Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.
isa samad interview 150509Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF.
KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.

Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.

Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.


sumber :http://www.malaysiakini.com/news/218482