Written by Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Nov:
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS
Malaysia menempelak sekeras-kerasnya kempen Seksualiti Merdeka yang
dilihat mencabuli Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.
Pengarahnya, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) berkata, ironinya, NGO-NGO Malaysia yang menyokong kempen Seksualiti Merdeka pada dasarnya merupakan penyokong tegar kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948).
Contohnya, kata beliau mereka tanpa jemu memperjuangkan hak seseorang itu untuk menukar agama termasuk untuk murtad dari agama Islam kononnya ia selaras dengan Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.
“Namun sekarang beralih arah pula kepada isu homoseks, lesbian, biseksual dan transeksual,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Juham berpandangan bahawa hidup sebagai homoseks, lesbian, biseksual atau transeksual adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia itu sendiri.
Secara asasnya, ujar beliau prinsip hak asasi manusia ini sebenarnya bersumber daripada prinsip dan nilai agama itu sendiri.
Hal itu, katanya ditegaskan oleh pengkaji hak asasi seperti Michael J. Perry (The Idea of Human Rights: Four Enquiries, Oxford University Press, New York, 1998) bahawa idea berkaitan hak asasi ini sebenarnya jauh tertanam di dalamnya prinsip keagamaan.
“Hal ini kerana penghormatan hak manusia ini telah lama ditegaskan di dalam mana-mana agama,” katanya.
Menurutnya, idea yang sama juga dikongsi oleh Jerome J. Shestack, (The Philosophic Foundations of Human Rights – Human Rights Quarterly 20 (1998) 201-234). Oleh itu, sebenarnya idea yang disebarkan oleh Seksualiti Merdeka adalah idea sekular yang tidak mempunyai asas hak asasi yang sebenar.
Jelas beliau lagi, Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 pula dengan jelas menyebut bahawa hak asasi seseorang individu itu untuk berkahwin adalah melibatkan antara lelaki dan wanita, bukannya yang antara sesama jantina.
“Oleh itu, atas dasar apakah NGO-NGO ini turut bersama kumpulan Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan agenda songsang ini?” soalnya.
Justeru, ujarnya Juham berpendirian tegas bahawa kempen itu sebenarnya tidak berpaksikan kepada prinsip hak asasi manusia yang berasaskan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebaliknya hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
Kata beliau, walaupun terdapat suatu Prinsip Yogyakarta yang diluluskan pada tahun 2006 untuk membuat suatu kajian yang berlegar di bahawa tajuk diskriminasi dan orientasi seks yang antara lainnya menyentuh mengenai hak seseorang individu untuk berpegang dan mengamalkan seks sesama jantina, namun resolusi tersebut hanyalah bersifat kajian semata-mata dan bukannya mengikat Negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Malah, katanya terdapat 57 Negara yang menentang Resolusi tersebut termasuk Malaysia.
Kesimpulannya, jelas beliau kempen Seksualiti Merdeka itu sebenarnya telah mencemarkan kempen hak asasi manusia secara keseluruhannya termasuk mencemarkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.
Tambahnya, tiada mana-mana agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya mengamalkan hidup sebagai seorang homoseks atau lesbian.
Malah, katanya kempen sebegini sebenarnya memberikan kesan moral dan kesihatan kepada rakyat Malaysia.
“Selain itu, kempen sebegini langsung tidak didukung oleh mana-mana undang-undang di Malaysia samada oleh Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Hak Asasi mahupun undang-undang domestik yang lain,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata Juham berpendirian NGO-NGO yang menyokong kempen ini sebenarnya telah mengamalkan sikap double standard dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang sifatnya bukan sahaja menyalahi mana-mana agama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia, malah ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diagung-agungkan oleh mereka selama ini.
“Juham juga menggesa supaya pihak berkuasa dan berwajib menangani isu dengan sewajarnya selain mengambil pendekatan untuk bersemuka dan berbincang untuk membetulkan kembali persepsi sebenar berkaitan hak asasi ini,” ujarnya lagi.

No comments:
Post a Comment