3 August 2009

MURAHNYA HARGA SEBUAH KEBEBASAN

Oleh: Ariff Azami Hussein

Ramai antara kita tidak pernah dipenjarakan. Ramai juga tidak pernah dilokapkan. Tetapi malam ini di Balai Polis Bukit Jalil, berpuluh2 warga Malaysia dinafikan hak kebebasan mereka dan dibajuungukan (baju lokap). Mereka juga disuruh mencangkung dan digari seperti penjenayah tersohor lagaknya.

Cubalah hadiri prosiding reman, apatah lagi yang membabitkan mereka yang sudah berumur dan kanak2. Fikirkan perasaan mereka yang sudah 24 jam dikurung di belakang jeriji besi dengan status sebagai saspek tetapi sudah dicop sebagai penjenayah di mata masyarakat. Fikirkan pula perasaan ahli keluarga mereka yang setia menanti di luar pagar balai polis sepanjang hari menantikan bilakah wajah orang kesayangan akan muncul dibebaskan.

Sebagai peguam yang sering ke kem motivasi Sungai Buloh dan lokap2 untuk prosdiding reman, saya dapat merasai sikit sebanyak hati kecil mereka yang ditahan. Ingatlah, ia boleh terjadi kepada diri kita dan mungkin ahli kerana mereka sudah ditangkap. Hey ,mereka belum disabitkan lagi dan belum tentu juga mereka akan dituduh.

Lantas, perlunya ada peguam hadir di prosiding reman bagi check and balance kepada permohonan IO. Undang2 adalah jelas di mana beban untuk justifikasi keperluan extension of remand terletak di bahu IO. Malah Seksyen 117 telah dipinda bagi menghadkan jumlah hari untuk reman bagi kategori kes berlainan dan mengelakkan berlakunya road show yakni upacara mengarakkan saspek ke balai2 yang pelbagai.

Malam ini, IO yang nampaknya juga kepenatan dan penuh stress telah memberikan beberapa alasan yang mencuit hati dan menggelikan hati. Antaranya, kerana hari ini Ahad maka mahkamah tutup dan tidak boleh dituduh. Juga alasan ramai saspek alamatnya jauh dan tak ada jaminan untuk mereka hadir semula
jika dituduh. Satu lagi alasan yang seperti kata hakim coklat hacks (tak relevan!) adalah kerana hendak mengambil keterangan saksi polis. Kalau begitu reman sahajalah saksi2 itu apa kena mengena dengan saspek pula?

Alhamdulillah, majistret dengan tenang dan rasional
selepas mendengar hujahan kedua2 pihak, menghayunkan tukul keadilan memihak kepada saspek2 ini. Lantas diluar bilikl okap hanya bacaan doa, iringan air mata dan ucapan terima kasih kepada peguam2 daripada saspek2 yang dapat memancarkan cahaya kesyukuran di wajah masing2. Gema takbir juga menggegarkan balai beberapa kali (ada polis yang bertakbir juga!).

Benarlah, mudah sekali liberty seseorang itu hendak
dicurtailkan hanya semata2 untuk facsilitate pihak polis untuk melengkapkan penyiasatan mereka. Tetapi pada malam ini, kebanyakan daripada tahanan telah diberikan kebebasan kembali oleh majistret yang bijaksana, hasil kerja keras peguam2 dan sudah tentu doa seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebebasan. Dan saya sebagai peguam akan terus berusaha menunaikan tanggungjawab memulangkan kembali kebebasan yang cuba dirampas secara terhormat melalui alasan reman ini. Wassalam.

(petikan asal di loyarberjurus.blogspot.com)

2 August 2009

DEMO DEMO KAWE KAWE

Oleh : Ariff Azami
(petikan dari http://loyarberjurus.blogspot.com/)

Hari ini tanggal 1 Ogos 2009 kita (tidak) dikejutkan dengan berita penangkapan lebih daripada 400 orang dalam perhimpunan anti ISA di ibu kota. Ramai yang menyokong demonstrasi ini. Inilah ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan dan menyampaikan mesej kepada kerajaan yang sudah berkurun berhenti setakat gear 1 (atau gear reverse?) apabila bercakap tentang usaha2 untuk mengkaji akta draconian (atau akta zombi kampung pisang?!) ini. PM tercinta mengatakan berilah pandangan, cadangan namun bagi penyokong anti ISA, usaha memberi cadangan ini samalah seperti menunggu ayam jantan bertelur (kerja Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok).

Tidak sedikit pula yang menolak demostrasi jalanan ini (dengan merancang satu lagi demonstrasi jalanan?) dan berikrar mempertahankan undang2 keramat ini yang telah sekian lama berjasa dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Akta inilah yang telah berjaya menyahtinjahkan golongan2 subversif dan pelampau yang mengancam keselamatan negara. Contoh2 pengganas ini adalah seperti Nik Adli (ketua kumpulan Mujahidin Malaysia atau apa nama ya kumpulan dia, apa nama dah lupa la) dan ahli2 politik (yang asyik membangkang saja) yang telah dilalangkan ke Kamunting dalam operasi lalang serta ramai lagi yang sewaktu dengannya semasa era kegemilangan reformasi akhir tahun
90an.

Kita perlu lihat dari 2 aspek bila bercakap mengenai demo ini, barulah berjurus. Emosi tak diperlukan di sini, hanya pemikiran yang berakal dan berwaras sahaja. Pertamanya, kedudukan ISA itu sekarang dan keduanya kewajaran/ketidakwajaran demo itu.

"Benar, ada yang ditangkap dan dikamuntingkan mungkin benar2 pengganas, benar2 pelampau dan benar2 akan merosakkan kedamaian rakyat semua. Tapi, kata pemutus status kepengganasan seseorang itu terletak di tangan perisik2 polis dan menteri dalam negeri. Isunya di sini, ruang2 untuk penyalahgunaan akta ini sangat luas sekali. Ini belum dikira isu penahanan tanpa bicara dan ketiadaan hak untuk membela diri. Undang2 yang berbentuk pre-emptive sebegini, tidak memberi ruang untuk discrutinize dan dan dicabar bukti2 yang ada agar benar2 kukuh untuk memenjarakan seorang manusia (ya, mereka yang ditahan di bawah ISA manusia juga) selama 2 tahun atau lebih. "

Semua orang maklum ISA adalah undang2 yang dibentuk zaman Tun Razak menjadi TPM lagi (1960). Ketika itu fokus penggubalannya adalah untuk mengekang kemaraan komunis (subversif) dan juga puak2 pelampau (terrorist). Seperti dalam konsep usul fiqh al-aslulibaahah, makna mudahnya asal sesuatu benda tu harus. Sama macam ISA, asal penggubalan memang murni dan mendesak (urgent) dan disokong semua pihak.

Tapi sekarang adalah zaman PM Najib Tun Razak. Jika di AG's chambers ada Law Reform Unit maknanya undang2 ultra-veteran seperti ISA ni perlu dan berpatutan sekali direformkan jika tidak dihazaf terus dari muka bumi Malaysia ini. Kayu ukur di sini mudah sahaja, adakah ISA masih relevan, adakah tujuan asal mengekang subversif dah beralih allignmentnya kepada mengekang dissent terhadap establishment, adakah track rekodnya selama ini melambangkan tujuan asal penubuhannya atau tidak?

Benar, ada yang ditangkap dan dikamuntingkan mungkin benar2 pengganas, benar2 pelampau dan benar2 akan merosakkan kedamaian rakyat semua. Tapi, kata pemutus status kepengganasan seseorang itu terletak di tangan perisik2 polis dan menteri dalam negeri. Isunya di sini, ruang2 untuk penyalahgunaan akta ini sangat luas sekali. Ini belum dikira isu penahanan tanpa bicara dan ketiadaan hak untuk membela diri. Undang2 yang berbentuk pre-emptive sebegini, tidak memberi ruang untuk discrutinize dan dan dicabar bukti2 yang ada agar benar2 kukuh untuk memenjarakan seorang manusia (ya, mereka yang ditahan di bawah ISA manusia juga) selama 2 tahun atau lebih.

Peluang sebegini hanya wujud dalam sistem kemahkamahan yang biasa yang melimpahruahkan akses kepada hak2 asasi manusia kepada semua pihak; pengadu, pendakwa dan yang dituduh. Maknanya, bila seseorang itu dihumban ke kem motivasi Sungai Buloh atau pusat isterirehat Kajang; mereka telah melalui proses penyulingan perundangan yang menghasilkan buah sabitan yang jitu dan tak syak lagi.

Keduanya, wajar ke tak wajar berdemo ini. Jika kita belajar konsep momentum, semakin lama ditekan maka kuatlah reaksi yang akan diberikan. Begitulah saya ibaratkan terhadap demo ini. Mungkin rakyat sudah muak untuk berdiskusi, berforum, berbicang secara akademia tentang ISA ini. Mungkin mesej kebencian rakyat terhadap ISA ini tidak didengar selama ini. Saya percaya kita perlu adil di sini. Jika kita tidak setuju dengan method berdemo ini kerana memang apabila ramai2 itu mungkin ada yang hilang kawalan (termasuklah pihak polis); tak perlulah kita ridicule mereka yang hadir itu dengan kata2 nista seperti mereka telah membangkitkan kemarahan peniaga, merugikan penganjur PC Fair, mengakibatkan trafik jam yang melampau dsb. Tak baik mengata, memaki hamun atau memfitnah orang bukan? (seperti kununnya selalu dibuat pembangkang)

Mengikut perlembagaan, rakyat ada hak untuk berhimpun secara aman. Masalah di Malaysia ini wujud undang2 berbentuk pencegahan yang senang untuk disalahgunakan dek kerana tafsirannya yang kabur. Contohnya adalah Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Akta kegemaran pelajar universiti iaitu AUKU. Begitu juga Akta Polis yang telah menghadkan hak untuk berhimpun ini ke mata pena atau stamp pad OCPD. JIka OCPD kata boleh bagi permit maka halallah perhimpunan itu dan begitulah sebaliknya. Saya pernah bertanya di mahkamah saksi seorang OCPD apa yang beliau faham maksud illegal assembly? Bila menjawab dengan konfiden sekali; perhimpunan lebih 3 orang dan tiada permit. Wah begitu simplistik sekali jawapan itu.

Jadi, pada saya demo itu adalah wajar. Jika pihak pro ISA hendak berdemo juga, maka itupun wajar pada saya (i'm being consistent here). Mungkin aspek tempat (stadium lebih baik) dan juga masa boleh ditambahbaikkan agar lebih sesuai dan hasilnya kedua2 pihak boleh menghantar memorandum masing2 kepada YDPA dan pihak polis tanpa perlu susah hati boleh menjadi pengiring kepada perhimpunan aman ini. Sebagai penutupnya saya ada pandangan saya dan anda juga ada pandangan anda, we can agree to disagree here. Pendek kata, demo demo kawe kawe. Wassalam.