KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) melalui 50 orang para peguamnya akan turun mempertahankan Dun Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 4 November depan.
Melalui suatu perjumpaan antara Juham, para peguam PAS Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bersama-sama dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Kedah di Kuala Kedah pada 28 September lalu, antara resolusi yang dicapai dan dipersetujui ialah para peguam Juham akan diturunkan ke setiap Unit Peti Undi (UPU) di Dun Sungai Limau dan akan akan dijadikan anak angkat bagi setiap UPU tersebut.
“Di situ, para peguam Juham akan turun memberikan penerangan undang-undang kepada setiap petugas Paca yang akan bertugas di Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau tersebut,” ujar Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi kepadaq Harakahdaily.
Selain itu, katanya para peguam Juham juga akan memberikan penerangan kepada pengundi-pengundi mengenai isu undang-undang seperti hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menangkis dakyah Umno Barisan Nasional kononnya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Beliau berkata, seperti kebiasaan pada pilihan raya-pilihan raya yang lalu, Juham turut akan membuka bilik gerakan bagi menyelaraskan gerak kerja para peguam sepanjang proses pilihan raya kecil tersebut.
Menurutnya lagi, elalui kerja bersepadu sebegini, Juham percaya ia dapat membantu para petugas pilihan raya dalam membuat persediaan berdepan dengan sebarang provokasi kempen Umno Barisan Nasional serta menangkis penipuan-penipuan yang bakal berlaku.
Akhirnya, kata beliau Juham mendesak agar SPR bersikap telus, adil dan amanah dalam mengendalikan pilihan raya kecil kali ini.
“Juham tidak menolak kemungkinan Umno Barisan Nasional akan bersungguh-sungguh merebut kerusi Dun Sungai Limau ini bagi menjaga air muka Menteri Besar mereka tatkala pemilihan Umno semakin hampir,” katanya.
Justeru, ujar beliauJuham menyeru kepada semua petugas PAS agar lebih bersedia dalam berdepan pelbagai penipuan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.
No comments:
Post a Comment