23 May 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes Zambry vs Nizar

Salam Sejahtera,


Ramai pihak telah menghubungi Pengarah JUHAM yang hadir sama di Mahkamah Rayuan pada 22.5.2009 berkenaan keputusan kes di Perak. Berikut diperturunkan keputusan ringkas yang diberikan oleh Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarof.


1. The granting or withholding of consent to dissolution of the State Assembly is a royal prerogative exercise by HRH.

(Memberi perkenan atau enggan memberi perkenan kepada permintaan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah budi-bicara [prerogatif] Ke Bawah Duli Sultan)

2. From the facts of this case, the request made by the Respondent to dissolve the State Assembly was made under Article 16(6) of the Perak Constitution and not under Article 36(2).

(Daripada fakta kes ini, permintaan yang dibuat oleh Responden (Dato' Seri Ir Nizar) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri telah dibuat di bawah Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan bukan di bawah Perkara 36(2).

3. Under Article 16(6) of the Perak Constitution, upon the exercise of HRH royal prerogative to withhold consent for dissolution, the Respondent shall tender his resignation.

(Di bawah Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, bilamana Ke Bawah Duli Sultan telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak memberikan perkenan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri, Responden (Dato' Seri Ir Nizar) hendaklah meletakkan jawatan.)

4. There is no mandatory express requirement that provides that there must be a motion of no-confidence passed in State Assembly against the Respondent before he ceases to command the confidence of the majority.

(Tiada mana-mana peruntukan yang nyata (dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak) bahawa hendaklah ada satu usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri terhadap Responden sebelum beliau dianggap telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri)

5. The fact is that the Respondent has ceased majority [is established (sic)] through alternative means. We approve the case of Amir Kahar. The case of Stephen Kalong Ningkan, adopted by the Learned Judge, is distinguishable on facts.

(Fakta bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri telah dibuktikan menerusi cara yang lain daripada pengemukaan usul undi tidak percaya. Kami telah menerima pakai kes Amir Kahar. Kes Stephen Kalong Ningkan yang diguna pakai oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi adalah boleh dibezakan atas fakta kes berkenaan)

6. DYMM was right to make enquiries to satisfy himself as to whether the Respondent has ceased to command the majority before deciding on Respondent’s request for dissolution.

(Tindakan DYMM Sultan untuk membuat siasatan untuk memuaskan hatinya samada Responden telah hilang sokongan majoriti sebelum memutuskan permintaan Responden bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah betul dan tepat).

7. On facts of the case, it is clear that the Respondent has ceased the confidence of the majority thus DYMM, in accordance with Article 16(6), was right to appoint the Appellant as Menteri Besar of Perak after being satisfied that the Appellant commands the majority.

(Atas fakta kes ini, adalah jelas bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, oleh itu tindakan DYMM Sultan, mengikut peruntukan Perkara 16(6) dalam melantik Perayu (Dato' Dr Zambry) sebagai Menteri Besar Perak selepas berpuas hati bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri adalah benar, tepat serta menurut undang-undang).

8. The Learned Judge has erred in law when interpreting the Perak Constitution. He has failed to properly appreciate the evidence rendering his decision clearly wrong.

(Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah silap dan khilaf di sisi undang-undang dalam memberikan pentafsiran kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beliau telah gagal untuk menilai dengan tepat bukti-bukti yang dikemukakan menyebabkan keputusan yang dibuat olehnya adalah jelas silap).


  • £JUHAM ingin merakamkan penghargaan kepada Joanne, Abigail dan Grace yang telah memberikan catatan Nota Bicara ini.

Insyaallah, di kesempatan lain, JUHAM akan memberikan ulasan lanjut berkenaan kesan kepada penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan ini.

Sekian

11 May 2009

Keputusan Kes Nizar vs Zambry

Salam

Tiada yang lebih indah pada hari ini melainkan berita keputusan kes Nizar lwn Zambry diumumkan oleh Dato' Abdul Aziz Rahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta mulai jam 2.30 - 4 petang tadi. Akhirnya, kebenaran telah terbukti dan kebatilan UMNO-BN telah didedahkan oleh YA Hakim.

Rasanya, tidak perlu diulas lanjut mengenai alasan penghakiman kerana kesemua blog atau website telah menyiarkan ringkasan mengenai alasan penghakiman kes ini. Lihat sini atau sini. Kami cuma ingin melahirkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah taala yang telah memberikan keberanian kepada YA Hakim untuk memberikan suatu keputusan yang berbentuk anti establishment. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam yang diketuai oleh Tuan Haji Sulaiman yang mewakili Dato Seri Ir Nizar yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha menegakkan kebenaran ini.

Kami juga ingin lahirkan rasa syukur kepada Allah atas limpah kurnianya dan rancangannya itu semuanya ini menjadi kenyataan. Pada mula kes ini didengar oleh YA Tuan Haji Mohd Ariff Yusuf, kami telah menaruh harapan tinggi kepadanya sehingga beliau menarik diri dari mendengar kes ini kerana takut institusi kehakiman akan ditohmah kelak. Selepas itu, kes didengar oleh YA Puan Lau Bee Lan, namun apabila YA Puan Hakim merujukkan kes ini terus ke Mahkamah Persekutuan, harapan itu seakan berkecai. Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan menghantar balik kes ini ke Mahkamah Tinggi, seorang hakim yang tidak dikenali yang dibawa pulang dari Sarawak pula ditugaskan mendengar kes ini. Harapan kami juga makin samar kerana tiada siapa yang jelas mengenai latar belakang YA Hakim Dato A. Aziz.

Harapan kami kembali berputik apabila kali pertama sebutan kes dibuat di hadapan YA Hakim, beliau mengejutkan para peguam apabila beliau telah mengucapkan salam, Assalamualaikum kepada Tuan Haji Sulaiman. Secara kelazimannya, jarang sekali seorang hakim Mahkamah Sivil berbuat demikian apatah lagi seorang hakim mengucapkan salam kepada peguam. Kalau peguam mengucapkan salam kepada Hakim, itu barangkali tidaklah menjadi perkara yang nadir.

Berikutnya, sewaktu hujahan akhir masih berlangsung, kira-kira jam 4.30 petang, beliau telah menangguhkan kes selama 20 minit bagi pihak-pihak menunaikan solat asar. Jika begini sikapnya, kami amat positif bahawa Hakim ini bukanlah hakim yang boleh dijual beli bahkan beliau adalah hakim yang lebih takut dipertanggungjawabkan di akhirat terhadap apa yang diputuskannya kelak. Beliau sedar bahawa keputusan yang dibuatnya itu bukanlah keputusan yang popular dan kemungkinan kelak beliau akan ditukarkan ke Tawau atau lain-lain tempat terpencil sebagaimana yang pernah berlaku kepada Allahyarham Haji Idris, mantan Pesuruhjaya Hisbah Terengganu selepas beliau berkata benar kepada mantan Presiden Mahkamah Rayuan.

Kami dapat merasakan sewaktu keputusan kes ini dibacakan tadi, Hakim Dato A. Aziz berada dalam suci dari hadas besar atau kecil atau dalam kata lain dalam keadaan berwuduk. Akhirnya, kebenaran yang diperjuangkan ini masih jauh dari selesai.

Semoga segala usaha kita selama ini menjadi amalan baik dalam hidup kita di dunia atau di akhirat. Semoga Dato A. Aziz terus komited dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, dan ditetapkan hatinya untuk terus bersama orang-orang yang siddiqin, syuhadak dan solehin.

Wallahualam

10 May 2009

Team Peguam dalam PRK 059 Bukit Gantang


Gambar kenangan PRK 059 Bukit Gantang 2009 bersama Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sejurus beliau diumumkan sebagai memenangi pilihanraya kecil Bukit Gantang.

Sejarah penubuhan JUHAM

JUHAM adalah singkatan kepada nama Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). JUHAM berfungsi sebagai satu jabatan dalam DPPP dan pengarah JUHAM akan dilantik setiap 2 tahun sekali oleh Ketua DPPP.

JUHAM telah diasaskan dalam tahun 1995-96 oleh Sdr Mohd Hanipa Maidin. Idea penubuhannya adalah untuk berfungsi sebagai unit sokongan kepada DPPP memandangkan di peringkat PAS Pusat, telah ada Lajnah Undang-Undang yang memberikan bantuan perundangan kepada Jawatankuasa Pusat PAS.

Setelah Sdr Hanipa meninggalkan DPPP, jawatan pengarah JUHAM telah disandang oleh Sdr Ahmad Sabki Yusof, iaitu Setiausaha DPPP sekarang. Setelah beliau dilantik menjadi Setiausaha DPPP, jawatan JUHAM telah digantikan dengan Sdr Mohd Khairudin Othman, bekas calon PAS di Dun Paya Jaras, Selangor pada PRU 12.

Namun, kerana kesibukan Sdr Mohd Khairudin di negeri Selangor setelah memegang beberapa jawatan parti, Ketua Pemuda telah melantik Sdr Aminudin Zulkipli sebagai pengarah. Sdr Aminudin merupakan aktivis parti yang aktif di Slim River, Perak. Sdr Aminudin telah memegang jawatan itu selama sepenggal.

Kemudiannya, pada tahun 2007, Ketua Pemuda telah melantik Sdr Zulqarnain Lukman sebagai pengarah JUHAM yang berikutnya. Sehingga kini, Sdr Zulqarnain masih memegang jawatan tersebut.

sekian.

Struktur JUHAM Dewan Pemuda PAS Pusat


STRUKTUR JUHAM


Pengarah

Timbalan Pengarah I

Timbalan Pengarah II

Setiausaha

Bendahari


Unit-Unit di bawah JUHAM

Unit Parlimen, Penyelidikan & Hak Asasi
  • bertanggungjawab menghadiri pre-council dengan Ahli Parlimen
Membuat penyelidikan ke atas rang undang-undang
  • mengkaji kesan sesuatu undang-undang

Unit Bantuan Guaman & Undang-Undang
  • melaksanakan program klinik bantuan guaman
  • membantu masyarakat berkaitan celik undang-undang
  • memberikan nasihat perundangan kepada yang memerlukan

Unit Tindakan Politik & Pilihanraya
  • menfailkan kes sivil ke atas kes-kes yang melibatkan kepentingan awam
  • membela anggota parti yang dituduh atas sesuatu kesalahan jenayah yang berkaitan dengan tugasan parti, seperti kes perhimpunan haram dan menghalang penjawat awam
  • mengendalikan kes-kes berkaitan petisyen pilihanraya
  • menasihati jentera parti sewaktu proses pilihanraya berlangsung

Unit Perhubungan & Informasi
  • bertanggungjawab berkaitan isu publisiti JUHAM
  • membuat apa-apa kenyataan media berkaitan isu semasa
  • menyebarkan makluman kepada masyarakat awam

Unit Perkaderan
  • melatih peguam muda dan graduan undang-undang
  • mengenalpasti bakal graduan untuk diserap ke dalam JUHAM selepas pengajian
  • melaksanakan program JUHAM di kampus-kampus
  • membentuk pelapis muda JUHAM


JUHAM, institusi sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat

Assalamualaikum WBT

Salam Hormat,


Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak penghormatan kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana memberikan peluang kepada peguam muda untuk menyumbangkan tenaga dan idea dalam perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia.

Para peguam muda PAS berikrar akan membantu parti dan DPPP khususnya dalam usaha murni ini dan akan berusaha bagi menghasilkan peguam-peguam yang boleh membantu parti dalam organisasi dan usaha umum dakwah kepada masyarakat di Malaysia.

Sekian