1. Jabatan
Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Pengerusi
Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim
Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat
terawih yang disifatkan JUHAM sebagai ‘jumud’ dan jelas menghina/mencabar
kemuliaan Ramadhan sebagai bulan ibadah umat Islam secara khusus.
2. Kenyataan Syed Ibrahim tersebut memperlihatkan
secara tidak langsung dasar kerajaan Negeri Pahang yang dilihat cuba menghalang
usaha percambahan ilmu dan perkembangan ajaran agama Islam di Negeri tersebut.
Adalah jelas bulan Ramadhan merupakan bulan untuk umat Islam beribadah
termasuklah menuntut ilmu agama, di mana di kesempatan bulan Ramadhan ini
masyarakat Islam yang dahagakan ilmu agama akan mengambil peluang di ‘medan tazkirah’ bagi menuntut ilmu agama
dengan sebaik yang mungkin.
3. Justeru itu, larangan tazkirah ini dilihat
sebagai satu penghinaan kepada Masyarakat agama Islam di Pahang dan secara
tidak langsung penghinaan kepada Sultan
Pahang sebagai Ketua Agama Islam yang menyokong penuh serta komited dalam usaha-usaha perkembangan agama/syiar Islam di
negeri tersebut
4. Adalah tidak wajar larangan tazkirah sebegini
dikeluarkan, di mana di masa yang sama tiada larangan keras dan usaha positif
dilakukan bagi membenteras gejala
maksiat yang makin berleluasa seperti operasi kelab malam di bulan Ramadhan dan secara
khususnya aktiviti perjudian di Genting Highland yang jelas satu penghinaan
kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka dalam hal sebegini mengapakah Syed Ibrahim
tidak ‘berkokok’?
5. JUHAM menegaskan sekali lagi bahawa, tindakan
larangan tazkirah ini adalah bersifat ‘politik murahan’ semata-mata dan
kelihatan Syed Ibrahim bercampara tanpa haluan di dalam isu ini. JUHAM mencabar
Syed Ibrahim mengemukakan ayat Al-Quraan
dan sumber sunnah manakah yang mendasari larangan tazkirah ini dan apakah ‘maslahah’
yang diguna pakai beliau dalam mengeluarkan ‘larangan jumud’ sebegini.
6. JUHAM komited dan tegas di dalam isu ini dimana
JUHAM bersedia menyediakan/menawarkan
barisan Peguam bagi membela dan membantu di mahkamah mana-mana penceramah, AJK
Masjid/surau dan mana-mana pihak yang
ditahan ekoran memberikan tazkirah sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang, tidak kira di negeri mana sahaja
khususnya Pahang.
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK
ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia
No comments:
Post a Comment