3 September 2009

JUSTICE HURRIED, JUSTICE DELAYED AND JUSTICE HANGING

Oleh: Ariff Azami
AJK Jenayah JUHAM

Semasa era pra-KPI kita di mahkamah biasa mendengar ungkapan "justice delayed is justice denied" yang membawa maksud mudahnya keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan. Ketika itu, proses mendisposekan kes di mahkamah umpama perjalanan Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur.
Penuh kelambatan, penangguhan, halangan di tengah jalan dan masalah luar jangka. Namun, era pasca-KPI pula ungkapan yang lebih popular terucap adalah "justice hurried is justice burried". Maksud mudahnya adalah "keadilan yang dilajukan adalah keadilan yang tertimbus".

Ini memandangkan proses perjalanan keadilan di mahkamah telah diaccelerate sehingga setaraf dengan bullet train di Jepun. Kini, kisah-kisah pelik
seperti mahkamah bermula jam 8 pagi, berakhir jam 7 malam, alasan sakit sudah tidak dilayan kecuali mati sahaja, hujahan immediate selepas tutup kes walaupun saksi ada 30 orang dll semakin hari semakin biasa di halwa telinga kita. Sudah makin menipis belas kasihan mahupun penggunaan budi bicara melainkan arahan dari kerajaan langit sahaja
yang perlu dipatuhi dulu, kini dan selamanya.

Ada satu lagi istilah yang jarang kedengaran tetapi boleh berlaku dalam sistem keadilan kita ini, iaitu "justice hanging"(keadilan yang tergantung).
Saya menyamakan ungkapan maut justice hanging ini equals to justice pening or justice neither here nor there atau mengikut kumpulan Ukays; di sana menanti di sini menunggu. Kenapa saya berkata begitu? Kerana orang yang terjebak dalam situasi justice hanging sentiasa berada dalam keadaan tak tenang, kepeningan dan kerisauan menanti apakah kesudahan yang akan menentukan hala-tuju hidup beliau. Dalam masa yang sama, beliau berada dalam keadaan terumbang-ambing atau ke laut tidak ke
darat pun tidak (neither here nor there).

Mereka yang jatuh ke lembah "justice hanging" ini adalah mereka yang statusnya berterusan sebagai suspek. Mereka disiasat berbulan-bulan malah sampai bertahun, malangnya tiada titik noktah samada dituduh di mahkamah atau kes mereka
diNFA (no further action atau nasi bungkus). Kebiasannya orang yang terjebak ini disiasat oleh SPRM kerana modus operandi SPRM adalah terbalik daripada agensi lain seperti polis (undang-undang dia pun semua terbalik kuang). Jika polis biasanya tangkap dulu dan siasat kemudian (maknanya cari atau bina bukti kemudian), sebaliknya SPRM ini siasat dulu, baru tangkap dan tuduh.

Sebab itulah kita dapat lihat banyak kes yang masih disiasat oleh SPRM termasuk yang terbaru PKFZ dan mansion Khir Toyo (yang jambu itu) dalam pace yang bersifat "biar lambat asal selamat" gayanya, penuh berhati-hati dan maha teliti (sampailah semua orang lupa). Pihak polis pun ada juga kes-kes yang siasatannya bersifat siput khinzir ini, tetapi selalunya ia melibatkan jenayah komersial atau kes-kes pendobian wang haram (money laundering), yang memerlukan siasatan yang teliti, melibatkan dokumen yang berbakul-bakul dan clearance daripada pihak-pihak seperti Bank Negara dan sebagainya.

Hari ini saya berjumpa dengan 2 anggota polis yang terperangkap dalam situasi sulit ini. Mereka disiasat oleh SPRM sejak bulan Mac 2007 akibat tohmahan mengambil wang RM 2,000 (ya 2k sahaja bukan komisen kapal selam berbilion). Dek kelemahan bukti,
mereka tidak segera dituduh tetapi disambungsiasatkan dan berstatus saspek di mata SPRM sejak lebih 2 tahun lepas. Mereka digantung kerja selama 18 bulan (sehingga September 2008) yakni menerima separuh gaji sehingga mereka direinstate dan bekerja semula seperti normal. Tup-tup, selepas setahun menjadi manusia normal, mereka dihubungi IO kes memaklumkan bahawa esoknya mereka akan dituduh di mahkamah bagi
kesalahan tahun 2007 itu. Wah, senangnya mengatur hidup seseorang umpama menendang bola takraw. Tika hendak siasat dulu beria-ia macam servis Pakdee Dangwattanapaibul, tika hendak tangguh ditimang-timang dulu, bila hendak tuduh terus dilibas dengan libasan maut Raziman Hassan atau Adnan Saidin!.

Begitulah bahana justice hanging. Fail kes anda tidak ditutup dan dibiarkan terbuka untuk tempoh yang
undefined, indefinite dan unspecified. Samada SPRM berjaya membongkar bukti baru selepas hampir 3 tahun kemarau kontang dari segala bukti (kalau ada bukti dah zaman berzaman lah tuduh), ataupun satu lagi PR exercise untuk menunjukkan pihak SPRM telus, mulus dan tidak bias dalam menjalankan prosecution (not persecution); seperti kata kumpulan UNIC hanya tuhan yang tahu. Dan loyarberjurus akan hadir ke mahkamah esok sebagai salah satu komponen pakatan keadilan dalam menjalankan tanggungjawab menegakkan keadilan dan menjadi check and balance kepada pihak pendakwaan agar membuat kerja dengan betul dan munasabah (bukannya yang maha setia dalam semua keadaan). Wassalam.

No comments: