3 March 2010

UMNO PENGKHIANAT RAKYAT-BHG 2


muqaddimah


Ini sebagai satu penulisan ringkas untuk menjawab tohmohan dan dakyah yang disebarkan kepada orang Islam di negara ini, kononnya Umno pembela agama dan melayu. Dua isu ini yang di jadikan modal untuk memburukkan Pas dan Pakatan Rakyat, kononnya jika Umno kalah dalam pilihanraya umum akan datang bermakna Islam dan Melayu akan hancur. Daripada pengumpulan hujah-hujah yang ditemui jelas bahawa yang mengkhianat Islam dan Melayu ialah Umno, bukan Pas dan Pakatan Rakyat.

Pengkhianatan Umno Terhadap melayu

BAHAGIAn KeDUA

Umno menghalau orang Melayu Umno gagal menjaga pelaburan


Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009 (kurang RM 12 juta). Bagi MRSM dan Kolej Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (kurang RM 139 juta).


FAKTA Umno Khianat Tanah Orang Melayu


• Kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.


• Umno tidak meluluskan tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) untuk pondoknya sejak 1996 sebanyak 45 ekar, tetapi telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008.


22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.


5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR)


200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin Umno kepada YTL! ) Ini tanah rizab Melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!


Pemimpin Umno menjual 10% saham Sime Darby kepada pelabur negara China .


Dasar Umno putera, bukan bumiputera menyebabkan orang Melayu ketinggalan terkebelakang seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.


Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara.


Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.


Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.


Bumiputera sehingga mengucup daripada RM52 bilion pada tahun 1984 kepada RM2 bilion pada tahun 2005


Syarikat BERNAS (Syarikat Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36%.


Melesap wang PPRT sebanyak RM32 bilion, menterinya Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Umno khianat dalam membela pendidikan orang Melayu kerana mengajar Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.


Kerajaan pimpinan Umno telah mengurangkan peruntukan kepada MARA RM 374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 (kurang RM 509,248 juta), untuk IKM peruntukan bagi tahun 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009 (kurang RM 260 juta)


. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti.


Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.


Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.


26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.


300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu diserah kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

Tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun oleh orang tempatan telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia)


Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan).


Seluas 273 ekar tanah yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega di Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur.


Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.


Tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.


Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.


UMNO PENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.


Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.


Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.


Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.


Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.


Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.


Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .



Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.


Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.


Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa .


Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)


Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.


23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008

Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.


Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.


Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993.


Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

No comments: