Oleh: Noorazmir bin Zakaria
Saya melihat Bar Council Malaysia acap kali
terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan
ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam.
Contoh yang terbaru adalah dalam
perihal sokongan secara terbuka Bar Council Malaysia dalam kempen "SEKSUALITI
MERDEKA".
Agama Islam secara
terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun
lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam.
Namun, ia bukan bermakna saya
menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana
yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, saya sedar
agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh
mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral
masyarakat.
Malah, terdapat pendapat di dalam
agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu
dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Roman Catholic
Church, Eastern Orthodox Churches, Methodist Churches dan lain-lain lagi.
Justeru, atas faktor apakah Bar Council
Malaysia menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di
kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan?
Saya sebagai salah seorang Peguam
yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia melihat tindakan Bar Council
Malaysia sebegini mencerminkan sikap tidak profesional Bar Council Malaysia yang
membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam.
Seharusnya Bar Council Malaysia
sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak
memberikan tempias kepada para Peguam yang berada di bawah naungannya. Tatkala
keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami
sebagai Peguam Muslim umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif
dengan agama Islam. Tidakkan Bar Council Malaysia sedar bahawa kami malu
berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun
hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council Malaysia menyokong
kempen sebegini?
Kesimpulannya, Bar Council
Malaysia harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok
sendiri” demi kepentingan peribadi. Bar Council Malaysia harus lebih merakyat dengan
peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para Peguam secara
keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.
No comments:
Post a Comment