JABATAN UNDANG-UNDANG &
HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) dan
JABATAN HAL EHWAL SABAH & SARAWAK, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA menempelak sekeras-kerasnya tangkapan yang dikenakan
ke atas 10 orang Pendakwah di Tawau, Sabah di bawah Akta kuku besi, ISA pada
14/11/2011 yang lalu.
Kami
telah dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa yang ditahan bahawa tangkapan
tersebut dilakukan oleh Jabatan
Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP
Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian
yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).
Kami
amat terkejut dengan situasi malang ini tatkala Perdana Menteri pada malam hari
Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya
akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi
kehendak semasa.
Maka
benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana
Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang
bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional ingin
memartabatkan Malaysia sebagai sebuah
Negara yang paling demokrasi di dunia.
Namun
pada hakikatnya UMNO/Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan
dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu Akta kukubesi ISA
bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada UMNO/Barisan Nasional.
Kami
percaya tangkapan ini adalah rentetan daripada laporan oleh pihak PAS Sabah sendiri
bahawa ahli-ahli PAS Sabah telah diberikan amaran oleh pihak Polis supaya tidak
terlibat dengan program-program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu
ditangkap.
Justeru,
kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik
semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73 (1) ISA. Apatah lagi, tangkapan ini berlaku
tatkala PAS Sabah melaungkan amaran bahawa PAS Sabah akan memberikan tentangan
sengit pada Pilihanraya yang akan datang.
Jadi, kerajaan UMNO/Barisan Nasional
pada hakikatnya takut dan gusar dengan gelombang tsunami PAS di Sabah yang menyebabkan
mereka tidak mempunyai pilihan melainkan kembali menjilat ludah mereka sendiri
iaitu kembali menggunakan ISA bagi mengekang kebangkitan PAS di Sabah.
Oleh itu, kami bertegas menggesa
kesemua 10 orang yang ditangkap di bahawa ISA ini harus dilepaskan dan
dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat. Selain itu, mereka ini harus
diberikan layanan yang selayaknya sepertimana yang dijamin di bawah
Perlembagaan Malaysia iaitu diberikan peluang untuk dibicarakan secara adil di
Mahkamah, dan bukannya ditangkap tanpa diberikan peluang untuk dibicarakan.
Sekiranya pihak Polis benar-benar
yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang kukuh dalam mengaitkan para tahanan
dengan sebarang aktiviti keganasan, seharusnya pihak Polis tidak teragak-agak
untuk menuduh mereka di Mahkamah terbuka dan membenarkan para tahanan ini membela
diri secara adil di Mahkamah kerana banyak peruntukan di dalam Kanun Keseksaan
yang boleh diguna-pakai sekiranya pihak Polis benar-benar meyakini mereka ini
terlibat dengan pengganas.
Akhirnya, Kerajaan UMNO/Barisan
Nasional dicabar supaya berdepan dengan rakyat secara ”gentleman” pada hari
pengundian Pilihanraya Umum yang akan datang, dan bukannya bersikap bacul dan
penakut dengan menakut-nakutkan rakyat melalui Akta ISA yang ketinggalan zaman
ini.
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Abang Ahmad Kardee Abang
Masagus
Pengarah Jab Hal Ehwal Sabah
& Sarawak
Dewan
Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment