Oleh : Zulhazmi
· Apa itu Saman?
o Saman adalah arahan kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan lalulintas untuk hadir di Mahkamah pada suatu masa dan tarikh yang ditetapkan untuk menjawab sesuatu pertuduhan.
· Jenis Saman
o Notis Polis 170A – Saman ini boleh ditinggalkan pada kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan lalulintas seperti kesalahan meletak kenderaan, menghalang lalulintas dan tidak membayar parkir kereta.
o Saman di bawah Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) – Saman ini dikeluarkan mengikut borang yang telah ditetapkan yang akan menyatakan secara spesifik Mahkamah mana yang perlu dihadir, tarikh dan masa perlu hadir ke Mahkamah.
· Apa itu Saman Ekor?
o “Saman Ekor” ini bukanlah saman tetapi hanyalah NOTIS di bawah Seksyen 115 APJ 1987 yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan lalulintas.
o Selepas pemilik kenderaan memberi atau tidak memberikan maklumat pemandu, pihak Polis atau JPJ hendaklah mengeluarkan SAMAN di bawah Seksyen 53 APJ 1987 mengarahkan pemilik kenderaan dan/atau pemandu hadir ke Mahkamah.
o Jika tidak hadir ke Mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan, Mahkamah boleh mengeluarkan Waran Tangkap.
o Jika ingin mengakui kesalahan, pemilik kenderaan atau pemandu boleh membayar kompaun.
· Proses Mahkamah
o Apabila pertuduhan dibacakan, pemilik kenderaan dan/atau pemandu boleh memilih samada hendak mengaku salah atas pertuduhan atau meminta dibicarakan.
o Jika minta dibicara, maka kes akan dibicarakan di Mahkamah, anda tidak akan disenarai hitam kerana kes belum selesai.
o Jika mengaku salah, Mahkamah akan memerintahkan anda membayar denda. Jika anda bayar denda, maka selesai kes anda – anda tidak akan disenarai hitam.
· Jika “Saman Ekor” ini bukan saman, adakah anda perlu membayar kompaun?
o Kompaun bukanlah denda yang wajib dibayar tetapi adalah tawaran denda jika anda ingin mengaku salah dan tidak mahu ke Mahkamah.
o Jika anda tidak mengaku salah maka perlu hadir ke Mahkamah untuk dibicarakan.
· Jika tidak bayar kompaun, bolehkah Polis dan JPJ mengambil tindakan?
o Boleh, dengan mengeluarkan Saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987.
· Adakah terdapat tindakan lain yang boleh diambil oleh Polis dan JPJ jika tidak membayar kompaun?
o Tiada.
· Bolehkah JPJ dan Polis senarai hitam kenderaan yang mempunyai notis “Saman Ekor”?
o Tidak boleh kerana kesalahan tidak dibuktikan di Mahkamah.
o Bertentangan dengan prinsip keadilan “presume innocent until proven guilty”
o Bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan “Hak terhadap
harta”.
§ Kes Leonard Lim Yaw Chiang vs Director of JPJ Negeri Sarawak [2009] 6
CLJ 280.
No comments:
Post a Comment