Payah menjadi loyar jenayah ini. Anda dipanggil loyar buruk (standard), mata duitan, dikatakan pembela penjenayah dan juga dikatakan penyumbang kepada peningkatakan kadar jenayah negara. Saya percaya seorang peguam jenayah sahaja yang kerjayanya adalah; semakin anda bagus maka semakin ramai pula yang tidak menyukai anda. Seorang ahli politik termasuk dalam exception to this general rule.
Jadi, apakah yang menjadi pengubat jiwa yang manjalara bagi seorang peguam jenayah? Fees yang tinggi? Kereta yang besar? Isteri yang tidak berapa besar? Pergi ke mahkamah dipandu oleh supir? Menjadi seorang penyabit di padang2 ragut (golf la tu) terkemuka? Dapat melalak atau melolong di kara-tak-ok langsung? Semua itu mungkin ya bagi orang lain tetapi tidak bagi saya. Banyak lagi perkara yang membuatkan anda puas hati, tersenyum puas dan menyanyikan lagu hindustan di dalam kereta(walaupun anda benci filem hindustan).
Hari ini, berlaku lagi saat2 yang magic itu. Saya
berada di mahkamah untuk satu hujahan di akhir kes pendakwaan. Namun selepas selesai pihak2 berhujah, tanpa apa2 sebab atau tekanan dari CJ yang baru, hakim telah serta-merta memberikan keputusan untuk membebas dan melepaskan anakguam saya. Ketika itulah terdengar suara tangisan dari galeri awam dari keluarga OKT diiringi ucapan alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. Apabila saya berpaling saya lihat mereka berpelukan kegembiraan dalam tangisan itu. Salah seorang ahli keluarga OKT (yang lelaki la) terus bersalam dan memeluk saya tanda terima kasih.
Reaksi OKT pula? Tersenyum sambil menahan sebak. dalam keadaan tergezut itu. Sebelum mahkamah bermula beliau ada meminta kepada saya dicepatkan tarikh agar dapat beraya di rumah tahun ini (sudah 3 tahun beraya di kem motivasi Sungai Buloh). Selepas bersalam dengan saya, beliau hanya berkata mungkin ini berkat doa dan sembahyang saya.
Apa yang saya sebagai seorang peguam jenayah dapat! Gembira rekod tanpa kalah saya berterusan? Risau sebab ada lagi fee saya yang belum dijelaskan? Bangga sebab terasa diri hebat dan terjulang? Bukan, saya hanya berasa puas hati sebab dapat memberikan peluang untuk seorang itu kembali kepangkuan jalan, balik bersama keluarga dan cuba menjadi orang dan bukannya menjadi setan.
Jika usaha saya menyebabkan OKT telah benar2 berubah, maka saya bersyukur dapat membuka jalan keinsafan itu. Jika sebaliknya, maka saya rasa puas kerana telah menjalankan tanggungjawab saya memastikan pihak pendakwaan membuat kerja mengemukakan keterangan yang cukup untuk mensabitkan OKT tanpa membulldozekan sesiapa. Juga saya telah memastikan sistem perundangan yang tidak Islamik dan penuh dengan ruang2 kezaliman ini, ditegakkan seadilnya. Fortunately seperti kes-kes yang lain juga, keterangan yang ada adalah tempang untuk berdiri sendiri bagi mencapai satu sabitan. Dan saya akan tetap dapat tidur dengan nyenyak tiap2 malam alhamdulillah. Wassalam.
(from loyarberjurus.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment