10 May 2009

Sejarah penubuhan JUHAM

JUHAM adalah singkatan kepada nama Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). JUHAM berfungsi sebagai satu jabatan dalam DPPP dan pengarah JUHAM akan dilantik setiap 2 tahun sekali oleh Ketua DPPP.

JUHAM telah diasaskan dalam tahun 1995-96 oleh Sdr Mohd Hanipa Maidin. Idea penubuhannya adalah untuk berfungsi sebagai unit sokongan kepada DPPP memandangkan di peringkat PAS Pusat, telah ada Lajnah Undang-Undang yang memberikan bantuan perundangan kepada Jawatankuasa Pusat PAS.

Setelah Sdr Hanipa meninggalkan DPPP, jawatan pengarah JUHAM telah disandang oleh Sdr Ahmad Sabki Yusof, iaitu Setiausaha DPPP sekarang. Setelah beliau dilantik menjadi Setiausaha DPPP, jawatan JUHAM telah digantikan dengan Sdr Mohd Khairudin Othman, bekas calon PAS di Dun Paya Jaras, Selangor pada PRU 12.

Namun, kerana kesibukan Sdr Mohd Khairudin di negeri Selangor setelah memegang beberapa jawatan parti, Ketua Pemuda telah melantik Sdr Aminudin Zulkipli sebagai pengarah. Sdr Aminudin merupakan aktivis parti yang aktif di Slim River, Perak. Sdr Aminudin telah memegang jawatan itu selama sepenggal.

Kemudiannya, pada tahun 2007, Ketua Pemuda telah melantik Sdr Zulqarnain Lukman sebagai pengarah JUHAM yang berikutnya. Sehingga kini, Sdr Zulqarnain masih memegang jawatan tersebut.

sekian.

No comments: