Pada hari Rabu, 29 Julai 2009, sekali lagi Kompleks Mahkamah Shah Alam akan dikerumuni oleh orang ramai. Berbicara dengan pak guard yang setia menghalang kereta2 untuk naik apabila parking full dengan lambaian keramatnya; beliau meramalkan inquest ini akan mengalahkan kes C4 dari segi keramaiannya. Betul juga, saksi SPRM sudah berpuluh2, peguam dan pembantu juga berpuluh2, wartawan2 juga berpuluh2, ahli keluarga dan penyokong pihak2 berkepentingan juga akan ramai sekali.
Saya tidak berminat untuk terheret sama dengan para penulis lain mengulas mengenai maksud dan peruntukan undang2 yang sudah sedia termaktub mengenai inquest. Saya juga tidak ingin turut serta menghentam Peguam Negara berkenaan alasan bijaksana beliau mengapa perlunya ada sampai 2 forum iaitu inquest dan Suruhanjaya (bukankah less is more?), walaupun saya masih mencari2 wisdomnya penjelasan itu di mana. Biarlah saya berkongsi mengenai inquest ini berdasarkan pengalaman saya yang pernah mengendalikan beberapa inquest sebelum ini dan juga pengamatan saya akan keberkesanan (atau ketidakberkesanan?) sesuatu inquest.
"Persoalannya, secara praktikal atau relitinya apakah yang benar2 berlaku di dalam sesuatu inquest? Watak utama dalam inquest adalah koroner, sebab itulah pemilihan koroner sangat penting. Sefaham sayalah, orang yang sepatutnya menyoal saksi2 yakni menjadi tukang menanya adalah koroner sendiri manakala pihak lain hanya membantu. Praktikalnya, its the other way around. Koroner hanya membisu sepanjang prosiding dan membenarkan watak2 extra menguasai gelanggang"
Pertamanya, inquest bukanlah satu perbicaraan. Ini bermakna trio yang terlibat bukannya hakim, pendakwaan dan pembelaan. Takda dakwa dakwi sini saudara saudari. Sebaliknya ia merupakan suatu siasatan untuk mengetahui punca kematian dan sebab2 yang membawa kepadanya. Jadi, pihak yang terlibat bukanlah bersifat "adversarial" atau berlawanan sebaliknya bersifat "inquisitorial" atau saya maknakan sebagai bersiasat-siasatan. Trio yang terlibat adalah koroner, DPP yang membantu koroner dan peguam yang mewakili pihak-pihak yang berkepentingan.
Antara contoh inquest yang saya sendiri terlibat adalah berkaitan 2 orang awam yang ditembak mati oleh polis ala2 alcapone sedangkan dadah yang disyaki dibawa tidak dijumpai dan inquest seorang doktor yang mati akibat denggi tetapi ahli keluarganya mengesyaki beliau telah diracuni oleh suaminya sendiri. Antara contoh inquest yang popular pula adalah melibatkan Francis Udayapan yang terjun ke dalam Sungai Klang.
Persoalannya, secara praktikal atau relitinya apakah yang benar2 berlaku di dalam sesuatu inquest? Watak utama dalam inquest adalah koroner, sebab itulah pemilihan koroner sangat penting. Sefaham sayalah, orang yang sepatutnya menyoal saksi2 yakni menjadi tukang menanya adalah koroner sendiri manakala pihak lain hanya membantu. Praktikalnya, its the other way around. Koroner hanya membisu sepanjang prosiding dan membenarkan watak2 extra menguasai gelanggang. Pengalaman saya juga ada koroner mengendalikan inquest seperti menjalankan kes2 harian yang rutin.
Ini tidak boleh berlaku. Walaupun majistret itu kurang pengalaman sekalipun dan tidak pernah menjadi DPP, sekurang2 nya beliau mesti tahu nature sebenar sesuatu inquest dan bagaimana hendak mengawal suasana. Apatah lagi, inquest biasanya akan dizoomkan setiap zarah oleh media dan pemerhati2 dan biasanya pihak2 yang terlibat samada DPP atau peguam adalah mereka yang senior, pakar dan sudah tentu berjurus.
Koroner tidak boleh menjadi tukang penjaga masa on the bench. Kawalan yang tegas dan adil terhadap semua pihak mesti dilaksanakan. Jika tidak inquest akan menjadi panggung anak wayang atau cerekarama nanti. Terkadang juga wujud isu2 yang highly technical dan luar dari skop undang2 seperti medical, ballistic, forensic, dll. Antara isu teknikal yang pernah saya lalui dalam inqest adalah perkembangan virus denggi dari A to Z dan simptom2nya serta apa yang dinamalan prinsip ricochet berkenaan peluru yang ditembakkan. Jadi kalau tidak banyak, sedikit pun mestilah koroner ini mempunyai ilmu atau sekurang2 nya nampak berilmu
(learned or seen to be learned?!) Bukan mudah bukan menjadi koroner?
Selalunya di dalam inquest akan wujud pertembungan antara peguam pihak2 yang dikatakan berkepentingan itu. Mana tidak, kepentingan masing2 bertembung di antara satu sama lain. Masing2 akan melancarkan jurus masing2 seperti pucuk yang dilancar dan saling bercakaran untuk menegakkan benang basah sendiri. Kadang2 di sebalik inquest juga wujudnya civil suit terhadap pihak kerajaan atau pihak polis oleh keluarga si mati. Ini semua mewujudkan drama di dalam inquest. Selalunya aksi2 atau the mini battles yang berlaku ini menyimpang dari asas sesuatu inquest itu dijalankan sendiri.
Seperkara lagi pada pengamatan saya, ramai peguam yang bulldoze sahaja berkenaan hak dalam mewakili pihak2 berkepentingan. Selalu yang berlaku adalah peguam2 watching brief ini bertelagah sesama sendiri walhal dpp dan koroner sendiri sekadar menjadi penonton setia anda. Keadaan ini bolehlah dianggap seperti pelakon ekstra cuba menjadi hero. Sebenarnya hanya pihak2 yang benar2 berkepentingan sahaja yang wajar diberi "right of audience" yang memberi hak menanyakan soalan kepada saksi dan akses kepada dokumen terlibat. Sebaliknya, peguam2 yang lain bolehlah diberi hak sebagai "watching brief" yakni seperti namanya adalah untuk datang mencukupkan korum sahaja; lihat (watch) dan sekejap (brief). Malangnya, apa yang pernah saya tempuhi adalah koroner sendiri tidak faham perbezaan ini, loyar yang menangguk di air keruh dan DPP yang banyak menggunakan jurus play safe. Maka apa yang terhasil bukanlah inquest tetapi satu lagi babak dalam drama perbicaraan yang berlaku di mahkamah saban hari.
Jadi, untuk inquest Teoh Beng Hock yang akan bermula esok, harapan saya agar koroner yang dilantik akan mengendalikannya dengan penuh kesabaran, ketegasan, kewarasan dan kesaksamaan untuk mengelakkannya menjadi satu pengalaman yang menyeksakan, menyakitkan, menakutkan atau memalukan. Dan saya yang akan terlibat secara langsung sebagai salah seorang peguam mewakili Bar Council berharap inquest yang akan berlangsung kelak akan menjadi satu wadah untuk mencari keadilan yang ditagih oleh keluarga mendiang dan seluruh pencinta keadilan, dan bukannya satu lagi episod sandiwara atau PR exercise oleh pihak berwajib.
Sebagai penutup cukuplah saya quote kata2 YA Suriyadi dalam penghakiman beliau terhadap rayuan ke atas keputusan koroner di dalam kes tembakan Kg Neting yang saya hadiri semasa chambering dahulu;
"Expanding from there, I was quite stunned by the format of the magistrate's decision as it bordered on the preparation of the defense of the police over zealousness. In fact it was not a decision that could be construed as a verdict but a ground of decision, based on a non-verdict. At worst he could have merely recorded that the deaths were caused by misadventure, as a result of multiple shot wounds on the heads and bodies, but unfortunately had failed to do so. It must be borne in mind that if there were to be uncertainty on certain parts of the inquiry, like when or where he died etc. but with there being sufficient evidence to record how he died, a verdict of misadventure must be handed down. If in the case of Re Davies (dcd) [1967] 1 All ER 688 death caused by sleep-walking hence an accident, could justify a verdict of misadventure, surely in this case it was more than qualified to be categorized as such. Even the very basis of the finding, that no criminal act had been committed seemed to be founded on shaky grounds, as that conclusion went against the grain of the evidence. As dissected earlier, there was no cogent proof to confirm of any shots having been fired from the van vis-a-vis the accurate shots of the police."
(Kes asal boleh dilihat di sini.)
Petikan asal dari loyarberjurus.blogspot.com.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment