24 November 2012

Nurul Izzah saman fitnah Utusan berkenaan isu murtad























KUALA LUMPUR, 23 Nov — Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah ke atas akhbar milik Umno Utusan Malaysia, mendakwa akhbar tersebut memutarbelitkan kenyataan beliau menyokong orang Melayu murtad dalam sebuah forum — isu sensitif bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia.

Kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan menamakan ketua pengarang akhbar tersebut, Datuk Aziz Ishak, dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai defendan.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu menuntut akhbar tersebut memohon maaf di muka hadapan akhbar berkenaan dengan laporan akhbar tersebut yang dikatakan mempunyai elemen “fitnah aqidah”.
Beliau juga menuntut injuksi kekal ke atas Utusan bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.
Beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut dalam saman tersebut.
Nurul Izzah (gambar, kanan) diwakili oleh peguamnya Mohd Hanipa Maidin dan Datuk Sulaiman Abdullah.
Hanipa yang juga peguam dari PAS berharap tarikh untuk perbicaraan itu akan diumumkan dua hari lagi.
Naib presiden PKR itu diserang oleh golongan agama dan ahli politik Umno berkenaan kenyataan beliau dalam forum “Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya pada 3 November.
Golongan konservatif menuduh kenyataan beliau bermakna  menyokong umat Islam menjadi murtad atau keluar dari agama.
Tetapi beliau menafikan menyokong murtad di dalam negara yang majoritinya Melayu beragama Islam, 60 peratus dari 28 juta penduduk.
Isu kaum dan agama tidak boleh dipisahkan di Malaysia dimana di dalam Perlembagaan, Melayu dikategorikan sebagai Muslim.
Undang-undang tertinggi negara menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan tetapi agama-agama lain bebas untuk diamalkan.

22 November 2012

Saman AES: Bayar di mahkamah, bukan dengan polis, kata Pemuda PAS


KUALA LUMPUR, 21 Nov — Pemuda PAS menyeru orang ramai supaya membayar saman yang dikenakan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di mahkamah dan bukan kepada polis, kata pengarah undang-undang dan hak asasi manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi.


Menurut Ahmad Zamri, apabila membayar saman di mahkamah, wang tersebut akan dimasukkan ke kumpulan wang yang disatukan dan seterusnya akan disalurkan kepada dana kerajaan, bukannya disalurkan kepada syarikat swasta.

“Saya melihat agak aneh bila undang-undang dikuatkuasakan oleh syarikat swasta.
“Apabila syarikat swasta menguatkuasakan undang-undang, secara tak langsung mereka mahu membuat untung atas angin ke atas rakyat,” kata Ahmad Zamri hari ini selepas membuka kaunter penerangan dan bantuan mengenai saman AES di ibu pejabat PAS hari ini.

Kaunter tersebut dikelolakan oleh Juham Dewan Pemuda PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Sementara itu, ahli jawatankuasa unit Parlimen, Penyelidikan dan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS, Dr Zulqarnain Lukman berkata, sejak pengenalan AES, 65,000 saman telah dikeluarkan.
“Dari hujung September ke November ini sudah 65,000 saman dikeluarkan.


“Bayangkan setiap 65,000 saman ini, setiap RM16 akan diberikan kepada syarikat swasta ini,” kata Zulqarnain lagi.


Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, kementerian pengangkutan berkata urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd dan bukan dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) atau polis.
Kedua syarikat tersebut didakwa oleh pihak pembangkang sebagai syarikat kroni yang mempunyai kaitan dengan Umno dan MCA.


Bagaimanapun timbalan menteri pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan tersebut dan berkata proses pemilihan tender untuk AES dijalankan secara telus.

AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai



KUALA LUMPUR: Kaunter saman AES yang baru dilancarkan hari ini oleh Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dengan Kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Pusat, diserbu orang ramai.

Hampir 100 orang kena saman (OKS) hadir sambil membawa salinan surat saman untuk diserahkan kepada Kase dan Juham.

Kaunter yang dibuka di lobi Pejabat Agung PAS akan beroperasi dua minggu sekali bermula 1 Disember ini, dari jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.

Orang ramai juga diberi taklimat prosiding asas oleh wakil Juham iaitu bagaimana mereka berhadapan dengan proses mahkamah nanti.

Dalam pertemuan itu, OKS berkesempatan mengajukan soalan-soalan  kepada wakil Juham berhubung saman AES.

Presiden Kase Datuk Mahfuz Omar yang turut merasmikan kaunter saman AES berkata, sehingga hari ini seramai 200 OKS mendaftar melalui emel ditambah pula sambutan pada hari ini amat menggalakkan.

"Hari ini, yang datang dari pelbagai bangsa Cina, Melayu dan India. Malah ada juga yang datang termasuk pemandu kereta kerajaan dan kakitangan kerajaan," katanya. 

Dalam pada itu, pendakwaan kes yang pertama berhubung saman AES akan disebut di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 6 Disember ini. 

Menurut Pengarah Juham Zamri Asa'ad Khuzami, mereka akan mengiringi OKS tersebut dan akan memohon pada mahkamah untuk cabar AES di Mahkamah Tinggi. 

Katanya, orang ramai tidak perlu takut untuk cabar di mahkamah sebagaimana  ia ditawarkan dalam surat saman.

"Tuan-tuan jangan takut sebab saman trafik adalah kesalahan yang kecil. Pesalah tidak duduk dalam kandang. Sebab itu ia dibawa dalam mahkamah Majistret," katanya. 

Melalui inisiatif membuka kaunter, jelas Peguam Juham Dr Zulqarnain Lukman sebagai usaha untuk mengajar orang ramai supaya jangan takut dengan mahkamah. 

"Kita kena tahu implikasi apabila kita melalui proses mahkamah, sama ada mengambil masa tiga atau empat kali ulang alik ke mahkamah, mungkin akan ambil masa yang banyak, tapi kita kena sedia menempuhnya.

"Apabila sampai ke mahkamah daftar dahulu, kemudian polis yang bertugas akan 'frame'kan caj kita, pertuduhan akan dibaca kepada kita. Tuan-tuan akan diberi pilihan, pilihlah tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Ini tidak perlu jamin sebab ini kes kecil sahaja. Bila tetap tarikh jadi pendakwaan bermula.

"Kalau pendakwaraya tidak bersedia, kes ditangguh. Jikalau tertangguh sebanyak 3 kali biasanya mahkamah akan buang kes. Apa yang kita tahu pendakwaan nampaknya masih kabur kerana tidak tahu SOP mana yang perlu digunakan," terang beliau kepada OKS. 

Kase menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari Facebook Kase atau emel kempenantisamanekor@gmail.com


14 November 2012

BERSIH 2.0: MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN RAMPASAN BAJU BERSIH 2.0 TIDAK SAH


KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
 
BERTARIKH: 14/11/2012
 
BERSIH 2.0: MAHKAMAH TINGGI PUTUSKAN RAMPASAN
BAJU BERSIH 2.0 TIDAK SAH
 
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju BERSIH 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.
 
Plaintif di dalam kes ini iaitu Musafri bin Abdullah Azmi memfailkan saman terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan 3 yang lain keranamendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “BERSIH 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.
 
Plaintif diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd Nazruddin Abdullah, Ahmad Termizi Abdullah, Noorazmir Zakaria dan Azizzul Shariman
 
Perbicaraan adalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, iaitu Yang Arif Dato’ Hj Zainal Azman bin Ab Aziz.
 
JUHAM menyambut baik keputusan Mahkamah tersebut kerana tindakan pihak Polis yang sewenang-wenangnya merampas baju BERSIH 2.0 jelas adalah suatu tindakan yang tidak bertamadun dan merupakan suatu tindakan terdesak bagi menghalalkan niat jahat UMNO dan Barisan Nasional bagi menghalang kebangkitan rakyat dalam menyuarakan suatu Pilihanraya yang bebas dan adil.
 
Keputusan Mahkamah ini juga membuktikan bahawa pihak polis telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan pihak Menteri apabila dengan sengaja ingin menakut-nakutkan rakyat dengan membuat rampasan baju BERSIH 2.0 tersebut yang jelas suatu tindakan yang langsung tidak berasas dan menyalahi hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi, ASP Mohd Amirul Anbalagan bin Abdullah, 41, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut ketika memberikan keterangan pada hari perbicaraan mengakui dan bersetuju bahawa memiliki dan memakai baju BERSIH 2.0 adalah tidak salah.
 
JUHAM ingin menegaskan bahawa hak asasi manusia tidak boleh dicabul dengan menggunakan kuasa tangkapan dengan sewenang-wenangnya di mana kuasa untuk menangkap oleh pihak polis haruslah berasaskan kepada syak wasangka yang munasabah dan bukannya mengikut telunjuk UMNO dan Barisan Nasional.
 
JUHAM komited untuk terus memperjuangkan hak asasi anggota masyarakat yang ditindas dan menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus mara ke hadapan dalam menuntut suatu Pilihanraya yang bebas dan adil tanpa rasa gusar dan takut kerana hak anda sentiasa dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
 
Seterusnya JUHAM memberikan amaran kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk tidak terus menggunakan taktik yang dayus dan menakutkan-nakutkan rakyat. Hadapilah rakyat secara anak jantan pada Pilihanraya Umum yang akan datang dan bukannya mempergunakan pihak polis hanya kerana ingin mempertahankan kuasa yang ada yang telah semakin reput ditelan dek kebangkitan rakyat.
 
 
 
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 

12 November 2012

PERLAKSANAAN AES: JUHAM AKAN FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN


KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
BERTARIKH: 8/11/2012
PERLAKSANAAN AES: JUHAM AKAN FAIL SEMAKAN KEHAKIMAN

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) telah menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) untuk membela pihak orang kena saman (OKS) bagi kes Saman AES.

Satu perjumpaan telah diadakan pada 8/11/2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh pihak jawatankuasa KASE bersama wakil Peguam-peguam JUHAM dari seluruh Malaysia untuk memberikan penerangan kepada wakil-wakil Peguam yang hadir untuk disebarkan kepada negeri masing-masing di mana kedua-dua pihak turut telah berdialog bagi mencapai persetujuan tindakan bersama dalam menangani Saman AES ini.

Melalui mesyuarat bersama Jawatankuasa KASE yang turut dihadiri dan dipengerusikan oleh YB Dato' Hj. Mahfuz Omar pada 8/11/2012, 3 resolusi telah dicapai seperti berikut:

1)    KASE bersama barisan Peguam dari JUHAM akan membuka Kaunter Aduan Rakyat untuk 2 minggu sekali bermula dari 21 November 2012 ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Semua penerima Saman AES dijemput hadir pada waktu tersebut untuk mendapatkan nasihat serta khidmat guaman secara percuma sekiranya OKS memilih untuk ke Mahkamah

2)    Peguam dari JUHAM akan mewakili orang kena saman (OKS) di Mahkamah di mana para Peguam akan memohon mitigasi untuk mengurangkan kadar denda sekiranya OKS memilih untuk mengaku bersalah serta akan mewakili OKS secara percuma sepanjang tempoh perbicaraan sekiranya OKS memilih untuk tidak mengaku bersalah dan pohon dibicarakan.

3)   JUHAM turut akan memfailkan Semakan Kehakiman untuk mencabar kutipan saman yang dikongsi pihak kerajaan dengan syarikat swasta yang mengendalikan serta memasang sistem AES ini. Dalam semakan kehakiman ini, JUHAM akan mencabar sama ada perkara ini dibenarkan di sisi undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

NOORAZMIR BIN ZAKARIA
KETUA UNIT MEDIA/PENERANGAN
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

9 November 2012

Check out Rohan's photos on Facebook.

facebook
Check out Rohan's photos on Facebook.
If you sign up for Facebook, you'll be able to stay connected with friends by seeing their photos and videos, staying up to date with their latest status updates, exchanging messages and more.
Join Rohan on Facebook
This message was sent to juhampusat.197488@blogger.com. If you don't want to receive these emails from Facebook in the future or have your email address used for friend suggestions, please unsubscribe.
Facebook, Inc., Attention: Department 415, PO Box 10005, Palo Alto, CA 94303