21 November 2011

Pemuda PAS Puchong dan JUHAM Minta Polis Siasat Satim Diman


PUCHONG, 21 Nov: Dewan Pemuda PAS Puchong bersama-sama dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman, semalam.

Mereka meminta pihak polis menyiasat isu penyelewengan tanah yang dilakukan Adun Seri Serdang itu rentetan daripada perbahasan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang Dun lalu berhubung penyelewengan penjualan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada 2006.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong, Rosharizan Mohd Rozlan dengan diiringi oleh peguam daripada Juham, Noorhisam Abdullah di Balai Polis Bukit Puchong.

Menteri Besar Selangor pada 15 November lepas mendakwa penyelewengan tersebut berlaku pada tahun 2006 apabila Datuk Dr Mohamad Satim Diman menjual tanah milik kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya kepada Mikmat Inai Sdn Bhd di bawah harga pasaran semasa di mana Mohamad Satim pada masa material merupakan ahli lembaga pengarah dan pemegang saham utama Nikmat Inai Sdn Bhd.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham menyeru kepada pihak polis supaya menyiasat perkara ini secara telus kerana ia membabitkan wang kerajaan negeri Selangor dan juga rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Puchong dan Juham mendesak Mohamad Satim memberikan penjelasan secara terbuka bagi menjawab pertuduhan serius yang dikenakan terhadapnya.

17 November 2011

TANGKAPAN ISA DI SABAH: PM TIPU RAKYAT


JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) dan JABATAN HAL EHWAL SABAH & SARAWAK, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA  menempelak sekeras-kerasnya tangkapan yang dikenakan ke atas 10 orang Pendakwah di Tawau, Sabah di bawah Akta kuku besi, ISA pada 14/11/2011 yang lalu.

Kami telah dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa yang ditahan bahawa tangkapan tersebut dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

Kami amat terkejut dengan situasi malang ini tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai  sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia.

Namun pada hakikatnya UMNO/Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu Akta kukubesi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada UMNO/Barisan Nasional.

Kami percaya tangkapan ini adalah rentetan daripada laporan oleh pihak PAS Sabah sendiri bahawa ahli-ahli PAS Sabah telah diberikan amaran oleh pihak Polis supaya tidak terlibat dengan program-program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap.

Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73 (1) ISA. Apatah lagi, tangkapan ini berlaku tatkala PAS Sabah melaungkan amaran bahawa PAS Sabah akan memberikan tentangan sengit pada Pilihanraya yang akan datang.

Jadi, kerajaan UMNO/Barisan Nasional pada hakikatnya takut dan gusar dengan gelombang tsunami PAS di Sabah yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan kembali menjilat ludah mereka sendiri iaitu kembali menggunakan ISA bagi mengekang kebangkitan PAS di Sabah.

Oleh itu, kami bertegas menggesa kesemua 10 orang yang ditangkap di bahawa ISA ini harus dilepaskan dan dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat. Selain itu, mereka ini harus diberikan layanan yang selayaknya sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia iaitu diberikan peluang untuk dibicarakan secara adil di Mahkamah, dan bukannya ditangkap tanpa diberikan peluang untuk dibicarakan.

Sekiranya pihak Polis benar-benar yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang kukuh dalam mengaitkan para tahanan dengan sebarang aktiviti keganasan, seharusnya pihak Polis tidak teragak-agak untuk menuduh mereka di Mahkamah terbuka dan membenarkan para tahanan ini membela diri secara adil di Mahkamah kerana banyak peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang boleh diguna-pakai sekiranya pihak Polis benar-benar meyakini mereka ini terlibat dengan pengganas.

Akhirnya, Kerajaan UMNO/Barisan Nasional dicabar supaya berdepan dengan rakyat secara ”gentleman” pada hari pengundian Pilihanraya Umum yang akan datang, dan bukannya bersikap bacul dan penakut dengan menakut-nakutkan rakyat melalui Akta ISA yang ketinggalan zaman ini.

Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah JUHAM
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Pengarah Jab Hal Ehwal Sabah & Sarawak
Dewan Pemuda PAS Malaysia

10 November 2011

Dilema Peguam




Oleh: Dr Zulqarnain Lukman

Beberapa hari lepas saya terbaca tulisan rakan peguam, saudari Elviza bertajuk 'Merintis masa depan dan mimpi' di dalam kolumnya, di dalam akhbar Sinar Harian (2/11/2011) yang menyatakan bahawa beliau kini telah jelas mengenai hala tuju kariernya. Beliau menyatakan bahawa dahulu beliau diberikan pilihan oleh kaunselor kerjaya usai peperiksaan SPM samada untuk menjadi seorang peguam, doktor atau akauntan. Lantas, beliau memilih untuk mempelajari undang-undang dan seterusnya mempraktikkan ilmu tersebut sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Selepas 11 tahun berkerja sebagai peguam beliau menyatakan bahawa kini hati kecilnya merintih untuk berkerjaya di dalam bidang penulisan dan meninggalkan bidang kepeguaman.

Tulisannya itu mengingatkan saya perihal beberapa orang rakan yang turut belajar ilmu perundangan tetapi akhirnya tidak menceburi kerjaya sebagai peguam. Rakan-rakan itu ada yang memilih kerjaya sebagai pegawai bank, agen insuran atau takaful, guru, ahli perniagaan, pegawai di sektor korporat, penasihat perundangan, agen hartanah dan lain-lain. Pelbagai faktor yang menyebabkan rakan-rakan lari daripada kerjaya sebagai peguam. Antara faktor yang selalu diadukan adalah kerana tekanan kerja yang melampau, waktu kerja yang panjang dan gaji yang tidak setimpal. Hal ini tidak sulit difahami kerana jika ada perbicaraan maka peguam tersebut perlu mempersiapkan kes sebaik mungkin, mencari nas otoriti untuk dihujahkan, menyediakan saksi dan bersedia untuk dimarahi oleh hakim yang tidak bertimbangrasa keesokan harinya. Selain itu, klien juga mungkin akan mempersalahkan peguam sekiranya kes yang dibawa itu tidak dimenangi. Malah, mungkin peguam itu berhadapan dengan aduan kecuaian profesional atau dihadapkan ke Lembaga Tatatertib kerana salah laku. Jika seseorang itu makan gaji, maka hal itu akan lebih sulit kerana terpaksa menjawab dengan bosnya walhal gajinya sangat ciput. Gaji permulaan seorang peguam pada masa kini di kota Kuala Lumpur adalah antara lingkungan RM1,800 - RM2,500 sahaja. Mungkin gaji di sektor korporat lebih lumayan dan skala gaji di sektor kerajaan lebih menarik kerana turut diberikan pelbagai imbuhan dan kemudahan pinjaman.


Saya sendiri mengakui bahawa saya pernah beberapa kali cuba melarikan diri daripada kerjaya sebagai peguam. Selepas menerima ijazah LL.B daripada universiti, saya menyambung pelajaran di peringkat 'double degree - LL.B (Shariah)' dan peringkat sarjana. Selepas itu, saya menjalani latihan dalam kamar selama 9 bulan sebelum menjadi peguam. Sehingga kini lebih sedekad saya menjadi peguam. Dahulu selepas 2-3 tahun menjadi peguam, saya cuba memohon jawatan sebagai pegawai shariah di firma percetakan nasional tetapi tidak dipanggil kerana krisis kegawatan ekonomi. Setelah itu saya memohon jawatan di beberapa universiti sebagai pensyarah tetapi tidak berjaya. Sehingga suatu peringkat, saya lulus semua temuduga di peringkat jabatan tetapi akhirnya gagal apabila ditemuduga di peringkat atasan universiti. Akhirnya, saya pasrah dengan takdir bahawa saya sebenarnya perlu menjadi peguam. Semenjak itu, saya mula mengubah paradigma kerjaya sebagai peguam dan mengkaji kenapa ramai peguam muda tidak berpuas hati dengan kerjaya mereka dan juga bagaimanakah untuk menjadi peguam berjaya serta berpendapatan lumayan.


Pada hemat saya, kerjaya sebagai peguam sebenarnya kerja yang mengujakan, menarik, kaya dengan pengalaman, lumayan dan mampu membuatkan hidup kita penuh warna-warni. Kebanyakan peguam tidak sedar potensi yang ada dalam kerjaya ini. Dengan kerjaya ini, saya berpeluang untuk berjumpa insan luar biasa yang tidak mampu saya ketemui sekiranya saya berkerja di dalam sektor lain. Saya berpeluang untuk berjumpa mereka yang berjawatan besar seperti Menteri, Menteri Besar, Exco kerajaan, ahli korporat ternama, sasterawan negara, Peguam Negara, profesor dan wakil rakyat. Tidak kurang juga saya ketemu manusia aneh seperti OCPD yang sangat gah di balai tetapi menikus di dalam Mahkamah, saksi penipu yang pintar memperdaya hakim, wanita yang jelita tetapi berperangai jelik, wanita yang baru mencuba menjadi ibu ayam tetapi gagal dalam percubaan pertamanya untuk memperdagang 4 orang perawan, tokey dadah yang berIQ tinggi, orang yang tidak bersalah tetapi dihukum kerana kegagalan sistem perundangan, bapa yang tidak berhati perut kerana membiarkan anak hidup kesusahan tanpa nafkah dan broker perniagaan yang  menagih khidmat guaman terbaik tetapi kedekut mengeluarkan wang. 

Selain itu, peguam juga harus ingat bahawa hadir ke Mahkamah itu adalah sebenarnya suatu keistimewaan atau 'privilege' yang tidak mungkin dinikmati manusia biasa. Hanya manusia tertentu yang boleh bersuara di dalam Mahkamah iaitu Hakim, Peguam, OKT, Pendakwa dan polis mahkamah. Selain itu, manusia lain tidak punya hak untuk bersuara di Mahkamah. Kerana itu, peguam harus punya jati diri yang tinggi dan mengambil peluang untuk bersuara di Mahkamah. Peguam yang tidak bersuara di Mahkamah sebenarnya telah rugi kerana telah mensia-siakan peluang yang ada. Seorang Perdana Menteri (atau sebenarnya mengikut nahu Bahasa Melayu - Menteri Perdana) tidak mungkin gentar dengan sesiapa tetapi beliau tetap menggelabah jika menerima notis daripada firma peguam. Lazimnya, peguam tidak menulis surat cinta, tetapi surat peguam itu mempunyai nilai yang tersendiri. Seseorang yang menerima notis tuntutan daripada peguam yakin bahawa notis itu bukan mainan atau lelucon yang boleh dipersendakan tetapi sesuatu yang bakal mendatangkan bala dalam hidupnya!

Peguam juga berupaya menjadi ahli politik yang berkesan. Ini kerana tiada orang yang lebih mahir membaca akta atau enakmen kecuali seorang peguam. Seseorang ahli politik yang menjadi wakil rakyat akan terlibat dalam proses penggubalan sesuatu akta. Oleh kerana mempunyai asas undang-undang yang kuat maka ahli politik yang juga peguam akan lebih memahami asas sesuatu perundangan itu dibuat. Lihat sahaja bagaimana YB Karpal Singh, YB Gobind Singh atau YB Fong Poh Kuan (ini rakan sekelas saya dahulu sewaktu menuntut di universiti) berhujah di Parlimen. 

Pokoknya, peguam bukan suatu kerja yang termasuk kategori stereotaip yang rutin, kecuali kalau dia hanyalah peguam JID atau peguam 'mitigasi'. Kerjaya peguam adalah penuh keseronokan dan boleh mewarnai kehidupan walaupun sedikit meletihkan. Namun, bukan setiap masa itu meletihkan. Sewaktu ibu saya meminta saya menemaninya untuk menunaikan haji tahun lepas, saya tidak perlu berfikir banyak kali samada majikan membenarkan saya bercuti atau memikirkan urusan kerja. Ini kerana, saya boleh mengatur jadual saya sendiri dan menulis surat kepada mahkamah untuk memohon penangguhan kes. Klien saya juga memahami keperluan saya melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Berbanding 7 orang adik beradik saya lain, mereka semua berkerja makan gaji dan perlu merancang percutian mereka terlebih dahulu apatah lagi cuti haji menjangkau 52 hari. Tetapi, semua yang pernah menunaikan haji pasti tahu bahawa notis untuk mengerjakan haji (selain yang pergi dengan Muasassah) biasanya diperolehi di saat akhir.

Kerjaya sebagai peguam menjanjikan kebebasan diri dan kemuliaan terhadap harga diri sebagai manusia. Berbanding dengan rakan-rakan yang berkerja di sektor awam, mereka dikenakan sekatan untuk bersuara dengan bebas khususnya apabila mengeluarkan pendapat menyokong parti tertentu. Mereka terpaksa hidup dengan hipokrit atau kepura-puraan bila mana di hadapan ketua jabatan mereka menyokong dasar kerajaan tetapi apabila 'mengeteh' mula mengutuk dasar kerajaan. Sedangkan antara hak asasi manusia adalah kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Apa guna hidup sebagai manusia sekiranya hak asasi yang dijamin Perlembagaan ini tidak dapat diamalkan sepenuhnya.

Begitu juga bila ditanya mengenai pendapatan, suatu soalan yang tidak mampu untuk saya jawab. Ini kerana berkerja sebagai peguam adalah seperti berkerja sebagai peniaga. Bezanya, peniaga menjual produk tetapi peguam menjual servis atau perkhidmatan. Oleh itu, jika saya perlukan wang lebih maka saya perlu mencari lebih banyak kes dan mengenakan fi yang lebih tinggi. Jika wang sudah banyak, maka saya boleh memberikan khidmat probono kepada mereka yang memerlukan. Namun, saya pasti peguam yang baik pasti pandai meletakkan harga diri dan kemahiran kepeguamannya pada harga yang sepatutnya. Jika seseorang klien itu pandai memilih intan dan permata tentu sekali beliau tidak kisah dengan harga perkhidmatan peguam yang berkemahiran. Peguam juga jarang  bermasalah dengan klien sebegini kerana masing-masing saling memahami. Jika klien itu mempersoalkan fi yang tinggi tetapi hendakkan perkhidmatan yang cemerlang maka klien itu sebenarnya cenderung untuk memilih kaca dan bukan permata. Sebab itu, nasihat saya adalah supaya seseorang peguam itu memahirkan dirinya di dalam skil dan kemahiran yang khusus dan tertentu tanpa mencampur rojak servisnya di dalam semua bidang. Seseorang peguam tidak mampu menjadi seperti Jack yang menguasai semua cabang bisnes kerana keluasan bidang kepeguaman itu. Jika beliau memilih kerjaya sebagai peguam aliran jenayah maka elok ditumpukan ke arah itu sahaja. Begitu juga jika dia memilih aliran sivil maka elok dibuat pengkhususan samada bidang 'running down', kecuaian perubatan, fitnah, tanah atau harta intelek. Jika peguam ini diiktiraf oleh komuniti guaman sebagai orang yang mahir dalam bidang itu, percayalah bahawa mereka tidak perlu mencari klien tetapi klien akan mencari mereka walaupun harga perkhidmatannya adalah tinggi. 


Kesilapan seorang peguam adalah apabila beliau menghinakan kerjayanya dengan menyembah pihak bank atau pemaju perumahan. Pihak bank atau pemaju perumahan mempunyai kecenderungan untuk menetapkan harga perkhidmatan peguam dan akhirnya peguam itu hanya mahir dalam bidang JID atau SS sahaja tanpa menggilap skil dan kemahiran sebenar seorang peguam. Peguam seperti ini hanya berbangga dengan jumlah kes yang banyak, tetapi sebenarnya fi yang diterima amat kecil berbanding nilai kepeguaman. Yang lebih teruk lagi pihak bank juga lewat membayar fi dan apabila jumlah tunggakan fi itu menjadi banyak, pihak bank akan meminta diskaun tambahan. Pegawai bank juga mempunyai karenah tersendiri. Ada yang meminta untuk dilayan di spa atau bilik karaoke dan ada pula yang mengharapkan jamuan hebat daripada peguam.  Peguam seperti inilah yang akan penat dengan kerjaya mereka dan ingin menukar bidang kerjaya kepada kerjaya lain yang lebih kurang tekanan dan mempunyai prospek yang lebih baik.


Kesimpulannya, seseorang yang dilema menjadi peguam perlu mengkaji dan memuhasabah diri mereka sendiri. Jika benar hidup mereka porak-poranda kerana menjadi peguam maka silakan mencari profesion yang lebih sesuai. Saya percaya tempoh mereka berkhidmat sebagai peguam ini telah memberikan pengalaman dan nilai hidup yang tidak ternilai dalam menempuh kerjaya baru. Bagi yang ingin meneruskan kerjaya sebagai peguam juga perlu muhasabahkan diri mereka samada strategi bisnes mereka adalah tepat atau perlu diberikan nafas baru. Percayalah, industri guaman ini bukan industri yang malap (sunset industry) seumpama bisnes cybercafe tetapi industri yang berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Kerana itu, kerjaya peguam ini telah wujud semenjak zaman Shakespeare lagi, cuma kepintaran seorang peguam itu yang memastikan kesinambungan kerjaya dan meletakkan hala tuju kerjayanya di landasan yang betul.

Glosari
1.     Ciput – kecil
2.     OKT – Orang kena tuduh
3.     OCPD – Ketua Polis Daerah
4.     JID – judgement in default iaitu hal keadaan apabila seseorang itu disaman tetapi gagal hadir ke mahkamah, maka suatu penghakiman ingkar akan dimasukkan ke atasnya.
5.     SS – singkatan untuk substituted service atau penyampaian saman dengan cara penyampaian ganti seumpama pengiklanan di akhbar
6.     Mengeteh – minum teh atau kopi bersama rakan-rakan di warung, coffee house atau restoran mamak.
7.     Mitigasi – khususnya dalam bidang jenayah, peguam akan berhujah dengan hakim untuk mengurangkan hukuman yang bakal dikenakan atas faktor tertentu seperti sakit, kesalahan pertama, umur lanjut dan lain-lain
8.     Probono – memberikan khidmat guaman secara percuma dan hanya mengharapkan ganjaran pahala dari Allah taala
9.     Running down – istilah bagi peguam yang mengendalikan kes berkaitan kemalangan

5 November 2011

Islam, homosexuality and the West’s collective guilt

Islam, homosexuality and the West’s collective guilt — Abdar Rahman Koya

(dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com)


NOV 5 — There has been no shortage of comments about the recent controversy sparked by the Seksualiti Merdeka programme.

As a Muslim, and a straight one at that, I have never been passionate about any discussion on the issue of homosexuality. Nevertheless, I have been reading with interest several articles, not the least by Muslims, defending the programme on the basis on human rights and appealing to Muslims to tolerate homosexuals.

I have no problem agreeing with some of the points raised by the Muslim writers defending the programme, even those who always display a penchant of quoting Western philosophers to the point that their profound observations have ended up as annoying cliches.

However, a common perception underlying some of these articles is that Muslims are intolerant of the so-called “LGBT”, a term, which like “gay” and “queer”, is the current media parlance for what used to be known homosexuals and sodomites. Such a perception could be attributed to ignorance about the historical backdrop of the “gay rights” movement in the West.

A study of history would reveal that Muslim societies and civilisations have had no problem coping with homosexuals in their midst, although sodomy is condemned as a heinous sin in the Quran, something which no Muslim scholar worth his/her salt would dispute.

The current movement championing the human rights of the homosexuals is actually the result of a feeling of guilt of the modern Western civilisation — represented by the current Western intelligentsia, think-tanks and policymakers — towards the treatment meted out by its past civilisation, represented by the clergy, against this group. This is especially true prior to the French Revolution which has arguably transformed the whole worldview of the West.

It is important to note here that the French Revolution is a time mark in the history of the evolution (or rather devolution) of Western religious and moral values. Religion as a backbone to moral laws is no longer advocated, at least not openly, though religion has continued to be exploited by those priding themselves as secularists. In their obsession to weed out religious values (and not religious fervour) there emerged a radical process of correction and self-punishment, admitting the mistakes committed by men of religion and, in the course of it, strengthening the justification for the French Revolution.

The aversion to religion, namely Christianity, in Europe, which partly engineered the French Revolution, is actually a direct result of the confusion wrought by the notion that the monarchs were to be looked upon as defenders of faith. When these monarchs became objects of hatred due to their own wrongdoings, inevitably Christianity too became a target, and this helped its speedy demise from the public realm. (The scenario in Malaysia is not much different, and this could be something the Muslim ulama should take lessons from.)

The issue of human rights for homosexuals, or “gay rights”, is a non-issue in the Muslim world, mainly because the homosexuals had never been visible in public, at least not until the “gay rights” activists emerged.
There are now efforts to recognise them as a “community”, taking the cue from their counterparts in the West. There, coming out in support of homosexual rights is compulsory for one to be recognised as a human rights activist.

Interestingly, a majority of those behind this movement are not themselves homosexuals. One can see a striking similarity with those who are too fond of accusing the enemies of Israel and critics of Zionism as anti-Semites and anti-Jew. The truth is, most of them are Gentiles. Why is this so?

Due to their past persecution of the homosexuals, Western civilisation has been enveloped by a collective sense of guilt and appears to be the sole defenders of the homosexuals’ human rights.

Such is not the case with Muslim civilisation, which does not have a history of systematically and specifically persecuting homosexuals. This is despite the fact that the Muslim world is not exempt from homosexual habits in their midst.

It is also a fact that there is no small number of homosexuals in the Arab Muslim world. And this is where the syariah has offered a civilised response, by not pushing such groups to the mainstream and only concerned with their sexual acts if they are committed in public. Islam has always tolerated and recognised the human rights of homosexuals. After all, it also demands its followers to recognise the rights of the idol worshippers, even though the act is considered “shirk” (the deification of other than the One God), a sin more serious than homosexuality.

In the history of the Christian West, however, vigilante groups have inflicted violence on groups of people they don’t want to be a part of society. In most instances, these hate groups are backed and endorsed by the church and Christian fundamentalists. (Not until recently, following the rise of Islam as a threat to the West after the Islamic Revolution of Iran, and the anti-Muslim feelings generated by the 9/11 attacks, when the Muslims appeared to have replaced the Jews and homosexuals as a target.)

In his book “The Construction of Homosexuality”, sociologist David Greenberg said the height of homosexual persecution came during the Middle Ages, as an indirect consequence of the requirement of celibacy for the priesthood of the Catholic Church. By denying this heterosexual nature, homosexual expression was bound to develop. As such, Greenberg contends that the Church reacted to homosexuality in both the priesthood and the laity by imposing stricter and stricter penalties. Eventually, homosexuality was a crime punishable by the death penalty.

Today, the West’s relationship with homosexuals has come full circle. The well-greased and systematic “gay rights” movement has become so influential, successfully exploiting the collective guilt in the Western psyche. Nowhere is the movement seen to be more successful than in the fact that same-sex marriages are recognised by many Western countries.

The commercial benefits of giving such a status to the hitherto closet group are of course reaped by Hollywood, which have incorporated homosexuality and the accompanying sexual acts in its products.
Here is a newly-invented market, thanks to the so-called “LGBT” rights movement and the legal recognition granted to homosexuals to redefine marriage and other human habits.

It is this same collective sense of guilt which forms the flesh and bone of the West’s attitude on Palestine. This is the same West which gave the world anti-Semitism, that saw a peak during Hitler’s era when he undertook the Jewish people’s extermination from European soil. Several years later, the West subjected itself to self-punishment, supporting, indeed forcing upon, the Jewish-Zionist state on Palestinian lands.
Some — like France, one of the places where the Jews were severely persecuted — have even enacted laws to punish any who criticise Israel or the Jews, or even question the official version of the Holocaust. Nowhere than in the United States has this collective sense of guilt for their past persecution of the Jewish people assumed such a power, with Zionist lobbies masquerading as Jewish religious groups, almost solely deciding the superpower’s policies.

Striking is the similarity between the powerful “gay rights” movement and the powerful Israeli lobby. Both have the West’s past atrocities written all over them. This is a layer of history which has gone unnoticed in our present domestic debate sparked by Seksualiti Merdeka.

Being a Muslim, I feel we need not state the obvious, and that is Islam strongly prohibits homosexuality in all its forms. The Quran has already made that very clear.

Instead, the question we should ask to those who now so loudly condemn Muslim “intolerance” of homosexuals is this: where in history is the Muslim civilisation’s atrocities against homosexuals which would warrant Muslims to support a movement dedicated to championing their rights to live such a lifestyle in public?

Is it also not true that these same people, who are mainly non-homosexuals by the way, with their loud and public advocation of gay rights, have only caused the homosexuals to be placed in greater personal danger and discrimination?

Having said all that, in debating issues such as this, Muslim scholars should apply ijtihad (making innovative solutions to new problems based on the spirit of the Quran and Sunnah), and maqasid (taking into account the higher objectives of Islamic laws).

Islam is, after all, meant for all times and for all peoples, and surely its enormous corpus of literature and laws which evolved over its centuries-old dealing with all sorts of civilisations, can present an Islamically-correct solution to the present debate, without trying to be fanatically moderate to please others.

* Abdar Rahman Koya is editor at Islamic Book Trust, Kuala Lumpur.
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Seksualiti Merdeka bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 5 Nov: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menempelak sekeras-kerasnya kempen Seksualiti Merdeka yang dilihat mencabuli Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948.

Pengarahnya, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) berkata, ironinya, NGO-NGO Malaysia yang menyokong kempen Seksualiti Merdeka pada dasarnya merupakan penyokong tegar kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (Universal Declaration of Human Rights 1948).

Contohnya, kata beliau mereka tanpa jemu memperjuangkan hak seseorang itu untuk menukar agama termasuk untuk murtad dari agama Islam kononnya ia selaras dengan Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

“Namun sekarang beralih arah pula kepada isu homoseks, lesbian, biseksual dan transeksual,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Juham berpandangan bahawa hidup sebagai homoseks, lesbian, biseksual atau transeksual adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia itu sendiri.

Secara asasnya, ujar beliau prinsip hak asasi manusia ini sebenarnya bersumber daripada prinsip dan nilai agama itu sendiri.

Hal itu, katanya ditegaskan oleh pengkaji hak asasi seperti Michael J. Perry (The Idea of Human Rights: Four Enquiries, Oxford University Press, New York, 1998) bahawa idea berkaitan hak asasi ini sebenarnya jauh tertanam di dalamnya prinsip keagamaan.

“Hal ini kerana penghormatan hak manusia ini telah lama ditegaskan di dalam mana-mana agama,” katanya.
Menurutnya, idea yang sama juga dikongsi oleh Jerome J. Shestack, (The Philosophic Foundations of Human Rights – Human Rights Quarterly 20 (1998) 201-234). Oleh itu, sebenarnya idea yang disebarkan oleh Seksualiti Merdeka adalah idea sekular yang tidak mempunyai asas hak asasi yang sebenar.

Jelas beliau lagi, Perkara 16 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 pula dengan jelas menyebut bahawa hak asasi seseorang individu itu untuk berkahwin adalah melibatkan antara lelaki dan wanita, bukannya yang antara sesama jantina.

“Oleh itu, atas dasar apakah NGO-NGO ini turut bersama kumpulan Seksualiti Merdeka ini memperjuangkan agenda songsang ini?” soalnya.

Justeru, ujarnya Juham berpendirian tegas bahawa kempen itu sebenarnya tidak berpaksikan kepada prinsip hak asasi manusia yang berasaskan kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 sebaliknya hanya muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.

Kata beliau, walaupun terdapat suatu Prinsip Yogyakarta yang diluluskan pada tahun 2006 untuk membuat suatu kajian yang berlegar di bahawa tajuk diskriminasi dan orientasi seks yang antara lainnya menyentuh mengenai hak seseorang individu untuk berpegang dan mengamalkan seks sesama jantina, namun resolusi tersebut hanyalah bersifat kajian semata-mata dan bukannya mengikat Negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Malah, katanya terdapat 57 Negara yang menentang Resolusi tersebut termasuk Malaysia.

Kesimpulannya, jelas beliau kempen Seksualiti Merdeka itu sebenarnya telah mencemarkan kempen hak asasi manusia secara keseluruhannya termasuk mencemarkan prinsip Rukunegara yang pertama iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.

Tambahnya, tiada mana-mana agama di dunia ini yang menyuruh penganutnya mengamalkan hidup sebagai seorang homoseks atau lesbian.

Malah, katanya kempen sebegini sebenarnya memberikan kesan moral dan kesihatan kepada rakyat Malaysia.

“Selain itu, kempen sebegini langsung tidak didukung oleh mana-mana undang-undang di Malaysia samada oleh Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Hak Asasi mahupun undang-undang domestik yang lain,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata Juham berpendirian NGO-NGO yang menyokong kempen ini sebenarnya telah mengamalkan sikap double standard dalam memperjuangkan hak asasi manusia yang sifatnya bukan sahaja menyalahi mana-mana agama yang dianuti oleh semua rakyat Malaysia, malah ia bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diagung-agungkan oleh mereka selama ini.

“Juham juga menggesa supaya pihak berkuasa dan berwajib menangani isu dengan sewajarnya selain mengambil pendekatan untuk bersemuka dan berbincang untuk membetulkan kembali persepsi sebenar berkaitan hak asasi ini,” ujarnya lagi.

BAR COUNCIL MALAYSIA HARUS PEKA DENGAN SENSITIVITI PEGUAM MUSLIM

Oleh: Noorazmir bin Zakaria

Saya melihat Bar Council Malaysia acap kali terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam.

Contoh yang terbaru adalah dalam perihal sokongan secara terbuka Bar Council Malaysia dalam kempen "SEKSUALITI MERDEKA".
 
Agama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam.
 
Namun, ia bukan bermakna saya menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, saya sedar agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat.
 
Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Roman Catholic Church, Eastern Orthodox Churches, Methodist Churches dan lain-lain lagi.
 
Justeru, atas faktor apakah Bar Council Malaysia menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan?
 
Saya sebagai salah seorang Peguam yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia melihat tindakan Bar Council Malaysia sebegini mencerminkan sikap tidak profesional Bar Council Malaysia yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam.
 
Seharusnya Bar Council Malaysia sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para Peguam yang berada di bawah naungannya. Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai Peguam Muslim umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam. Tidakkan Bar Council Malaysia sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council Malaysia menyokong kempen sebegini?
 
Kesimpulannya, Bar Council Malaysia harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi. Bar Council Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para Peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.

4 November 2011

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud






KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.



2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011
 Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik/5695-pendirian-rasmi-pas-mengenai-hudud