25 July 2012

BERSIH ENTITI YANG SAH: KERAJAAN UMNO/BN DIGESA MINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BERTARIKH: 24/7/2012
BERSIH ENTITI YANG SAH: KERAJAAN UMNO/BN DIGESA MINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA


JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram' dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.
Penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.


Bukan hanya dibedil gas pemedih mata, malah para peserta himpunan BERSIH 2.0 turut dibelasah pihak polis tanpa belas kasihan, sehinggakan salah seorang daripada peserta yang diserbu polis ketika himpunan BERSIH 2.0 tersebut iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia.

Malah, Kerajaan UMNO/BN turut bertindak zalim apabila mengarahkan pihak Polis melancarkan operasi penahanan habis-habisan terhadap individu-individu tertentu sebelum berlakunya perhimpunan BERSIH 2.0 tersebut.

Antara penahanan yang dibuat ialah terhadap seorang yang bernama Musafri bin Abdullah Azmi di mana beliau telah bertindak memfailkan Saman terhadap pihak Polis dan Menteri Dalam Negeri kerana mendakwa penahanan beliau adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.
Kes beliau telah ditetapkan untuk perbicaraan esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan beliau diwakili barisan Peguam daripada JUHAM di mana keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang memutuskan BERSIH 2.0 adalah entiti yang sah sedikit sebanyak memberikan lonjakan motivasi yang tinggi kepada barisan Peguam JUHAM dalam tindakan Saman ini.

Rentetan daripada keganasan-keganasan yang dilakukan oleh pihak Polis ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0, JUHAM menggesa Kerajaan UMNO/BN meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada ribuan rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 tersebut. Permohonan maaf ini adalah perlu bagi membuktikan Kerajaan UMNO/BN menghormati keputusan Mahkamah hari ini bahawa tindakan Kerajaan UMNO/BN yang mengharamkan BERSIH 2.0 adalah suatu tindakan yang salah dan melanggar norma-norma hak asasi manusia sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Akhirnya, JUHAM melihat keputusan Mahkamah pada hari ini telah memberikan satu dimensi yang baru kepada hak asasi di Malaysia di mana ia membuktikan intitusi kehakiman di Malaysia seharusnya bebas daripada sebarang cengkaman Kerajaan UMNO/BN. Institusi Kehakiman haruslah dilihat konsisten dalam memastikan mereka dilihat adil dan bebas serta tidak dijadikan alat oleh Kerajaan UMNO/BN supaya Institusi Kehakiman di Malaysia benar-benar dilihat adil dan bebas sepenuhnya.


Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Mahkamah putuskan BERSIH entiti yang sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

NONEOleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Dalam penghakiman 30-muka surat itu, hakim menyentuh sejarah permohonan yang mencabar keputusan Hishammuddin mengisytiharkan gabungan NGO itu sebuah pertubuhan haram.

Walaupun perisytiharan itu dibuat, tambahnya, pihak berkuasa masih terus bertemu dengan pegawai BERSIH.

"Terdapat rundingan antara pemohon dan responden (kerajaan) mengenai lokasi perhimpunan pada 9 Julai," katanya.

NONE"Ada majlis mengadap ( Yang di-Pertuan Agong oleh) pemohon
pertama (pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, kanan) dan tiada celaan terhadap BERSIH (dalam menjalankan) aktiviti (perhimpunan 9 Julai 2011) seperti yang dijadualkan."

Mahkamah telah mengambil notis kehakiman bahawa Hishammuddin telah membuat suatu pernyataan awam untuk membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan pada 28 April tahun ini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili responden, berkata Peguam Negara akan diberi taklimat dan untuk arahan selanjutnya.

Azizan serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsulbol Hassan, mendakwa bahawa keputusan mahkamah itu menjadikan BERSIH balik ke peringkat asalnya (perlu didaftarkan).

Bagaimanapun, peguam BERSIH, K Shanmuga - yang tampil bersama peguam Tommy Thomas dan Honey Tan - berkata keputusan itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang.

"... Keputusan menteri dalam negeri adalah tidak rasional kerana, setelah mengisytiharkannya sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara, beliau dan pihak berkuasa telah bertemu dengan pegawai BERSIH," kata Shanmuga.

Ambiga tidak hadir di mahkamah kerana beliau di luar negara.

Pengerusi bersama BERSIH yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (kiri), ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Proses perundangan ini sepatutnya tidak dijalankan kerana ia membuang masa, tenaga dan dana am.

NONE"Proses ini menyebabkan orang ramai khuatir untuk sokong BERSIH. Org ramai harus ingat bahawa kerajaan masih
menggambarkan BERSIH sebagai "kotor" di mana perdana menteri telah menyatakan BERSIH telah membahayakan kuota haji yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi

"Kami ingin mengingatkan semua pihak bahawa Hakim Datuk Rohana Yusof telah pun melihat percanggahan dalam tindakan pihak berkuasa (apabila) dalam perbicaraan (pada) 26 Jun, kenapa kerajaan layan permintaan BERSIH untuk adakan perhimpunan tersebut (walaupun ia telah diisytiharkan sebagai haram)," tambahnya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Hakim Rohana berkata beliau membenarkan petisyen 14 anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S. Ambiga, untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar.

Dalam penghakimannya, Rohana memutuskan keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan atau mengambil kira fakta yang tidak relevan.

"Pada pendapat saya, keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.

Rohana berkata alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Sekysen 5 Akta Pertubuhan 1966, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri (responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah dalam tempoh beberapa hari.

"Adalah tidak munasabah bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai, dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.

Rohana berkata walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu, kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.

Rohana berkata mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 28 April lepas tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau menekankan bahawa keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

Selain itu, beliau berkata tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu selepas menteri membuat pengisytiharan.

"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011, kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian, jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad berkata beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dahulu sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu, seorang peguam pemohon, K. Shanmuga memberitahu pemberita dengan keputusan itu, BERSIH 2.0 bukan lagi sebuah pertubuhan haram.


sumber :http://www.malaysiakini.com/news/204461

21 July 2012

UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH : oleh Peguam Hanipa Maidin

Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau sebagai Presiden Amerika. Obama menyatakan " bagi rejim yang bergayut kuasa melalui korupsi dan penipuan dan juga dengan mendiamkan suara-suara yang menentang , mereka kena tahu dan faham bahawa mereka sedang berada di kedudukan yang salah tentang sejarah ( wrong side of history )." Melihat kepada keganasan polis menyerang rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa , warna kulit, bahasa dan agama di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno berada-meminjam kata Obama- 'on the wrong side of history.'

Masa hadapan negara ini dengan izin Allah akan didirikan oleh rakyat yang berjiwa seperti penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun pada 28 April yang lalu . Rakyat seperti itulah yang tidak pernah putus asa mencari sinar keadilan ('adalah'- justice) , persamaan ( 'musawah-equality) dan kebebasan ( huriyyah-freedom) untuk dikecapi dan dinikmati keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi kita Malaysia hanya boleh bergerak ke arah 'kedudukan betul sejarah' jika Kerajaannya mengetahui dan mengiktiraf bahawa rakyat seperti penyokong Bersih 3.0 tempoh hari adalah sebenarnya kekuatan kepada negara ini dan bukannya musuh negara ini. Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Penganjur Bersih yang menolak tawaran berhimpun di Stadium sebagai punca kepada kegawatan yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih 3.0 Maaf Perdana Menteri alasan anda terlalu naif bagi seorang Perdana Menteri. Alasan kamu tersebut mengigatkan kami kepada filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee. Hanya kerana adinda bongsu Abdul Wahub memprotes keputusan dua kekandanya yang enggan menghantar ayahanda mereka ke Hospital ( supaya ayahanda mereka cepat mati dan mereka boleh membalut segala harta) Abdul Wahub dinafikan oleh kedua-dua kekandanya segala harta ayahandanya di dalam negeri Istambola. Nampaknya begitulah logik Perdana Menteri.


Hanya kerana penganjur Bersih enggan menerima keputusan Kerajaan Najib untuk berhimpun di stadium maka ikut logik Najib polis tidak salah melakukan tindakan ganas ke atas para penyokong Bersih 2.0 . Kita ingin katakan pada Perdana Menteri bahawa isunya bukan keengganan berhimpun di stadium. Sebaliknya isunya mengapa rakyat dilarang untuk duduk bantah secara aman hanya untuk tempoh 2 jam di Dataran Merdeka. Sejak bila duduk bantah secara aman dikira satu tindakan jenayah sehingga polis perlu dapatkan perintah Mahkamah untuk melarang rakyat duduk membantah. Amat malang Majistret begitu mudah memberikan perintah secara ex parte ( sebelah pihak) kepada pihak polis hanya dengan sekadar berbekalkan maklumat atau versi pihak Polis tanpa mendengar versi pihak Bersih khususnya dari Pengerusi Bersih, Ambiga. Jika Majistret faham bahawa tugas hakiki seorang Hakim adalah melaksanakan keadilan dan untuk berlaku adil beliau perlu mendengar versi dua dua pihak sudah tentu beliau tidak akan begitu mudah memberikan perintah yang dipohon oleh polis secara ex parte.


Apabila Rasululullah s.a.w menghantar Syaidina Ali r.a menjadi Hakim di Yaman antara pesanan Baginda s.a.w kepada Imam Ali r.a adalah jika ada pihak-pihak yang datang mengadu ( kes) kepada beliau ( Ali ) maka beliau dilarang membuat keputusan sehingga beliau mendengar dari pihak yang sebelah lagi. Dalam undang-undang pentadbiran ini mendengar dua-dua pihak dinamakan 'audi alteram partem' yang menjadi asas utama prinsip keadilan semulajadi ( natural justice). Untuk Majistret yang berikan perintah melarang rakyat berhimpun secara aman di Dataran Merdeka pada 28 April ingatlah kamu tidak akan sama sekali terlepas dari keadilan Allah di akhirat kelak! Kita juga hairan sejak bila pula membantah piliharaya kotor menjadi satu kesalahan sehingga Datuk Bandara Kuala Lumpur yang dibayar gaji dengan wang rakyat bertungkus lumus mencari 1001 alasan untuk tidak membenarkan rakyat melalui Bersih untuk duduk bantah. Dataran Merdeka milik rakyat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) hanya penjaga dan bukannya pemilik Dataran Merdeka.

Untuk Datuk Bandar KL kita ingin mengingatkan kata-kata Imam Ali r.a kepada Malik Al-Asytar r.a ( yang dilantik sebagai gabenor di Mesir ) " tanamkan dalam hati kamu rasa belas ehsan ke atas rakyat di bawah kamu, sayangi mereka dan berlaku baik ke atas mereka..kerana mereka ada dua kategori iaitu saudara kamu seagama dan saudara kamu yang dicipta oleh Allah..kesalahan datang dari mereka, kelemahan muncul dari mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Oleh itu berikan mereka kemaafan sebagaimana Allah memaafkan kesalahan kamu..kerana kamu adalah di atas mereka dan mereka yang melantik kamu berada di atas kamu dan Allah berada di atas orang yang melantik kamu ..dan melalui rakyat Allah menguji kamu.' ( lihat buku "the sacred foundations of justice in Islam di m.s 85 ) Jika program-program yang lain termasuk program bersifat 'laghah' boleh dibenarkan oleh Dato' Bandar dan DBKL sebelum ini mengapa program duduk bantah secara aman untuk tempoh 2 jam tiba'tiba menjadi isu besar- mengancam keselamatan negara jika diteruskan! Bukankah lebih elok jika Dato Bandar atau DBKL atau pihak polis berterus terang kepada rakyat bahawa mereka adalah 'ejen' Umno dan mereka hanya menjadi 'jurucakap' Umno. Sekurang-kurangnya dengan bercakap begitu kita boleh menghormati mereka kerana berterus-terang!! Sebenarnya keganasan polis amat tidak perlu pada 28 April yang lalu.

Jika rakyat dibenarkan berhimpun secara aman di Dataran Merdeka apa perlu polis ditugaskan di sana pada tarikh dengan jumlah yang ramai. Tugas rasmi polis menentang penjenayah dan bukan menjadi penjenayah dengan bertopeng uniform polis. Sedarlah Najib dan Umno hari di mana kamu menjadikan rakyat yang menyokong Bersih sebagai musuh kamu adalah hari di mana Kerajaan kamu mula menghitung saat kehancurannya. Teruslah bermusuh dengan rakyat jika kamu rasakan kamu terlalu hebat!!!