Februari sebab Februari ada 28 hari saja! Nah, buruk dan jelik sekali persepsi masyarakat terhadap seorang loyar itu. Untuk lebih menerukkan
lagi keadaan; tag team bagi loyar adalah perkataan "buruk" di saat doktor mendapat ismadi dan inspektor mendapat sahab.
Justru, loyar berjurus dalam usaha mengikis persepsi negatif ini menyenarai-pendekkan beberapa indikator (maknanya banyak lagi) seorang loyar buruk.
1) Melenggang ke mahkamah-
Mahkamah bukanlah pasar malam atau kelas tuisyen. Sila bawa beg yang sesuai sebagai seorang loyar. Elakkan beg pengakap, beg ahli payung
terjun mahupun beg plastik. Imej hendaklah dijaga. Kalau ini pun tidak mampu dibuat, maka bagaimana hendak menjaga profesionalisme sebagai loyar?
2.Amalan menyuruh anakguam MOB (mention on behalf)- Anak guam adalah anak guam walaupun beliau seorang loyar sekalipun. Sikap suka mengular (snaking) dari menghadiri mahkamah ini sangat buruk
(kan dah buruk dah) dan memberi tanggapan samada loyar itu terlalu tamak, tidak bertanggungjawab ataupun selalu bangun lambat. Ayat standard bagi loyar begini yang keluar melalui mulut anak guam ialah; loyar bilang dia tak senang.
3.Tabiat suka berjanji palsu-
Insaflah bahawa loyar bukanlah ahli politik yang boleh menjanjikan langit dan bumi kepada anakguam. Adalah normal bagi loyar ditanya adakah boleh menang kes. Saya selalu menjawab; selagi hakim tidak ketuk tukulnya selagi itulah kita belum tahu. Di sini, kelas sastera yang dipelajari semasa sekolah dulu amat berguna sekali. Jawablah dengan
penuh prosa kata yang berbunga2 yang menunjukkan kita yakin boleh menang jika betul2 kita yakin, dan sebaliknya jika tidak yakin. Tak serik ke dengar cerita kereta loyar buruk kena simbah asid dengan anakguam?
4.Mengaku mengenali semua orang-
Sangat mudah untuk mencekup loyar buruk jika beliau mewar2kan bahawa beliau kenal semua pihak yang terlibat dengan mahkamah. Daripada hakim
kepada dpp kepada suami hakim kepada isteri dpp kepada orang bukit aman kepada datuk so and so. Loyar yang perlu berpaut di dahan rapuh dengan
mengadaptasi kedudukan orang lain untuk mendapat sesuatu kes bukanlah loyar yang bagus mahupun berjurus.
5.Hobi suka mengugut tarik diri-
Kelebihan loyar jenayah adalah proses menarik diri daripada mewakili anak guam adalah semudah menggunakan kad kredit untuk bershopping.
Jadi, loyar2 begini selalunya gemar meminta bayaran muka (face payment?) yang tinggi dan kemudiannya mencari alasan untuk bergaduh dengan client sehingga client menjadi fed up dan senanglah untuk
menarik diri. Teknik licik ini dikenali sebagai jurus membangkitkan marah dan mengghaibkan diri.
6.Mempunyai free akses-
Jika kita melihat seorang loyar itu dengan mudah masuk ke dalam pejabat mahkamah, lokap polis dan mendapat privelege seperti seorang hakim, maka beware mungkin itu adalah umpama trojan horse. Selalunya mereka ini hendak menunjukkan kepada anak guam yang mereka ada direct link dengan pihak yang berautoriti. Kawan2 dalam service hati2lah jangan sampai mereka menjual nama kita sampai kering kontang kemarau sahara jadinya. Juga perhatikan semasa mahkamah bersidang loyar begini dengan sukacita boleh bergerak bebas daripada meja loyar ke meja jurubahasa ke kandang OKT sekalipun.
7.Mempunyai 1001 alasan nak pospon kes-
Percaya atau tidak ada berpuluh2 alasan boleh dikemukakan oleh loyar untuk pospon kes mereka? Yang terkini dan legal pulak tu adalah dengan
bersandarkan kepada Seksyen 51A CPC padahal sebelum ada seksyen ini pun tak pernah dibisingkan pun jika dokumen tidak diserahkan lebih awal.
Loyar begini antaranya bolehlah dipanggil loyar sebutan, loyar reman atau non-bicara punya loyar. Bukannya tidak boleh kalau kita tidak ingin maju dan membataskan karier kita setakat peringkat pre-trial
sahaja. Namun, janganlah berjanji berdegar2 kononya hebat seperi Karpal Singh atau Azizzul Shariman semasa hendak mendapatkan kes itu.
Jadi loyar2 sekalian serta bakal loyar, berhati2 di jalan raya. Elakkan sikap2 di atas dan jika perasan mana2 antara satu yang mula menyelinap ke dalam sanubari kenalan kita maka sekehlah dia sekali untuk
mengembalikan dia ke jalan yang lurus. Wassalam.
No comments:
Post a Comment