8 October 2009

APRESIASI; SUKARNYA NAK DIAPLIKASI

Oleh: Ariff Azami

Oktober menjelma tiba, belum ada cetusan atau getusan yang saya lontarkan di dalam blog saya di bulan Oktober ini. Adakah ia akan menjadi Tragedi
Oktober ataupun mentol idea akan berkelip-kelip sehingga masuknya bulan November Rain? Mungkin konsumasi makanan yang pelbagai di musim raya
dan disambung dengan deretan kes-kes bunuh di mahkamah (kill kill ! die die!) telah menyekat aliran kreativiti di minda saya. Kering poket memang susah, kering kemarau juga menyulitkan, namun kering idea
nampaknya juga sukar untuk diatasi.

"Congratulations! You have destroyed the witness". Itulah kata-kata seorang anak guam saya
beberapa hari lepas selepas selesainya kes beliau. Apa yang saya rasa ketika itu? Terasa hebat seperti Conan the Destroyer? Kembang hidung seperti direktor Ahmad Nisfu? Tidak, kedua-duanya pun tidak. Namun sebagai manusia biasa, apabila diberikan penghargaan atau apresiasi ke atas penat jerih dan kepakaran kita; terasa sungguh puas di hati.Walaupun kes itu kes pro bono di mana saya tidak dibayar satu sen pun, kepuasan ini tidak dapat digambarkan dengan wang ringgit. Berbaloi-baloi kata Amy Search.

Di dalam kehidupan sebagai loyar dan juga DPP, kita biasa akan bertembung situasi berkaitan apresiasi ini. Keadaan ini mungkin pahit tetapi masih terpaksa ditelan kerana itulah occupational hazardnya sebagai pengamal undang-undang. Di mahkamah kita yang berbentuk adversarial (bertetak kata ore kelate) dan
bukannya inqusitorial (penyiasatan); terrorist atau tidak seorang loyar atau DPP diukur pada aspek win, loose or draw sesuatu kes. Bak Abdul Wahub kepada abang-abangnya yang tamak dalam 3 Abdul; ini tidak adil!. Sebabnya mudah sahaja; the level playing field adalah tidak sama. Jenis kes berlainan diterima, hakim berlainan angin yang ditempuhi, lawan (loyar atau DPP) yang berbeza kebisaan yang dihadapi dan segala mokniko (sorry bahasa kelate) discrepancy lagi yang wujud antara loyar dan loyar atau DPP dengan DPP. Ini belum dikira yang main curi ayam dengan memilih kes-kes yang senang untuk diri sendiri dan melonggokkan kes-kes yang ke longkang kepada rakan sekerja (ini kisah benar ni).


Hasilnya, akan adalah masanya kita "menang" dan ada juga masa kita "kalah". Namun, seringkali aspek apresiasi ini kurang dititikberatkan. Saya pernah melalui pengalaman manis dan kelat (sweet and sour?) sebagai DPP dahulu; antaranya saya dilabel-bodohkan, ditelefon-directlinekan mahupun diseru ke HQ untuk memberi penjelasan (atau pembelaan) di
persidangan meja bulat orang-orang atasan; apabila kita telah melakukan kesilapan atau "kalah" kes yang kita dakwa.

Di sebaliknya, adalah jarang-jarang sekali (seperti orang berkahwin 3), ucapan apresiasi seperti tahniah, syabas atau sekurang-kurangnya ok
disampaikan apabila kita "menang" kes kita. Saya masih ingat saya mendapat panggilan hangit yang berisi madah pujangga apabila kes public
interest yang saya kendalikan berakhir dengan seri 2-2 (2 OKT sabit dan 2 OKT bebas). Walhal, memberi penghargaan sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih akan merangsang daya usaha seseorang itu untuk bekerja lebih gigih dan dia akan tersenyum lebar ke telinga sepanjang hari. Berjalan pijak semut pun tak mati, tak perlu depan mertua pun.

Pokoknya, 2 ekstrem iaitu apresiasi dan hentamisasi (atau bambusasi) hendaklah kosisten dan bersifat "sama laju". Jika kesalahan atau kekalahan
dikritik dengan maha segera dan penuh tenaga; maka kejayaan atau kemenangan sewajarnya diraikan dengan kadar yang sama laju juga. Barulah bos yang sebegini disifatkan sebagai adil, tegas dalam lembut
serta yang pentingnya berjurus.

Satu lagi aspek apresiasi (atau lack of it) yang saya perhatikan adakalanya bercirikan balas dendam
ataupun mengikut jejak langkah bos yang tidak berjurus tadi. Ini biasanya berlaku apabila pegawai bawahan tadi dinaikkan pangkat (accelerated atau overdue), lalu perbuatan tidak menghargai orang
bawahan yang pernah diterimanya dahulu, kini ditaicikan pula kepada orang bawahannya. The vicious circle ini sepatutnya ada titik hentinya
dan mesti ada orang yang berani mengubah budaya melembukan orang bawahan ini. Walau serendah manapun pangkatnya, walau serendah manapun
IQnya pada pandangan anda, seseorang itu masih lagi manusia yang patut dilayan with respect. Give the recognition where its due but never hesitate to give a tongue lashing where its due too (peribahasa berjurus ni).

Jadi untuk kawan-kawan DPP; elakkanlah tabiat memaki-hamun pihak polis samada yang datang itu berpangkat Inspektor Sahab mahupun Sarjana (tua). Bagi kawan-kawan loyar pulak hentikanlah perangai sombong dan angkuh dengan anak guam serta keluarga mereka yang mungkin tidak cukup wang untuk membayar khidmat anda. Bagi kawan-kawan
yang berada di judiciary, elakkanlah menggunakan kedua-dua jurus tak berjurus tadi (maki-hamun dan bongkak) di mahkamah dunia anda yang kecil sahaja. Ingatlah, yang disembah (apabila polis mahkamah
mengatakan banggunggg) bukanlah anda mahupun kerusi anda, tetapi sebagai rasa hormat kepada simbol sistem keadilan kita.

Akhirul kalam, berilah apresiasi kepada orang lain yang berhak, nescaya anda akan menerima reward yang sama dari orang lain pula. Seperti iman kita
yang berbolak-balik, semangat bekerja kita juga ada pasang surutnya. Mungkin dengan secebis apresiasi walaupun hanya ucapan terima kasih cuma, mampu mentransformasikan semangat yang hilang itu menjadi semangat perjuangan harmoni. Wassalam.

Petikan asal di sini http://loyarberjurus.blogspot.com/

No comments: