11 January 2013

Kenyataan Media JUHAM- HKR112: JUHAM Lancarkan Nombor Hotline



image.jpegKENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BERTARIKH: 11/1/2013

HKR112: JUHAM SEDIAKAN 100 PEGUAM & LANCARKAN NOMBOR HOTLINE

JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) meraikan ketibaan seluruh rakyat Malaysia ke Stadium Merdeka esok bersempena himpunan aman  kebangkitan rakyat yang bersejarah (HKR112). 

JUHAM percaya perhimpunan aman HKR112 pasti akan berjalan dengan lancar sekiranya ia bebas daripada sebarang provokasi jahat pihak polis dan agen-agen UMNO/BN sepertimana yang berlaku pada perhimpunan-perhimpunan aman sebelum ini. 
Justeru, JUHAM menasihatkan para peserta HKR112 untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen-agen UMNO/BN sepanjang perhimpunan aman tersebut berlangsung.
Walau bagaimanapun, JUHAM tetap komited membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku tangkapan pada hari kejadian. Oleh itu, JUHAM telah menyediakan seramai 100 orang Peguam dari seluruh Malaysia yang akan turun ke perhimpunan bagi memantau dan memberikan khidmat guaman sekiranya berlaku sebarang tangkapan. 
Bagi memudahkan para peserta untuk membuat laporan terhadap sebarang insiden mahupun tangkapan, JUHAM telah melancarkan nombor-nombor Hotline seperti berikut di mana nombor-nombor tersebut akan mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah malam ini:
No. HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS @01-112-835421, @01-112-835485 & @01-112-836139 
Akhirnya, JUHAM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk turun beramai-ramai ke HKR112 tanpa rasa gentar dalam menuntut keadilan dan juga suatu pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia. Jumpa anda di Stadium Merdeka!


Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments: