1) Daripada pengalaman dan pemerhatian saya, ramai kalangan pengamal undang-undang samada di pihak prosecution mahupun defence yang samada; tidak tahu langsung kewujudan rules ini atau simply tidak ambil peduli.
2) Pada saya it goes to the decorum, professionalism dan juga matlamat pengamal undang-undang itu. Jika beliau seorang yang gentleman, maka pembawaan dan pengendalian kes beliau akan selaras dengan rules serta concept of fairness dan keyakinan pada keupayaan sendiri.
3) Sebaliknya, pengamal yang tidak gentleman, tidak yakin kebolehan sendiri dan mementingkan kemenangan at all cost; akan definitely resort kepada taktik-taktik licik dan kotor seperti trial by ambush, suppression of evidence dan badgering of witnesses, semata-mata untuk mencapai kemenangan. In the process, beliau akan bulldoze segala rules dan konsep fair play yang sedia ada samada codified atau tidak.
4) Oleh itu pada saya; code of conduct ini wujud secara codified spt yang disenaraikan dan wujud juga dalam bentuk amalan non-codified. Contoh yang paling mudah adalah amalan peguambela yang bertanya kepada saksi samada saksi perlukan rehat dan bukannya terus-menerus menekan saksi sehingga saksi lupa atau kepeningan. Contoh mudah juga sikap tidak membantah for the sake of objecting pada perkara-perkara yang acceptable dan tidak memprejudiskan client seperti saksi vulnerable memohon ditemani oleh saksi lain seperti guru misalnya (asalkan tidak membantu saksi memberi keterangan).
5) Contoh lain unwritten code of conduct ini seperti berhenti cross examination saksi apabila saksi dilihat tidak selesa e.g menangis, kepeningan dsb instead of mengambil kesempatan atas keadaan vulnerable saksi yang sudah semulajadinya vulnerable sifatnya. Kesemua contoh-contoh ini pada saya tidak diajar atau termaktub dalam mana-mana rules atau practise directions. Ia lahir daripada pengalaman peguam itu, sikap timbangrasa dan juga matlamat utama yang tidak lain hanya untuk menegakkan keadilan.
6) Memang diakui bahawa peguam perlu juga berstrategi dalam mengendalikan kes. Diam bila perlu as in the rule of silent is golden. Bertindak swiftly untuk nail the coffin terhadap saksi yang telahpun cornered dengan cross examination yang penuh dengan loaded questions. Namun, pada masa yang sama saya masih berpandangan tidak rugi menjadi gentleman dan jujur (as long as tidak memakan diri sendiri). After all jika fakta kes pendakwaan memang penuh dengan loopholes yang berjaya dicungkil semasa cross exam atau gaps yang wujud dari kes pendakwaan sendiri tanpa cross exam kadangkalanya; perintah acquittal akan kita perolehi juga samada kita memilih untuk menjadi peguam budiman atau sebaliknya.
7) Pengalaman saya sendiri saya pernah digelar “peguam ikhlas” dan disindir oleh Hakim yang menempelak saya kenapa saya sibuk hendak membantu DPP? Jawapan saya mudah; apa yang dibuat oleh DPP itu adalah blantantly wrong dan adalah satu duty untuk saya menzahirkannya. Lagipun, saya yakin fakta kes pendakwaan akan memihak kepada pembelaan.
8) Merujuk kepada contoh rules yang diberikan; pada saya pemakaiannya masih lagi belum meluas. Pertamanya, wujud ambiguity sendiri dalam terms dalam rules itu sendiri. Contohnya soalan yang insulting atau annoying adalah sesuatu yang subjektif. Ia melibatkan penggunaan perkataan dalam soalan itu. Contohnya mengatakan saksi berbohong mungkin insulting tapi dengan sedikit twist seperti mengatakan tidak bercakap benar atau keterangan tak tepat; menjadi acceptable pula.
9) Selanjutnya, ia juga berkait dengan cara soalan itu diajukan. Dengan nada yang lembut dan tersusun, soalan yang insulting mungkin masih boleh dibenarkan. Sebaliknya, soalan yang acceptable contohnya kegiatan seks pengadu selain dengan OKT (bagi kes consensual) yang sebenarnya boleh ditanya kerana adanya exception dalam Evidence Act; mungkin menjadi insulting kerana cara penanyaan yang tidak cekap atau penggunaan ayat yang salah atau terburu-buru.
10) Akhirnya, pada saya code of conduct memang sudah mencukupi samada codified atau tidak. Cuma penekanan kepada aspek pemahaman dan perubahan sikap dan mentality peguam atau DPP itu perlu diperkemaskan. Ia seharusnya bermula awal; semasa di university, semasa chambering atau semasa mula melapor diri di AG’s Chambers. Keduanya,, aspek guidance atau leading by example oleh pengamal senior kepada yang junior perlu juga dikaji. Saya sendiri terpengaruh kepada style pengamal undang-undang yang lebih senior yang saya admire kehebatan mereka. At the end of the day, seseorang itu harus develop style dan pembawaannya sendiri, yang mestilah jujur dan gentleman pada pembawaannya.
11) Ketiganya dan sangat penting, adalah peranan mahkamah sebagai salah satu komponen di dalam system mahkamah. Mahkamah tidak boleh menjadi pihak yang superior yang tidak boleh ditegur. Mahkamah juga tidak boleh menjadi pihak yang pasif dan menelan bulat-bulat apa saja yang dibekalkan oleh peguam atau DPP. Ini bermakna hakim mestilah berilmu, berkemampuan untuk mengawal conduct pihak-pihak dan actively participating dalam sesuatu trial (tanpa assuming duty as parties) dalam memastikan saksi yang vulnerable ini diberi protection yang sepatutnya, tidak kurang dan tidak juga terlebih.
12) Mahkamah mestilah membuang mentality prejudging issues terutamanya dalam sexual cases seperti sudah memandang tertuduh bersalah. Contohnya pada hari pertama dituduh sudahpun diajukan soalan seperti “kenapalah awak rogol orang?” Sebaliknya, pandangan yang bias (negative bias) seperti tidak mempercayai langsung pengadu/mangsa juga harus dikikis dari benak mahkamah. Barulah saksi yang hadir ke mahkamah walau betapa vulnerable pun mereka; akan hadir dengan selesa dan tenang untuk meceritakan kejadian sebenar. Kerana mereka tahu hakim akan protect mereka, DPP tidak akan mengugut mereka untuk mengejar conviction dan tiada unscrupulous lawyers yang akan memperlekehkan mereka di mahkamah. After all, a decision whether to convict or acquit an accused rest primarily on the strength or weakness of the facts and not so much on the demeanour of the witnesses.
Ulasan serba ringkas dan serba rojak serta kurang nilai akademia ini adalah jawapan saya kepada persoalan yang diutarakan kepada saya oleh seorang bakal PHD holder mengenai tajuk di atas secara spesifiknya pemakaiannya terhadap saksi-saksi yang vulnerable. Wassalam.
Petikan dari blog loyarberjurus.blogspot.com
No comments:
Post a Comment