30 June 2011

GARIS PANDUAN KESIHATAN


Garis Panduan Kesihatan

First Aid

Perlindungan:

· Elak menggunakan minyak & losyen kerana menyebabkan bahan kimia akan terperangkap lama dibawah kulit. Basuh pakaian, rambut & kulit dengan air yang banyak.

· Pastikan tubuh dilitupi dengan pakaian keseluruhannya untuk mengelakkan terkena bahan kimia.

Gas masks provide the best facial protection, if properly fitted and sealed. Alternatively, goggles (with shatter-proof lenses), respirators, even a wet bandana over the nose and mouth will help.

Bagaimana menghadapinya:

· BERTENANG. Jangan panik. Ingat, ia hanya kesan sementara.

· Sekiranya gas pemedih mata dilepaskan, pastikan anda terus mengaplikasikan apa yang telah diberitahu. Cuba elak daripada megikut arah angin.

· Hembus hidung, kumur mulut & jangan cuba telan.

· Jangan pakai pelekap mata.

· “DO NOT RUB IT IN”

PERLINDUNGAN DARIPADA GAS PEMEDIH MATA/BAHAN KIMIA (PROTECTION AGAINST TEAR GAS AND PEPPER SPRAY)

Tanda-tanda terkena bahan kimia:

· Pedih dimata,hidung,mulut & kulit

· Pandangan kabur & air mata keluar berlebihan

· Air hidung keluar berlebihan

· Batuk & sesak nafas

· Pening

Walaubagaimanapun tanda2 diatas hanya SEMENTARA

Ketidakselesaan pada mata akibat gas pemedih mata akan hilang selepas 5-30 minit, pepper spray pula 20 minit to 2 jam untuk hilang.

Apa yang perlu dipakai

“What Else to Wear”:

· Kasut / alas kaki yang selesa yang memudahkan anda untuk bergerak

· Pakaian bahagian dalam yang melindungi seluruh tubuh termasuk tangan/kaki untuk mengelak daripada terkena bahan kimia (baju lengan panjang)

· Baju hujan dibahagian luar /

· Cermin mata googles /Shatter-resistant eye protection

· Surgical mask

· Sarung tangan getah sekiranya anda mengendalikan botol gas pemedih mata

· Pakaian bersih untuk ditukar sekiranya terkena bahan kimia. Fresh clothes in plastic bag (in case yours get contaminated)

· Pelindung kepala daripada bahan kimia.

Apa yang perlu dibawa

“What Else to Bring”:

· Air yang banyak untuk diminum dan membasuh bahan kimia yang terkena tubuh.(Lots of water in plastic bottle with squirt or spray top, to drink and to wash off your skin or eyes if needed)

· Makanan (Energy snacks/coklat bar)

· Wang untuk makanan, telefon dan pengangkutan bila perlu (Just enough money for pay-phone, food, transportation)

· Ubat2 anda seperti lelah, alahan, insulin etc yang digunakan (Three days of your prescription medication and doctor's note in case of arrest)

· Sapu tangan bersaiz besar (basahkan & tutup mulut /hidung dengannya apabila gas dilepaskan)

Perkara yang dilarang

“What Not to Do”:

· Jangan gunakan pelembab pada kulit kerana menyebabkan bahan kimia terperangkap lama (Don't put vaseline, mineral oil, oil-based sunscreen or moisturizers on skin as they can trap chemicals.)

· Jangan pakai kanta pelekap (Don't wear contact lenses, which can trap irritating chemicals underneath)

· Jangan pakai alat yang mudah dipegang seperti gelang,rantai etc (Don't wear things which can easily be grabbed (e.g., dangly earrings or other jewelry, ties, loose hair).

· Jangan protes bersendirian ikut kumpulan (Don't go to the protest alone if you can help it. It is best to go in a group with friends who know you well)

· Perlu rehat, makan & minum secukupnya sebelum protes (Don't forget to sleep, eat, and drink lots of water. No matter how well-rested and prepared we are, we can never really predict what will happen at a protest, how the police will (over-) react, etc., no matter how peaceful we may be.)

Oleh: Pasukan MEDIC-PAS

PANDUAN RINGKAS UNTUK PESERTA


Adakah saudara-saudari akan menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011?

Terutamanya bagi peserta-peserta yang belum pernah menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan perarakan-perarakan di Malaysia sebelum 9 Julai, ‘Panduan Ringkas’ ini telah disediakan untuk makluman rakyat oleh Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat.

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis (Jika Polis berpakaian awam)

CATIT NAMA DAN NOMBOR ANGGOTA yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam

Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta PENGENALAN DIRI?

Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

JANGAN SEKALI-KALI MENYERAHKAN KAD PENGENALAN anda kepada polis hanya TUNJUK SAHAJA

Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. BILAkah anda diTAHAN?

Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat APABILA DITAHAN?

Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

Tanya apakah alasan anda ditahan

Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda SETELAH DITAHAN?

Anda BERHAK MEMBUAT PANGGILAN TELEFON kepada KELUARGAdan/atau PEGUAM dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. BERAPA LAMA Polis BOLEH MENAHAN anda?

Polis boleh menahan anda TIDAK MELEBIHI 24 JAM di balai atau lokap polis

Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan MAJISTRET untuk mendapatkan PERINTAH REMAN?

BERITAHU POLIS/MAJISTRET bahawa anda INGIN DIWAKILI PEGUAM

Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin MERAKAM KENYATAAN BERTULIS semasa dalam tahanan?

Kenalpasti NAMA DAN PANGKAT PEGAWAI YANG MENYOAL SIASAT anda

Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan UNTUK BERDIAM DIRIdari menjawab soalan dari pegawai polis

Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “SAYA AKAN JAWAB DI MAHKAMAH”terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan POLIS TIDAK BOLEH MEMAKSA, MENGUGUT ATAU MEMUKUL anda jika anda enggan menjawab soalan

9. Bilakah anda DIDAKWA di mahkamah?

Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan Peguam ‘Bersih 2.0’ akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

_________________

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

016 – 3126463
016 – 3126473
014 – 6451753
012 – 3928379

17 June 2011

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT


KENYATAAN MEDIA

JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM) DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.


Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami PERKARA 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.


Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (“pre-emptive”) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (“abuse”) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.


JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (“guardian of public interest”). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk MENGHALANG hak rakyat dari BERHIMPUN!


JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."


Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat. JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar!!!


Sekian,


AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI

Pengarah

Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)

Dewan Pemuda PAS Malaysia

17 Jun 2011

16 Rejab 1432