HIJACK!
Salam,
Profesion peguam adalah profesion yang sangat unik. Peguam dilarang mengiklankan diri, mempromosi diri mahupun mempoligamkan diri. Hanya warna tertentu dan saiz tertentu dibenarkan untuk dijadikan signboard pejabat peguam contohnya yang jelas menampakkan jauhnya peguam ketinggalan berbanding profesion lain yang boleh menggunakan apa saja warna pelangi atau saiz signboard mereka.
Di sebelah kekangan yang tidak masuk akal ini, tidaklah pula menjadi janggal mahupun termasuk dalam kategori mempromosi diri peguam yang masuk ke kaca tv, menjadi sponsor majlis-majlis mewah dan separa membazir dengan paksarela mahupun menjadi pengerusi majlis atau membaca doa dalam majlis perkahwinan. Sungguh ironi sekali seolah-olah menutup rapat-rapat paip agar tidak menitis air tapi dalam masa yang sama membenarkan paip utama pecah memancutkan air.

Reputasi sebegini memang sukar dicapai namun bukanlah mustahil. Ramai peguam telah membuktikannya, iaitu boleh berjaya dan bermaruah dalam satu nafas yang sama. Route yang diambil mungkin lebih panjang kerana kita hanya bergantung pada kuasa prestasi kerja, attitude dan public relation yang bagus berbanding kuasa wang ringgit.

Kemunculan dalam media adalah promosi percuma yang unggul untuk melonjakkan nama seorang peguam. Saya bersifat neutral dalam hal ini. Dalam kekangan melampau terhadap peguam mempromosi diri, peluang muncul di media (samada by chance atau sendiri cari) boleh direbut. Tidak salah dan tidak berdosa pun. Tapi berpada-padalah dalam mempromosi diri jangan sampai menjual diri.
Apabila sudah sampai tahap muncul hanya di akhir kes untuk mengutip hasil sedangkan orang lain yang mengendalikan kes; itu sudah cross the line yang munasabah. Begitu juga yang lebih tidak molek apabila mencuri kredit atau hijack hasil usaha orang lain (yang mungkin timid dan tidak mahu publisiti) dengan membuat press conference contohnya seolah-olah kitalah yang bersengkang mata membuat hujahan dan bertikam lidah di mahkamah.

Yang lebih penting adalah substance. Apa yang digembar-gemburkan dalam media mestilah commensurate dengan performance dan attitude. Tidak guna berpoligam di media sedangkan kita bukanlah peguam yang sebagus mana. On the other hand, tidak luak jika jika memang hebat walaupun tidak mendapat ruang di media. Sudah tentu jika magnitude prestasi kita sama hebat dengan kemunculan media kita, itu yang terbaik. Wassalam
No comments:
Post a Comment