16 March 2010

KEJUJURAN DI MAHKAMAH; REALITI ATAU FANTASI?


Oleh: Ariff Azami bin Hussein



Kejujuran dan sistem mahkamah di negara nampaknya seperti 2 unsur yang terasing antara satu sama lain. Seperti api dan air atau seperti John Terry dan Wayne Bridge. Pendek kata, jika kejujuranlah yang hendak dicari, mahkamah adalah tempat terakhir yang perlu dijenguk. Sudah hampir menjadi satu "judicial notice" pula bahawa kejujuran di mahkamah hanya layak ditolak ke tepi atau ke dalam longkang. Untuk berjaya di mahkamah perkataan jujur perlu dihapuskan dari kamus pengamal undang-undang itu.

Matlamat adalah dengan menghalalkan cara. Antara pengalaman yang saya pernah tempuhi sendiri adalah DPP yang "terkantol" terpaksa mengaku ekshibit hilang hanya selepas pihak saya soal-balas saksi, sedangkan sejak "time immemorial" lagi beliau sudah tahu masalah kehilangan itu. Patutlah DPP itu beria-ia hendak masukkan salinan dokumen sebagai yang asal dengan permohonan menanda ekshibit menjadi P yang sangat laju sekali dalam satu nafas sahaja (macam lafaz nikah).

Semasa saya masih banyak hingusan di arena perundangan (chambering atau kerja berat kata P.Ramlee), saya pernah "diperdaya" oleh peguam lebih senior yang mengatakan beliau beres saja boleh tolong MOB (sebut bagi pihak) kerana saya terikat dengan kes lain. Walhasilnya, kes itu telah distruck-off dengan girangnya oleh Hakim (zaman pra-KPI ni) kerana peguam beres tadi maklumkan yang saya tak hadir. Nasib baik saya tak buat laporan polis nescaya sudah menjadi satu kes tipu.

Begitu juga contoh ketidakjujuran di mana Hakim dengan sukacita menangguhkan kes atas alasan yang tidak mungkin diterima jika peguam atau DPP yang minta tangguh; seperti ada mesyuarat "pengurusan" dan sewaktu dengannya. Walhal, memo mesyuarat telah diterima sehari sebelumnya atau lebih awal. Out of courtesy, sukar sangatkah untuk maklumkan pihak-pihak lebih awal instead of menunggu sehingga saat masa kecederaan barulah suprise! kes pospon ya. Sungguh anti klimaks dibuatnya.

Namun, takkan hari-hari kemarau mesti adakalanya gerimis muncul membasahi bumi. Mungkin kejujuran masih wujud dan kejujuran masih diambilkira dan hari ini saya mendapat "pleasant suprise" itu. Dalam satu rayuan, Hakim telah membenarkan rayuan anak guam saya untuk di jamin berkelakuan baik (hukuman asal adalah penjara 6 bulan) hanya kerana appresiasi beliau ke atas kejujuran anak guam yang mengaku mencuri kerana beliau tiada motorsikal untuk dipakai tetapi beliau telah insaf sekarang. Hakim dengan jelas dalam memutuskan rayuan diterima mengatakan "saya perpuashati dengan kejujuran perayu".

Ini membawa juga kepada satu sifat yang perlu ada dalam setiap pengamal undang-undang samada mereka berada di atas kerusi empuk (bench) atau berada di kerusi kurang empuk (loyar/DPP); iaitu sifat berani. Berani dalam membuat keputusan (tidak mengikut kuota atau statistik), berani untuk mengakui kelemahan namun tetap berusaha mendapat keputusan terbaik dan berani untuk mengatakan yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tidak mungkin menjadi benar. Mungkin jika semua pemain dalam semua posisi perundangan memiliki sifat berani ini; maka kejujuran dan arena kemahkamahan akan menjadi sesuatu yang harmoni dan sinonim di mata orang ramai. Wassalam.

(Ehsan dari www.loyarberjurus.blogspot.com)

No comments: