23 May 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes Zambry vs Nizar

Salam Sejahtera,


Ramai pihak telah menghubungi Pengarah JUHAM yang hadir sama di Mahkamah Rayuan pada 22.5.2009 berkenaan keputusan kes di Perak. Berikut diperturunkan keputusan ringkas yang diberikan oleh Hakim Md Raus Sharif, Zainun Ali dan Ahmad Maarof.


1. The granting or withholding of consent to dissolution of the State Assembly is a royal prerogative exercise by HRH.

(Memberi perkenan atau enggan memberi perkenan kepada permintaan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah budi-bicara [prerogatif] Ke Bawah Duli Sultan)

2. From the facts of this case, the request made by the Respondent to dissolve the State Assembly was made under Article 16(6) of the Perak Constitution and not under Article 36(2).

(Daripada fakta kes ini, permintaan yang dibuat oleh Responden (Dato' Seri Ir Nizar) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri telah dibuat di bawah Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan bukan di bawah Perkara 36(2).

3. Under Article 16(6) of the Perak Constitution, upon the exercise of HRH royal prerogative to withhold consent for dissolution, the Respondent shall tender his resignation.

(Di bawah Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, bilamana Ke Bawah Duli Sultan telah menggunakan budi bicaranya untuk tidak memberikan perkenan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri, Responden (Dato' Seri Ir Nizar) hendaklah meletakkan jawatan.)

4. There is no mandatory express requirement that provides that there must be a motion of no-confidence passed in State Assembly against the Respondent before he ceases to command the confidence of the majority.

(Tiada mana-mana peruntukan yang nyata (dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak) bahawa hendaklah ada satu usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri terhadap Responden sebelum beliau dianggap telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri)

5. The fact is that the Respondent has ceased majority [is established (sic)] through alternative means. We approve the case of Amir Kahar. The case of Stephen Kalong Ningkan, adopted by the Learned Judge, is distinguishable on facts.

(Fakta bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri telah dibuktikan menerusi cara yang lain daripada pengemukaan usul undi tidak percaya. Kami telah menerima pakai kes Amir Kahar. Kes Stephen Kalong Ningkan yang diguna pakai oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi adalah boleh dibezakan atas fakta kes berkenaan)

6. DYMM was right to make enquiries to satisfy himself as to whether the Respondent has ceased to command the majority before deciding on Respondent’s request for dissolution.

(Tindakan DYMM Sultan untuk membuat siasatan untuk memuaskan hatinya samada Responden telah hilang sokongan majoriti sebelum memutuskan permintaan Responden bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah betul dan tepat).

7. On facts of the case, it is clear that the Respondent has ceased the confidence of the majority thus DYMM, in accordance with Article 16(6), was right to appoint the Appellant as Menteri Besar of Perak after being satisfied that the Appellant commands the majority.

(Atas fakta kes ini, adalah jelas bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, oleh itu tindakan DYMM Sultan, mengikut peruntukan Perkara 16(6) dalam melantik Perayu (Dato' Dr Zambry) sebagai Menteri Besar Perak selepas berpuas hati bahawa Responden telah kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri adalah benar, tepat serta menurut undang-undang).

8. The Learned Judge has erred in law when interpreting the Perak Constitution. He has failed to properly appreciate the evidence rendering his decision clearly wrong.

(Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah silap dan khilaf di sisi undang-undang dalam memberikan pentafsiran kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beliau telah gagal untuk menilai dengan tepat bukti-bukti yang dikemukakan menyebabkan keputusan yang dibuat olehnya adalah jelas silap).


  • £JUHAM ingin merakamkan penghargaan kepada Joanne, Abigail dan Grace yang telah memberikan catatan Nota Bicara ini.

Insyaallah, di kesempatan lain, JUHAM akan memberikan ulasan lanjut berkenaan kesan kepada penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan ini.

Sekian

No comments: