady but with conviction, and still won a lot of cases. Develop your own style, its ok to adopt some other senior practitioner's style but at the end of the day, its the one which you develop yourself will suit you best.

Last and not least, treat submission in a trial as the most awaited stage and not the most avoided one (head-cracking stage). This is because this is the opportunity to show your advocacy skill (and drama skill too), crucify your opponent and tell the whole world that you are not just a lawyer reman/jamin or DPP sebutan but a real litigator (because this snippet is mainly targeted to newbies and not otais grandmasters). Wassalam.

Test

Test email upload

3 September 2009

JUSTICE HURRIED, JUSTICE DELAYED AND JUSTICE HANGING

Oleh: Ariff Azami
AJK Jenayah JUHAM

Semasa era pra-KPI kita di mahkamah biasa mendengar ungkapan "justice delayed is justice denied" yang membawa maksud mudahnya keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Ketika itu, proses mendisposekan kes di mahkamah umpama perjalanan Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur.
Penuh kelambatan, penangguhan, halangan di tengah jalan dan masalah luar jangka. Namun, era pasca-KPI pula ungkapan yang lebih popular terucap adalah "justice hurried is justice burried". Maksud mudahnya adalah "keadilan yang dilajukan adalah keadilan yang tertimbus".

Ini memandangkan proses perjalanan keadilan di mahkamah telah diaccelerate sehingga setaraf dengan bullet train di Jepun. Kini, kisah-kisah pelik
seperti mahkamah bermula jam 8 pagi, berakhir jam 7 malam, alasan sakit sudah tidak dilayan kecuali mati sahaja, hujahan immediate selepas tutup kes walaupun saksi ada 30 orang dll semakin hari semakin biasa di halwa telinga kita. Sudah makin menipis belas kasihan mahupun penggunaan budi bicara melainkan arahan dari kerajaan langit sahaja
yang perlu dipatuhi dulu, kini dan selamanya.

Ada satu lagi istilah yang jarang kedengaran tetapi boleh berlaku dalam sistem keadilan kita ini, iaitu "justice hanging"(keadilan yang tergantung).
Saya menyamakan ungkapan maut justice hanging ini equals to justice pening or justice neither here nor there atau mengikut kumpulan Ukays; di sana menanti di sini menunggu. Kenapa saya berkata begitu? Kerana orang yang terjebak dalam situasi justice hanging sentiasa berada dalam keadaan tak tenang, kepeningan dan kerisauan menanti apakah kesudahan yang akan menentukan hala-tuju hidup beliau. Dalam masa yang sama, beliau berada dalam keadaan terumbang-ambing atau ke laut tidak ke
darat pun tidak (neither here nor there).

Mereka yang jatuh ke lembah "justice hanging" ini adalah mereka yang statusnya berterusan sebagai suspek. Mereka disiasat berbulan-bulan malah sampai bertahun, malangnya tiada titik noktah samada dituduh di mahkamah atau kes mereka
diNFA (no further action atau nasi bungkus). Kebiasannya orang yang terjebak ini disiasat oleh SPRM kerana modus operandi SPRM adalah terbalik daripada agensi lain seperti polis (undang-undang dia pun semua terbalik kuang). Jika polis biasanya tangkap dulu dan siasat kemudian (maknanya cari atau bina bukti kemudian), sebaliknya SPRM ini siasat dulu, baru tangkap dan tuduh.

Sebab itulah kita dapat lihat banyak kes yang masih disiasat oleh SPRM termasuk yang terbaru PKFZ dan mansion Khir Toyo (yang jambu itu) dalam pace yang bersifat "biar lambat asal selamat" gayanya, penuh berhati-hati dan maha teliti (sampailah semua orang lupa). Pihak polis pun ada juga kes-kes yang siasatannya bersifat siput khinzir ini, tetapi selalunya ia melibatkan jenayah komersial atau kes-kes pendobian wang haram (money laundering), yang memerlukan siasatan yang teliti, melibatkan dokumen yang berbakul-bakul dan clearance daripada pihak-pihak seperti Bank Negara dan sebagainya.

Hari ini saya berjumpa dengan 2 anggota polis yang terperangkap dalam situasi sulit ini. Mereka disiasat oleh SPRM sejak bulan Mac 2007 akibat tohmahan mengambil wang RM 2,000 (ya 2k sahaja bukan komisen kapal selam berbilion). Dek kelemahan bukti,
mereka tidak segera dituduh tetapi disambungsiasatkan dan berstatus saspek di mata SPRM sejak lebih 2 tahun lepas. Mereka digantung kerja selama 18 bulan (sehingga September 2008) yakni menerima separuh gaji sehingga mereka direinstate dan bekerja semula seperti normal. Tup-tup, selepas setahun menjadi manusia normal, mereka dihubungi IO kes memaklumkan bahawa esoknya mereka akan dituduh di mahkamah bagi
kesalahan tahun 2007 itu. Wah, senangnya mengatur hidup seseorang umpama menendang bola takraw. Tika hendak siasat dulu beria-ia macam servis Pakdee Dangwattanapaibul, tika hendak tangguh ditimang-timang dulu, bila hendak tuduh terus dilibas dengan libasan maut Raziman Hassan atau Adnan Saidin!.

Begitulah bahana justice hanging. Fail kes anda tidak ditutup dan dibiarkan terbuka untuk tempoh yang
undefined, indefinite dan unspecified. Samada SPRM berjaya membongkar bukti baru selepas hampir 3 tahun kemarau kontang dari segala bukti (kalau ada bukti dah zaman berzaman lah tuduh), ataupun satu lagi PR exercise untuk menunjukkan pihak SPRM telus, mulus dan tidak bias dalam menjalankan prosecution (not persecution); seperti kata kumpulan UNIC hanya tuhan yang tahu. Dan loyarberjurus akan hadir ke mahkamah esok sebagai salah satu komponen pakatan keadilan dalam menjalankan tanggungjawab menegakkan keadilan dan menjadi check and balance kepada pihak pendakwaan agar membuat kerja dengan betul dan munasabah (bukannya yang maha setia dalam semua keadaan). Wassalam.