AJK Jenayah Juham
(Artikel ini adalah tribute untuk rakan penulis yang telah meninggal)
Bagi peminat filem P.Ramlee, lawak beliau bukan sahaja tidak mengeringkan gusi tetapi juga tidak mengeringkan minda. Selalunya lawak beliau penuh
bermesej dan juga satu sindir-perli kepada masyarakat. Di dalam cerita Seniman Bujang Lapok contohnya, Ajis dan Sudin telah mengadakan sessi
petir minda (brain-storming) mengenai status mereka yang mungkin terpaksa berpindah ke rumah lain lantaran tidak dapat konsentrate dalam
menghafal skrip. Lalu keluarlah lawak bermesej (bukan lawak bo seperti Senario) dari Sudin; aku ada bilik kalau kau nak, panjangnya 6 kaki, lebarnya 2 kaki, dalamnya pun 6 kaki. Ajis menjawab; luas jugak ye..itu
kubur!
Nah, dalam cerita P. Ramlee pun ada seruan ke arah
mengingati mati. Ramai kalangan kita tidak gemar bila disebut pasal mati sehingga klip video sakaratul maut menjadi isu besar kononnya menakutkan kanak-kanak. Lahaulawala, itulah tujuan apa-apapun yang
berkaitan dengan mati, supaya takut, beringat dan menginsafi diri. Kalau mengharapkan sesuatu yang selamat (playsafe) , tidak menakutkan kanak-kanak dan tidak menggusarkan jiwa mana-mana orang (yang berdosalah tu); lebih baik tonton sahaja cerita encik kacang (mr bean).
Walhal, kita sudah tahu yang hidup di dunia ini adalah untuk bercucuk tanam sahaja, menuainya di akhirat nanti. Dengan mengingati mati, sebenarnya akan mencatapultkan lagi daya usaha kita untuk mengejar akhirat yang abadi, di samping tidak melupakan dunia sebagai tapak semaiannya. Salah satu cara yang dianjurkan nabi SAW adalah dengan selalu menziarahi
kubur. Melihat dengan mata kepala sendiri batu nisan yang kaku, suasana hening di kuburan dan apatah lagi melihat jasad orang yang disayangi diletakkan di dalam liang lahad, dihadapkan ke kiblat dan akhirmya
dikambus dengan tanah; bisa meruntun mana-mana jiwa yang keras kekkong (sorry bahasa kelate) sekalipun.
Sebab itulah, jika berpeluang; masuklah ke dalam liang lahad itu (semasa kita bernyawa lagi) untuk
cuba mendapat idea (kalaulah boleh), bagaimanakah rasa berada di rumah abadi. Saya sendiri berkesempatan dikambus (dengan plywood la) di dalam lubang kubur selama satu jam di tengah malam di KKB. Pelbagai cerita didengar apa yang berlaku oleh mereka yang sebelumnya. Ada yang meraung bila keluar, ada yang rasa berpusing seperti dalam mesin basuh (pernah masuk ke dalam mesin basuh) dan ada pula yang dapat melihat wajah
ibu/bapa yang sudah tiada. Natijahnya, beberapa kerat sahaja yang memberanikan diri dan ramai termasuk yang bertaraf Ketua Jabatan dan
hampir ke usia the golden age (warga emas) pun tak berani mencuba. Apa yang saya alami biarlah saya simpan rapat di dada saya (keep it close to my chest). Cukuplah saya katakan, tengah malam itu seorang brader yang macho dan bercakap agak ultra confident menangis berjujuran air mata semasa sesi pasca masuk kubur. Lalu sessi muhasabah bertukar
menjadi sessi muhabasah.
Bagi yang kematian keluarga terdekat juga, ambillah peluang masuk ke liang lahad sebagai salah seorang
daripada 3 orang yang menyambut jenazah di dalam liang. Pengalaman saya sendiri melaluinya semasa kematian abah, datuk dan nenek saya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata kerana terlalu bermakna dalam hidup saya dan menginsafkan jiwa. Cubalah bila berkesempatan, mungkin episod sebegini dalam hidup anda dapat menjadi salah satu stimulus untuk anda terus mempersiapsiagakan diri menghadapi kematian yang pasti datang itu.
Seperkara lagi, haruslah kita menginsafi bahawa malaikatulmaut setiap hari menjenguk kita, bahkan kubur menyeru kita sebanyak 5 kali sehari (ikut
bacaan sayalah). Kalau dalam filem Hollywood pun mereka ada terfikir mengenai jengukan malaikat maut melalui cerita Meet Joe Black (Brad Pitt jadi malaikat maut buat lawatan sambil belajar dulu sebelum cabut nyawa Anthony Hopkins); maka kita sebagai orang Islam lebih-lebih lagilah perlu beringat sokmo. Cukuplah berpegang dengan kata-kata keramat (atau keparat) iaitu life begins at 40. Life ends when it ends as prescribed in Luh Mahfuz which we don't now maybe until the last minute. By then it may have been too late moreover if we are among
those still believing in Duran Duran's song; Forever Young.
Dalam kita memerah otak untuk mencantikkan rumah seperti saranan Eric Leong atau merenovate rumah untuk dimasukkan ke dalam majalah Anjung Seri
atau kita mengumpul wang untuk menaiktarafkan rumah kita ke rumah yang lebih luas; maka janganlah kita lupa untuk mengumpul wang atau pitis juga untuk rumah kita yang abadi di alam barzakh. Bak kata Tok Guru Nik Aziz dalam filpen (filem pendek) bertajuk The Tree; untuk hidup akhirat kita juga perlu pitis dan pitisnya dipanggil pahala.
Untuk arwah Rezal @ calok yang dipanggil menghadap penciptanya pada 9/9/09; moga
diberi keluasan dan kelapangan oleh Allah semasa berada di rumah yang abadi sementara menunggu masa dibangkitkan menghadap Allah Rabbul Jalil
di mahkamah mahsyar kelak. Dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan golongan yang dikasihi Allah. Wassalam.
No comments:
Post a Comment