9 January 2010

PRO BONO LAWYER

Oleh: Zulqarnain Lukman

Pro bono lawyer atau peguam sukarela adalah satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada peguam yang berlesen berkhidmat kepada mana-mana klien tanpa sebarang upah atau fi guaman. Lazimnya, pro bono lawyer ini hanya dipampaskan untuk perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan olehnya seperti perbelanjaan perjalanannya ke mahkamah, kos fotostat atau kos bayaran menfailkan dokumen.

Ramai peguam mengalami alergi apabila mendengar istilah ini. Serta-merta akan terbayang dalam kepala seorang peguam bahawa beliau terpaksa memperuntukkan sebahagian masanya yang berharga dalam mencari sumber kewangan bagi diri dan keluarga kepada satu kes yang tidak akan mendatangkan sebarang hasil mahsul kepadanya. Dalam kata lain, peguam ini hanya membuat kerja secara percuma tanpa ada imbalan dari segi wang ringgit. Jika beliau berkerja selama 20 hari sebulan (Isnin- Jumaat) dan memperolehi pendapatan sebanyak RM4000-00 sebulan bermakna secara puratanya beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM200-00 sehari. Jika dibahagi dengan masa 8 jam berkerja sehari pendapatannya adalah kira-kira RM25-00 sejam. Jika beliau mengambil satu kes secara pro bono, dan beliau terpaksa menghabiskan masa untuk mendrafkan saman dan tuntutan selama 5 jam, research dan kajian kes selama 15 jam, menghadiri sebutan 10 kali (setiap kali sebutan 3 jam termasuk masa travel, cari parking, kereta kena block, tunggu kes dipanggil) = 30 jam dan bicara selama 5 hari (8 jam sehari) = 40 jam, menyediakan hujahan bertulis 15 jam, ini bermakna beliau telah kerugian masa selama 105 jam yang jika dikali dengan RM25-00 bernilai RM2,625-00. Bayangkan kerugian yang dialami jika pendapatan peguam itu sebanyak RM10,000-00 sebulan maka beliau akan kerugian kira-kira RM6,500-00.

Bayangkan dengan nilai sebanyak RM2,625-00 itu beliau sudah boleh bercuti di hotel taraf sederhana mewah sebanyak 10 malam atau berulang -alik ke Sabah 8 kali (naik air asia) atau membeli nasi kari mamak yang bernilai RM7-00 sepinggan sebanyak 375 pinggan = kos makan tengahari/malam selama kira-kira 187 hari. Memikirkan kerugian yang bakal dialami ini menyebabkan ramai peguam berfikir berkali-kali (atau langsung tak fikir?) untuk membuat kerja pro bono ini meskipun hatinya menyatakan bahawa menolong orang susah akan dapat pahala dan insyallah berkat rezeki anak beranak.

Ini adalah dilema biasa yang dialami dalam fikiran peguam yang normal. Majlis Peguam sendiri mewajibkan setiap pelatih dalam kamar untuk menjalani 14 hari latihan khidmat guaman percuma di penjara, mahkamah atau badan NGO yang berkaitan. Namun, latihan sebegitu nampaknya tidak memberikan dampak besar ke atas pelatih dalam kamar itu selepas tamat tempoh latihannya.

Namun, peranan peguam pro bono ini tidak dapat dinafikan kepentingannya. Dalam mana-mana masyarakat mesti ada rakyat yang miskin dan tidak berupaya dari segi kewangan yang memerlukan khidmat guaman. Ada berlaku perbalahan suami isteri dan isteri tidak berkerja dan isteri ingin menuntut cerai. Lantas, bagaimana isteri ini mampu mengupah peguam kerana beliau telah tidak berkerja mungkin untuk tempoh 10 tahun, tiada simpanan sendiri dan suaminya pula jenis kedekut hampas. Bagaimana pula dengan senario, ada isteri yang ditipu suami yang mana suami telah meminjam wang dan memalsukan tandatangan isteri sebagai penjaminnya lantas apabila hutang tidak dibayar pihak bank akan menyaman dan silap perkiraan si isteri boleh menjadi bankrap.

Keadaan sebegini tentu mendesak para peguam untuk membetulkan masalah sosial masyarakat ini. Meskipun kerajaan telah menubuhkan Biro Bantuan Guaman namun kadang-kadang ada had dan sekatan tertentu yang menyebabkan khidmat guaman percuma ini tidak dapat diberikan kepada yang berhak. Jadi, dalam hal ini para peguam harus bersedia untuk menyumbangkan tenaga, ilmu dan kepakaran yang mereka ada bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik ini.

Saya ingin berkongsi beberapa pengalaman dalam menjalankan kerja pro bono ini. Sewaktu mula bertugas sebagai peguam, saya telah dihubungi oleh Pusat Bantuan Guaman, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur yang meminta saya untuk meng'anak angkat' beberapa fail yang bersifat pro bono. Saya pun berfikir seperti rakan peguam lain mengenai masalah dan kekangan kewangan yang bakal dihadapi kelak. Namun, saya keraskan hati juga dan bersetuju untuk jadi 'bapa angkat' kepada fail itu. Kes yang mula-mula saya ambil adalah kes di mana seorang wanita India yang ditangkap di dalam rumah bersama suaminya dan didakwa atas kesalahan memiliki dadah. Suaminya yang turut didakwa telah dituduh dan mengaku salah dan akhirnya telah dipenjarakan selama 6 bulan. Tetapi, sang isteri merasakan dirinya tidak bersalah kerana katanya dadah itu milik suaminya dan beliau memilih untuk mengaku tidak bersalah. Kesalahan itu adalah kesalahan boleh dijamin tetapi disebabkan kesempitan wang tiada penjamin yang sanggup menjaminnya. Akhirnya kes beliau telah disebut dalam tempoh 6 bulan dan suaminya pun telah selesai menjalani hukuman serta telah dibebaskan tetapi beliau masih meringkuk di dalam reman penjara. Kebetulan, saya dilantik sebagai peguam pro bono dan saya berbincang dengannya supaya beliau mengaku salah supaya beliau boleh dilepaskan dengan serta-merta berasaskan jika beliau dihukum penjara sama dengan suaminya dari tarikh tangkap bermakna beliau boleh terus dibebaskan.

Pada mulanya beliau bersetuju tetapi apabila fakta kes dibacakan dan jurubahasa mahkamah menerangkan fakta itu dalam bahasa Tamil beliau tidak bersetuju. Akibat itu, Puan Majistret pun menunjukkan kuasanya dan berang dengannya dan terus menghempaskan fail serta terus masuk dalam kamarnya. Semasa tangguhan itu saya telah menerangkannya semula kepada wanita India itu dan akhirnya beliau faham dan bersetuju untuk mengaku salah. Saya meminta kepada jurubahasa untuk memberitahu semula kepada puan majistret tentang hal itu namun puan majistret itu enggan memanggil semula kesnya meskipun saya memohon untuk berjumpa di dalam kamar tetapi beliau tetap enggan. Apa boleh dibuat kerana itu kuasa mutlak seorang majistret dan peguam pula mengharap ehsan seorang majistret! Akhirnya saya berjaya untuk memanggil kes itu semula dalam tempoh dua minggu dari tangguhan itu.

Setelah kes dipanggil semula iaitu kira-kira 3 hari sebelum perayaan Deepavali, saya telah membuat rayuan mitigasi dan menerangkan keadaan sebenar wanita itu dan akhirnya, alhamdulillah puan majistret bersimpati serta mula mencongak tempoh penjara reman yang dilaluinya. Puan Majistret bersetuju dengan rayuan mitigasi dan wanita itu langsung dibebaskan setelah mahkamah selesai bersidang. Saya melihat riak wajah wanita itu sangat gembira apatah lagi perayaan Deepavali juga sangat hampir. Saya juga melihat suami perempuan itu pun hadir prosiding itu dan wajah mereka amat bahagia sekali [malang sekali pada waktu itu slogan 1Malaysia belum lagi berkumandang]. Satu perasaan puas menjalar di hati saya melihatkan keadaan begitu dan saya fikir perasaan itu tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit lagi.

Bertitik tolak dari situ saya merasakan bahawa kerja pro bono ini amat bernilai dan dapat melonjakkan bukan sahaja semangat kepeguaman malah menambahkan skil litigasi seseorang peguam. Sebenarnya, membuat kerja pro bono ini mendatangkan banyak faedah lain. Antara faedah yang boleh diperolehi adalah seseorang peguam boleh menambahkan skil advokasi secara percuma dan tanpa takut dimarahi klien. Skil kepeguaman akan bertambah apabila kita mengendalikan kes sebegini dan kita tidak berasa khuatir dengan keputusan kes itu kelak berbanding jika kita dibayar dengan wang maka kita khuatir klien akan mencemuh kita jika kita gagal untuk memberikan kemenangan kepadanya.

Selain itu, membuat kerja pro bono banyak memberikan peluang kepada peguam muda untuk bergaul dengan peguam veteran dan mempelajari daripada mereka teknik-teknik litigasi secara efisien dan berkesan. Bukan mudah bagi seorang peguam veteran untuk mencurahkan pengalaman dan ilmu mereka secara percuma tetapi melalui kes yang dibuat bersama maka kita akan dapat mempelajari taktik, teknik dan strategi menyerang atau bersikap defensif dalam sesuatu kes. Melalui kerja pro bono ini juga saya dapat melihat dan mempelajari sendiri advokasi peguam yang handal seperti YB Karpal Singh, Hj Sulaiman Abdullah, Datuk Shafee Abdullah, Tuan Mohd Hanipa Maidin, YA Mohd Ariff Yusoff, YAA Tun Zaki atau skil pendakwa yang hebat seperti Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Datuk Mohd Yusof dan Datuk Tun Majid sendiri. Pengalaman seperti ini tentu sekali tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit dan sebenarnya pengalaman ini lambat-laun akan menghasilkan wang ringgit juga apabila dengan menggunapakai skil mereka yang bijaksana ini dalam kes yang kita kendalikan. Dengan itu mutu kerja kepeguaman kita akan meningkat dan insyaalah akan membantu kita mendapatkan 'retainer' kerja dari mereka yang ber'wang besar'.

Akhirnya, saya berharap ramai rakan-rakan peguam di luar sana untuk menceburkan diri dalam lapangan kerja pro bono ini. Saya yakin masih banyak kerja-kerja pro bono seperti ini yang memerlukan khidmat rakan-rakan semua.

Sekian.

The Word "ALLAH' by Non-Muslim..




(Nota: Sekadar perkongsian maklumat semata-mata. Artikel ini bukanlah pandangan rasmi PAS, Dewan Pemuda PAS atau Juham)


On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) and Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.

Below is the transcript of his brief-but-yet- concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter. Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.

Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country
Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:

Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.

And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.

And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”

They said “we going to pray in Bahasa Malaysia”

That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”

Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”

And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“

But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.

So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate).. .whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.

We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).

So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…

So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.

“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…

So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.

But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..

And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims. .that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.

They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.