KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan. Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis. Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing. Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. "Tindakan keganasan polis terhadap Tiong Huat sememangnya tidak boleh dinafikan lagi oleh setiap pihak, malah Tiong Huat sendiri telah pun membuat laporan polis akibat keganasan polis yang berlaku ke atas beliau," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, di sini, hari ini. Tiong Huat, menurut beliau, bukan ditahan pada hari perhimpunan, malah sehari sebelum perhimpunan itu diadakan hanya disebabkan beliau memakai baju kuning, tetapi bukan baju kuning Bersih 2.0. "Beliau ditahan di Balai Polis Dang Wangi. Ketika ditahan di Dang Wangi, beliau telah dipukul oleh pihak polis. Selepas itu, beliau ditahan reman pula selama 4 hari di Pusat Tahanan Bukit Jalil. "Semasa ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil, Tiong Huat dipukul lagi sehingga pengsan, manakala wangnya pula turut hilang ketika berada dalam tahanan polis," katanya. Akibatnya, jelasnya, Tiong Huat terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. "KDN kata polis tak ganas dalam menangani perhimpunan itu. Tapi kes yang berlaku ke atas Tiong Huat itu, belum berhimpun pun dah ditangkap dan dikasari pula oleh pihak polis. "Pada hal sebelum itu, pihak polis juga berkata, tidak salah pakai baju kuning, tetapi yang salah hanya pakai baju kuning Bersih 2.0. Tiong Huat pula tak pakai baju kuning Bersih 2.0. Dia hanya memakai baju kuning. Kenapa dia ditangkap? "Selain itu, Tiong Huat ternyata dikasari oleh pihak polis semasa berada dalam tahanan polis. Dia dipukul, ditampar di muka, ditendang, malah sehingga pengsan. Tidakkah semua yang berlaku ke atas Tiong Huat itu antara bukti nyata keganasan pihak polis?" katanya. Sementara itu, Hii Tiong Huat ketika ditemui menjelaskan, laporan berhubung keganasan pihak polis terhadap beliau telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Cheras pada 13 Julai lalu jam 1.28 tengah hari. Dalam laporan itu, beliau berkata, pada jam 3.00 petang 9 Julai lalu, beliau telah dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana memakai baju kuning, setelah ditangkap pada 8 Julai di Petaling Street, di sini. Menurutnya, semasa proses tukar baju di Pusat Tahanan Bukit Jalil, seorang anggota polis dengan kasar telah menyuruh beliau memasukkan seluar dan barang-barangnya ke dalam beg plastik yang dibekalkan kepadanya. Katanya, beliau ingin senarai barang-barangnya direkodkan, tetapi anggota polis yang bertugas dengan marah mengatakan kepada beliau supaya jangan bising dan telah menampar mukanya beberapa kali sehingga cermin matanya rosak dan beliau tidak sedarkan diri. "Kemudian saya telah memasukkan seluar saya yang berisi duit lebih kurang RM300.00, jam tangan, rantai jed, buku kecil dan seluar dalam ke tempat simpanan. "Selepas itu, saya dimasukkan ke blok A Pusat Tahanan Bukit Jalil, tetapi saya tidak dapat tidur semasa berada di Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana ada orang yang ditempatkan dalam sel lokap saya 15 orang, manakala kelulasan sel lokap pada andaian saya hanya 18 kaki panjang," katanya. Ketika dalam tahanan di pusat tahanan itu, dakwanya, beliau tidak dibekalkan dengan berus gigi, kain tuala, makan tidak cukup dan tiada sabun badan. "Pada jam 11.00 pagi 12 Julai, saya dibawa ke IPD Dang Wangi dan dibebaskan pada jam 6.00 petang 12 Julai. Pada jam 11.00 pagi 13 Julai, saya datang semula ke Pusat Tahanan Bukit Jalil untuk mendapatkan kembali barang-barang saya. "Tetapi saya dapati wang yang disimpan di dalam poket seluar saya hanya tinggal RM172.00 bersama barang-barang saya yang lain yang berada di dalam beg plastik yang disimpan di Pusat Tahanan Bukit Jalil. "Saya percaya duit saya telah diambil oleh anggota polis yang menampar saya pada hari saya dimasukkan ke Pusat Tahanan Bukit Jalil kerana anggota polis tersebut tidak merekodkan duit dan barang-barang saya yang disimpan dan saya cam anggota polis tersebut. "Dengan ini, saya tidak puas hati dan mahu pihak polis menjalankan siasatan," katanya. |
21 July 2011
Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat
Juham yakin tiada kes disabitkan himpunan GMI
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Perbicaraan kes 29 tahanan membabitkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu telah sampai ke penghujung, apabila saksi pihak pendakwaan terakhir selesai memberikan keterangannya di Mahkamah Sesyen Jenayah, di sini, hari ini. Penggulungan hujah bagi pihak pendakwa dan peguambela telah ditetapkan pada 23 September ini, sebelum mahkamah membuat keputusan mengenainya. Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, sehingga hari ini seramai 23 saksi pihak pendakwa telah dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan masing-masing. Menurut beliau, berdasarkan keterangan kesemua saksi pendakwa, Juham yakin tidak terdapat kes yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang didakwa oleh pihak pendakwa terhadap kesemua tahanan tersebut. Katanya, malah sejak kes tersebut dibicarakan, pihak pendakwa ternyata gagal mengemukakan bukti-bukti tuduhan ke atas kesemua tahanan terbabit. "Perbicaraan kes ini dah berjalan hampir 2 tahun. Selepas penggulungan, mahkamah akan putuskan sama ada terdapat prima kes atau tidak," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini. Mereka yang terbabit dalam kes tersebut, menurut beliau, berusia antara 20 hingga 30 tahun, manakala seorang daripada mereka masih di bawah umur. Katanya, daripada jumlah itu, 13 orang adalah anggota Unit Amal yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala selebihnya kebanyakannya adalah ahli-ahli PAS termasuk dari Johor, Perak, Kelantan, Terengganu atau seluruh negara. Kesemua mereka ditahan oleh pihak polis pada 1 Ogos 2009 lalu di sekitar Kuala Lumpur kerana terlibat dalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA, manakala pembelaan terhadap mereka yang berada di bawah Unit Amal dikendalikan oleh Juham yang diketuai oleh peguam Azizul Shariman bersama 7 peguam Juham lain. Mereka yang ditahan itu, selain disabitkan dengan kesalahan menyertai perhimpunan itu turut dikaitkan dengan kesalahan menjual baju kempen Mansuhkan ISA. Sepanjang perbicaraan, jelasnya, pihak pendakwa cuba mengaitkan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai pertubuhan haram. "Tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana Unit Amal adalah pertubuhan yang sah, bukannya haram kerana ia berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Dewan Pemuda PAS Pusat pula berada di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang nyata merupakan pertubuhan berdaftar dan sah dari sisi undang-undang," jelasnya. Dengan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti tuduhannya, Juham, tegas beliau, yakin bahawa tiada kes yang boleh disabitkan dengannya, terutama jika dikaitkan Unit Amal dengan pertuhuhan haram yang ternyata tiada sebarang isu yang timbul berhubung dengannya. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4469-juham-yakin-tiada-kes-disabitkan-himpunan-gmi |
14 July 2011
STRATEGY IS WHAT. TACTICS IS HOW.
By Dave Trott March 29 2011, 9:34 am
World War Two was really a story of two people. Adolph Hitler and Winston Churchill.
Pretty much everything that went right and wrong can be traced back to how they did their jobs. Put simply, Churchill was a strategist. Hitler was a tactician who thought he was a strategist.
The strategist oversees a lot of tacticians. He tells them what he wants done. But he doesn’t tell them how to do it. He operates what management experts call ‘tight targets, loose controls’. That’s the proper way for a strategist to behave. That’s how Churchill behaved. In other words, give the tacticians a job and let them get on with it. That’s what a strategist does.
But Hitler wasn’t a strategist. He was a tactician who thought he was a strategist. So he didn’t really have a big picture to concentrate on. Because he didn’t have a big picture, he kept interfering in tactics. Every General and every Admiral had to get every decision approved by Hitler before they could make a move. This meant Hitler would often change tactics while the Generals were in the middle of executing them. He had no concept of the logistics of moving an army. So he moved them at will, and ignored the advice of the experts. He had no strategy above winning battles. So Germany had no strategic leader, and a bad tactician overruling the experts.
Churchill on the other hand had a big, simple strategy. Get America into the war. The biggest, most powerful country on the planet. He didn’t have time to overrule his generals, or even discuss tactics. Tactics were their job, not his. He would give them a target “I need a victory in North Africa, no excuses.” Then he’d leave them to it. If they couldn’t deliver, he’d fire them and get another General. Meanwhile, because he wasn’t interfering with tactics, Churchill was free to spend all his time working on his strategy. Criss-crossing the Atlantic to meet with Roosevelt, and address the US Government in Washington. To concentrate on changing American public opinion, and getting them into the war. He knew, once America was in the war, it was only a matter of time until Germany was beaten.
While Churchill pursued his single-minded strategy Hitler, without a strategy, made the biggest blunder of the war. He invaded Russia. After The Battle of Britain he realised we weren’t going to surrender, so he got bored and attacked someone else instead. And while his generals were moving their armies to attack in the north, Hitler changed his mind. He told them to attack in the south. And while they were getting 2 million men to change direction, he changed his mind again. And decided maybe they should attack in the north after all. And the armies wasted weeks and weeks going back and forth. And by that time it had started snowing. And we all know how that story ended. Russia destroyed the German army and America came in on Britain’s side.
Strategists 1, Tacticians 0.
Personally I’m not a strategist, I’m a tactician. The good thing is I know I’m a tactician. I don’t try to do strategy. And I like to work with strategists who don’t try to do tactics. I like a CEO, or MD, or a client, who does the strategy. They tell me what they want, and they let me do it. If I can’t do it, they get someone else. But they don’t try to do my job. They do the strategy, they let me do the tactics. When it’s worked best for me (with partners or with clients) that’s how it’s worked. Firm targets, loose controls. The best strategists do the ‘what’ and let the tacticians do the ‘how’.
Read more: http://davetrott.campaignlive.co.uk/2011/03/29/strategy-is-what-tactics-is-how/#ixzz1Ryeuvp4L
5 July 2011
Aneh Sungguh S. 27 Akta Polis 1967!
Oleh: Dr Hj Zulqarnain Lukman
Ahad lepas (3.7.2011), Menteri Dalam Negeri dilaporkan telah mengisytiharkan bahawa kumpulan ‘Bersih 2.0’ sebagai haram. Haramnya ‘Bersih 2.0’ ini bertitik tolak daripada hasrat kumpulan ini untuk mengadakan perhimpunan rakyat bagi memberikan kesedaran peri penting wujudnya sistem pilihanraya yang adil. Pengumuman tersebut sangat aneh, seaneh S.27 Akta Polis 1967 sendiri. Semasa belajar subjek ‘Perlembagaan’ di universiti 17 tahun yang lalu, saya telah menemui keanehan seksyen ini. Sedangkan Per. 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun, bagaimanakah suatu akta biasa boleh mengambil alih kuasa perlembagaan dengan sebegitu drastik. Ibarat kata Profesor Andrew Harding, di Malaysia, kebebasan bersuara telah diambil oleh pihak eksekutif sebelum ianya diberikan lagi.
Pun begitu, saya masih tidak memahami s.27 Akta Polis ini sepenuhnya sehingga berlaku perhimpunan Bersih 1.0. Selepas itu beberapa orang demonstran tegar telah ditangkap dan didakwa. Juga, selepas itu, lanskap politik Malaysia telah berubah akibat ‘tsunami’ politik. Beberapa demonstrasi lain juga telah diadakan seperti demonstrasi ‘Protes’ kenaikan harga minyak dan demonstrasi ‘Mansuh ISA’. Beberapa orang demonstran telah turut ditangkap. Tidak ramai peguam yang sudi menjadi peguam mereka kerana semuanya percuma, malah wang di dalam poket peguam turut digunakan untuk membayar petrol dan makanan. Oleh itu, saya menghulur budi kepada mereka ini.
Alhamdulilah, saya dianugerahi ilmu berkaitan S.27 ini secara praktikal. Saya terlibat dengan empat perbicaraan berlainan melibatkan s. 27 ini. Dua perbicaraan telah selesai dan kesemua tertuduh telah dilepaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. Dua lagi perbicaraan, kesemua tertuduh bakal dilepaskan. Baru saya tahu rupanya pendakwaan di bawah S.27 ini tidak sehebat bahasa yang digunakan di dalam Akta tersebut. Dengan saksi-saksi polis yang berterabur dan hanya mengikut arahan atasan, bagaimanakah pendakwa boleh mendapat sabitan? Apabila dipanggil menjadi saksi, kesemua pegawai polis peringkat atasan menikus seperti tikus di dalam kepok padi. Di hadapan media, merekalah juara harimau Malaya, mengaum sederasnya. Barang kes tidak dijaga dengan baik malah ada barang kes telah hilang di balai tangkapan seawal hari tangkapan. Akhirnya, s. 27 ini digunakan sebagai senjata pemerintah untuk menakutkan-nakutkan rakyat daripada menikmati hak asasi mereka.
Lebih aneh lagi, SUHAKAM telah beberapa kali menggesa pihak pemerintah untuk meminda S.27 ini supaya selari dengan prinsip kebebasan berhimpun dan bersuara. SUHAKAM bukanlah agen pembangkang. Perlantikan pesuruhjaya SUHAKAM kesemuanya dilantik atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong. SUHAKAM ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung hak asasi. Tetapi tengoklah, berapa banyakkah saranan SUHAKAM diterima berkaitan isu hak asasi khususnya berkaitan S.27 ini.
Yang tersangat aneh adalah berkaitan penubuhan Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM yang diketuai oleh Tun Dzaiddin Abdullah. Suruhanjaya ini juga ditubuhkan oleh kerajaan untuk mencadangkan penambahbaikan kepada PDRM. Tidak kurang RM2 juta dilaburkan bagi penubuhan suruhanjaya ini. Antara cadangannya adalah supaya dipinda S.27 Akta Polis ini. Tetapi, akhirnya cadangan Suruhanjaya ini hanya tertulis di atas kertas dan wang rakyat dibazirkan.
Justeru, kewujudan ‘Bersih’ ini tidak harus dianggap ancaman kepada pihak polis. Perhimpunan aman harus dibenarkan. Sesiapa yang menggugat perhimpunan dengan keganasan boleh ditangkap tetapi perbuatan menangkap membuta-tuli manusia yang memakai pakaian berwarna kuning amat melucukan. Era ini adalah era kesedaran hak asasi. Mana-mana negara yang menghormati hak asasi pasti akan lebih makmur dan lebih menarik kepada para pelabur. Para pelabur akan lebih yakin kepada negara yang menghormati hak asasi kerana negara tersebut pasti ditadbir secara lebih transparen, demokratik dan menghormati undang-undang. Ayuh rakyat sekalian, gunakan akal dan budi semasa mengundi. Pilihlah kerajaan yang menghormati hak rakyat, negara makmur anda selamat.
2 July 2011
Panduan Bersih 2.0 versi mandarin
这是个需要有勇也得有谋的时代,所有首次参与集会、游行者可以详读以下“简易指南”。
一、当被警方截停时,该怎么做?
若他是制服警察,要求他出示警员证(Kad Kuasa Polis),记录下他的名字及警员编号。若他驾驶,记录下车辆的注册号码。
二、若被询及身份,该怎么做?
给予名字、身份证号码和地址,只需要展示身份证,千万不要将身份证交给警察。若警方强迫交出身份证,要求他出示搜查证(Borang Pemeriksaan),作为没收身份证的证明。
三、怎么样算被逮捕?
当警方表示禁止离开原地;
当警方使用手铐。
四、被逮捕时应该怎么做?
不要反抗,以免警方有使用暴力的理由。
询问被逮捕的原因,
询问将被带往的警局。
五、被逮捕后,的基本权利是什么?
你有权利要求拨电给家人或是律师,告知你被带往的警局,被逮捕的原因,还有逮捕你的警员名字。
六、警方的扣留期限有多长?
警方只将被逮捕者扣留在警局的期限不可超过24小时.若推事庭发出扣留令(Perintah Reman),在出席《净选盟2.0》集会罪名下,最长扣留期限为7天(4天+3天)。
七、若被带到推事前,怎么样才算取得扣留令(Perintah Reman)?
对警察或是推事说,要求律师代表 (Ingin diwakili penguam)。
若已经有代表律师,不需要发言,因为律师将会代为在推事前陈词。
只需要告知代表本身的律师,还有,若身体不适、被虐待或是被恐吓,或是不被允许进食、饮水,或是在扣留期间没有被给予足够的衣物,立刻报警。
也让律师了解,警方在扣留你期间,是否进行任何的调查工作。
八、当警方要录取口供时,该怎么做?
确定录取口供的警员名字及警阶。
给予本身的完整姓名、年龄、地址还有职业,(若是大专生,不需要表明大专生身份)。
除了给予个人资料,可以对警方的问题,选择保持沉默。
若选择保持沉默,可以表示“将在法庭回答一切提问。”(Saya akan jawab di mahkamah)。在选择不回答问题时,警方不能使用强迫、威胁或是殴打。
九、什么情况下可以被提控上庭?
在扣留令结束或结束前,警方可以选择提控。
当控状在推事或是法官面前被宣读后,算是被提控上庭,被提控者也将会被询及是否认罪,或是要求审讯。
确保本身表明不认罪(Mengaku tidak bersalah),《净选盟2.0》的律师团队将会作为被提控者的代表律师,一直到审讯结束。
资料来源:回青团刑事法律、法律局及人权单位(JUHAM)