18 November 2013

PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN: JUHAM SEDIA BANTU KERAJAAN KELANTAN UNTUK LAKSANA HUDUD

1.       Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia optimis dan siap sedia mengembeling usaha dan kepakaran Guaman dalam menyambut penegasan kerajaan Negeri Kelantan bagi perlaksanaan Undang-Undang Hudud di negeri tersebut.

2.       JUHAM menyokong penuh langkah perlaksanaan undang-undang tersebut sejak sekian lama dan melihat kenyataan dan jaminan oleh Ketua Hakim Syarie  Kelantan, Datuk Daud Muhamad bahawa kemudahan Infrastruktur dan operasi (pasarana)Mahkamah Syariah negeri tersebut telah bersedia bagi perlaksanaan undang-undang berkenaan adalah satu yang mengembirakan. Malahan, peruntukkan RM 1 juta  oleh kerajaan Kelantan dalam Belanjawan Negeri 2014 bagi usaha kesinambungan penguatkuasaan perlaksanaan undang-undang tersebut di Kelantan serta penubuhan Jawatankuasa Teknikal,  dilihat sebagai ‘big steps’ setelah kerajaan negeri meluluskan dan mewartakan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan sejak tahun 1993 lagi.

3.       JUHAM sedar bahawa halangan utama perlaksanaan undang-undang tersebut di Kelantan hanyalah berlegar pada sudut perundangan di peringkat Pusat, dimana adalah satu keperluan bagi meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, yang memperuntukkan bahawa had hukuman yang boleh dilaksanakan di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia adalah setakat hukuman 3 tahun penjara, denda RM 5000-00 serta 6 kali sebatan. Jika peruntukan ini tidak dipinda, maka perlaksanaan undang-undang Hudud tersebut kelak dari sudut perundangan Negara Malaysia akan dianggap tidak sah dan bertentangan dengan perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memandangkan penguatkuasaan undang-undang jenayah adalah di dalam bidangkuasa kerajaan pusat berdasarkan senarai 1 jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

4.       JUHAM menggesa dan berharap perkara ini dapat dibentangkan segera di Parlimen dan ahli-ahli Parlimen yang majoritinya berugama Islam perlu dan sepatutnya memberikan sokongan penuh agar undang-undang di atas dapat dipinda bagi membolehkan negeri Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud.

5.       Sewajarnya, tiada dolak dalih lagi perlu diberikan oleh ahli-ahli parlimen Islam di dalam hal ini, kerana sokongan terhadap perlaksanaan undang-undang ini adalah cerminan pegangan akidah Islamiah yang sering dilaung-laungkan oleh majoriti Ahli parlimen di pihak kerajaan, sepertimana di dalam isu kalimah Allah.Maka dalam soal perlaksanaan undang-undang Hudud yang mana merupakan satu perintah mutlak dari Allah, sepatutnya ia disokong dan tidak wajar dihalang sama sekali. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa  sendiri telah secara optimis melihat akan ruang,kesediaan dan keperluan undang-undang Hudud ini dilaksanakan di Kelantan.Ini adalah satu langkah yang dipuji dan sepatutnya sudah lama disuarakan.

6.       JUHAM sedia maklum bahawa wujud juga halangan-halangan bersifat ‘prosedur’ dan  kesediaan badan-badan perlaksana seperti isu penguatkuasaan polis, Penjara, pendakwaan di Mahkamah dan lain-lain isu lain. Namun, JUHAM melihat halangan-halangan sebegini pada hakikatnya dapat diselesaikan secara berhemah, professional, tolenrasi dan secara sah di sisi udang-undang. Apa yang penting, semua pihak perlu yakin, optimis dan bekerja secara professional di dalam penguatkuasaan perlaksanaan undang-undang Hudud ini secara khususnya di negeri Kelantan. Negara kita mempunyai cukup ramai pakar-pakar serta ilmuan perundangan Islam dan Sivil yang sedia membantu di dalam perlaksanaan ini.

7.       Keperluan ini adalah sangat mendesak dan perlu disegerakan setelah melihat keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Negara ini saban hari sangat mendukacitakan dan cukup mengugat ketenteraman awam seperti kejadian pembunuhan,tembak,rogol,ragut,rompak dan kes-kes jenayah berat lain yang semakin kerap berlaku mutakhir ini. Jelas, secara manifastasinya undang-undang sedia ada gagal membentuk sistem pencegahan jenayah dan ketenteraman awam yang efisyen dan berkesan.JUHAM yakin bahawa falsafah dan intipati undang-undang Hudud ini mampu mengawal dan mengurangkan kegiatan jenayah yang sudah tidak mengenal sempadan kemanusian sepertimana hari ini.JUHAM yakin dan percaya bahawa perlaksanaan undang-undang ini tidak sama sekali akan mengugat keharmonian berbilang kaum dan agama di Negara ini.

8.       Akhirnya, JUHAM telah memperhalusi perkara ini dari sudut undang-undang sedia ada dan melihat halangan-halangan ke arah perlaksanaan undang-undang Hudud ini dapat diatasi dengan penuh berhemah dan professional dengan mengambil contoh kejayaan penguatkuasaan perlaksanaan undang-undang tersebut dengan jayanya di Negara Brunei. JUHAM atas rasa tanggungjawab  dan penuh iltizam bersedia memberikan bantuan khidmat guaman kepada Kerajaan Kelantan bagi membantu penguatkuasaan perlaksanaan undang-undang tersebut di Negeri Kelantan.

9.       JUHAM optimis isu perlaksanaan undang-undang ini tidak berasaskan kepada agenda politik, tetapi ia perlu diasaskan kepada soal perjuangan akidah umat islam di dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T, dimana adalah menjadi hak Masyarakat berugama Islam di Negara ini untuk mengamalkan dan berpegang kepada prinsip-prinsip syariah termasuklah kehidupan mereka berlandaskan undang-undang Hudud ini. Jika, dalam isu kalimah Allah kita berhempas pulas, mengapa tidak di dalam isu ini?


AHMAD ZAMRI AS’AD KHUZAIMI
PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA 
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT [JUHAM]
18/11/2013


15 November 2013

PAS bantah ura-ura Shafee dilantik AG- HARAKAHDAILY


Desas-desus berkaitan kemungkinan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas. 



“Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara,” tegas Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
Katanya, hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara. 
Berikut kenyataan media beliau.



Minggu lepas (7 November 2013), saya menegaskan bahawa walau apa pun agenda tersembunyi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sekarang ini sedang membuat ‘gerakan’ untuk menyingkirkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang beliau sendiri lantik pada tahun 2002, Abdul Gani tetap wajib disiasat secara menyeluruh di atas segala dakwaan salah laku sepanjang memegang jawatan sebagai Peguam Negara. 



Apa yang jelas, agenda sebenar Tun Mahathir ialah untuk menaikkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Gani. Kehadiran Shafee di dalam pertemuan khas membincangkan perilaku Gani di rumah Tun Mahathir pada Ogos lepas menunjukkan bahawa agenda ini sedang berjalan rancak. 



Tun Mahathir berfungsi sebagai ‘jarum’ untuk menyucuk Perdana Menteri supaya segera menyingkirkan Gani bagi membolehkan Shafiee dilantik segera sebagai Peguam Negara yang baru. 
Desas-desus berkaitan kemungkinan Shafiee akan dilantik sebagai Peguam Negara, bukanlah cerita baru tetapi telah kedengaran di kalangan peguam, hakim dan di dalam Jabatan Peguam Negara sendiri sejak beberapa tahun lepas. 



Dalam hal ini, PAS membantah keras sekiranya Shafee hendak dilantik sebagai Peguam Negara. Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin Umno menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara. 

5 November 2013

JUHAM :MASALAH BANKRAPSI GOLONGAN MUDA PETAKA NEGARA

JUHAM :MASALAH BANKRAPSI GOLONGAN MUDA PETAKA NEGARA

1.       Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia mengambil langkah kawalan segera dan penyelesaian yang efisyen berhubung kadar kebankrapan yang sangat meruncing di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda/belia.


 2.       Sepertimana dilaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri baru baru ini,  sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus. Statistik yang dikeluarkan  menteri tersebut memperlihatkan bagi tahun  2007-2013 sahaja, sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

3.       JUHAM melihat peningkatan kadar kos sara hidup yang melampau menyebabkan masyarakat terpaksa berhutang bagi meneruskan kelangsungan hidup. Justifikasinya, masyarakat hari ini khususnya golongan muda/belia terpaksa berhutang bagi memenuhi keperluan asasi seperti membeli kenderaan, rumah, pinjaman pelajaran dan lain - lain lagi yang tinggi kosnya serta membebankan rakyat. Kesan ini dapat dilihat ketara terutamanya bagi golongan muda yang baru tamat pengajian dan memulakan kerjaya dengan kadar gaji yang tidak relevan seiring peningkatan kos sara hidup terutamanya di kawasan Bandar.

4.       Kerajaan digesa mengambil langkah segera dalam mengawal kos sara hidup yang tinggi ini seperti menurunkan kadar cukai jualan kenderaan,mengawal spekulatif harga rumah, menyediakan pinjaman tanpa faedah bagi pinjaman pelajaran serta berusaha meningkatkan kadar gaji pekerja seiring kos sara hidup.



5.       JUHAM melihat belanjawan 2014 yang dibentangkan baru-baru ini tetap gagal menyediakan satu alternatif terbaik dalam menangani isu peningkatan kos sara hidup. Sistem cukai GST, pemotongan/penstrukturan subsidi berterusan atas barangan keperluan asas seperti gula dan minyak hanyalah ‘pukulan maut’ kepada rakyat yang masih terkontang kanting dalam menyara kehidupan harian. Pengenalan sistem cukai GST dalam keadaan kadar pendapatan rakyat yang rendah serta sistem tadbir urus Negara yang ‘compang camping’ dilihat tidak kena pada waktunya.

6.       Sewajarnya subsidi kepada barangan keperluan asas seperti minyak adalah perlu dikekalkan dan ditambah baik kerana kenaikkan harga barangan keperluan asas ini akan secara langsung mempengaruhi kenaikkan kos lain-lain barang keperluan yang lain. Sifir mudah ini masih gagal difahami oleh menteri-menteri di pihak kerajaan yang akhirnya hanya mampu mengeluarkan saranan-saranan bersifat ‘sila pindah ke negara lain’. Ia memalukan dan mencerminkan tahap pemikiran mereka  yang terlibat dalam urus tadbir Negara.


7.       JUHAM mengambil satu ketetapan bahawa urus tadbir Negara ini perlu dibersihkan dari segala macam ketirisan,amalan rasuah, pembaziran serta kepincangan sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara saban tahun. Malangnya, Laporan Audit Negara ini dipandang sepi tanpa sebarang tindakan penambahbaikkan dilakukan. Segala petaka ini jelas telah menyebabkan urus tadbir ekonomi Negara ini semakin merosot dan meruncing yang mana pada akhirnya rakyat marahain terpaksa berhempas pulas dan berhutang bagi meneruskan kelangsungan kehidupan.

8.       Akhirnya, satu bentuk pengurusan hutang yang efisyen/praktikal bagi golongan penghutang/peminjam perlu dilaksanakan kerajaan kepada golongan ini. Di pihak JUHAM, kami bersedia memberikan khidmat nasihat guaman kepada mana-mana pihak yang berhadapan dengan masalah bankrapsi dalam mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah tersebut.




Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

5/11/2013

16 October 2013

KPN tidak profesional.

Cabaran yang dibuat Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencabar Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran supaya turut menyertai operasi pasukan polis untuk menggempur penjenayah berbahaya adalah suatu tindakan yang tidak profesional dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bertaraf Ketua Polis Negara (KPN). “Sebagai seorang penjawat awam, Khalid seharusnya bersikap matang dan terbuka terhadap sebarang kritikan yang dibuat ke atas pasukan polis yang berada di bawah kendaliannya,” ujar Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi dalam satu kenyataan. . 

 Katanya, adalah menjadi tanggungjawab seorang Ahli Parlimen seperti Surendran untuk membangkitkan isu yang berkait dengan kepentingan umum apatah lagi yang membabitkan soal nyawa dan keselamatan rakyat. “Dalam hal ini, kami tidak langung mempersoalkan tugas hakiki polis menjaga keselamatan negara. Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab ke atas PDRM iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyebut dengan jelas bahawa polis akan mengamalkan polisi menembak terlebih dahulu (shoot first) terhadap suspek penjenayah. “Ini adalah suatu yang perkara yang menakutkan dan turut memungkinkan mereka yang tidak bersalah akan menjadi mangsa di hujung senjata pasukan polis,” katanya lagi. Maka, menurut beliau rakyat Malaysia apatah lagi seorang Ahli Parlimen berhak untuk mempersoalkan ‘arahan’ yang diberi Menteri Dalam Negeri tersebut. 

  Tambahan pula, jelasnya Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh diambil nyawanya dan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Beliau menjelaskan, polisi shoot first, investigate later yang dilaungkan Menteri Dalam Negeri adalah sangat bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, katanya Ketua Polis Negara tidak perlu ‘melompat’ dengan membuat cabaran kebudak-budakan seperti itu. Katanya, kebimbangan rakyat yang disuarakan Surendran sewajibnya ditangani dengan professional dan matang. Tambahnya, tindakan Khalid itu sebenarnya saling tak tumpah dengan perangai tidak matang pemimpin-pemimpin Umno setiap kali mereka berdepan dengan kritikan dan persoalan rakyat. “Tak lama dulu ada menteri dari Umno yang mencabar rakyat yang tidak setuju dengan sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia supaya berhijrah ke negara lain,” ujarnya. Penyakit yang sama, katanya nampaknya berjangkit pula dengan Ketua Polis Negara.

 “Namun kita harus sedar menteri tersebut adalah ahli politik, tapi Tan Sri Khalid adalah penjawat awam yang sepatutnya berfikir dan bertindak melangkaui soal politik,” katanya. Justeru, kata beliau Juham dengan ini mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri dan juga cabaran yang dibuat oleh Ketua Polis Negara terhadap Surendran. Katanya lagi, kerajaan dan PDRM khususnya, harus lebih professional dan mendengar apa yang dibimbangi rakyat. Beliau menambah, PDRM tidak perlu bersikap seperti ahli-ahli politik Umno agar PDRM benar-benar menjadi sebuah pasukan polis yang dihormati rakyat, efektif dan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan.

11 October 2013

Peguam Juham turun pertahan Sungai Limau


KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) melalui 50 orang para peguamnya akan turun mempertahankan Dun Sungai Limau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 4 November depan. 


Melalui suatu perjumpaan antara Juham, para peguam PAS Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bersama-sama dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Kedah di Kuala Kedah pada 28 September lalu, antara resolusi yang dicapai dan dipersetujui ialah para peguam Juham akan diturunkan ke setiap Unit Peti Undi (UPU) di Dun Sungai Limau dan akan akan dijadikan anak angkat bagi setiap UPU tersebut.


“Di situ, para peguam Juham akan turun memberikan penerangan undang-undang kepada setiap petugas Paca yang akan bertugas di Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Limau tersebut,” ujar Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi kepadaq Harakahdaily.


Selain itu, katanya para peguam Juham juga akan memberikan penerangan kepada pengundi-pengundi mengenai isu undang-undang seperti hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menangkis dakyah Umno Barisan Nasional kononnya wakil DAP akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.


Beliau berkata, seperti kebiasaan pada pilihan raya-pilihan raya yang lalu, Juham turut akan membuka bilik gerakan bagi menyelaraskan gerak kerja para peguam sepanjang proses pilihan raya kecil tersebut. 


Menurutnya lagi, elalui kerja bersepadu sebegini, Juham percaya ia dapat membantu para petugas pilihan raya dalam membuat persediaan berdepan dengan sebarang provokasi kempen Umno Barisan Nasional serta menangkis penipuan-penipuan yang bakal berlaku. 


Akhirnya, kata beliau Juham mendesak agar SPR bersikap telus, adil dan amanah dalam mengendalikan pilihan raya kecil kali ini. 


“Juham tidak menolak kemungkinan Umno Barisan Nasional akan bersungguh-sungguh merebut kerusi Dun Sungai Limau ini bagi menjaga air muka Menteri Besar mereka tatkala pemilihan Umno semakin hampir,” katanya. 


Justeru, ujar beliauJuham menyeru kepada semua petugas PAS agar lebih bersedia dalam berdepan pelbagai penipuan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Henti pelaksanaan AES hingga semua kajian selesai- Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan supaya telus dan menghentikan serta merta perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga semua kajian selesai.

Beliau menyatakan demikian ekoran kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengumumkan bahawa pelaksanaan AES akan diambilalih oleh kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan [GLC] iaitu AES Solution Sdn Bhd.

Walau bagaimana pun, katanya terdapat beberapa isu yang mengelirukan timbul di dalam pengumuman tersebut.

“Saya melihat pengumuman tersebut adalah suatu pengumuman pra-matang kerana kajian terperinci oleh Jawatankuasa Pemandu masih belum selesai,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Akhirnya Kerajaan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussien mengumumkan bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik [AES] akan diambilalih oleh kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan [GLC] iaitu AES Solution Sdn Bhd.

Walau bagaimana pun terdapat beberapa isu yang mengelirukan timbul di dalam pengumuman tersebut. Saya melihat pengumuman tersebut adalah suatu pengumuman pra-matang kerana kajian terperinci oleh Jawatankuasa Pemandu masih belum selesai. Antara isu yang masih samar tanpa penjelasan ialah seperti berikut:-

a)   Status dua (2) syarikat.

Kerajaan mengumumkan bahawa AES Solution Sdn Bhd akan mengambil pegangan (share) di dalam kedua-dua syarikat tersebut secara berperingkat. Ini lebih menimbulkan persoalan. Kenapa syarikat berkaitan kerajaan AES Solution Sdn Bhd perlu mengambil pegangan saham kedua-dua syarikat tersebut? Selama ini yang dipertikaikan ialah kenapa penguatkuasaan undang-undang perlu dilibatkan syarikat swasta. Sekiranya AES Solution Sdn Bhd mengambil pegangan saham (share) di dalam Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd, ianya masih sama kerana perlaksanaan AES masih dilibatkan pihak swasta walaupun ianya syarikat berkaitan kerajaan. Malah dengan cara ini jelas bahawa Kerajaan sedang “bail-out” syarikat Beta tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd.

b)   Apakah status saman-saman yang telah dikeluarkan?

Kerajaan tidak menjelaskan status saman-saman yang telah dikeluarkan sejak AES dilaksanakan pada 22 September 2012. Pemangku Menteri hanya menyatakan status saman-saman tersebut hanya akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan tetapi dalam masa yang sama menggesa penerima saman membayar kompaun yang telah dikurangkan sebanyak 50%. Ini suatu tindakan terdesak kerajaan untuk memeras duit rakyat yang sudah sedia tertekan dengan rasionalisasi subsidi minyak yang menyebabkan harga minyak RON95 naik 20sen. Jika saman-saman masih belum diputuskan statusnya kenapa perlu dibayar kompaun yang ditawarkan. Adakah tindakan ini adalah sebahagian kaedah kerajaan mendapatkan duit untuk membayar pampasan kepada syarikat?

c)   Kenapa diserahkan kepada PDRM

Sejak tahun 1995 PDRM telah dibekalkan secara berperingkat kamera perangkap laju dan sehingga tahun 2012 jumlahnya adalah sebanyak 124 unit di mana 85 unit model Laser Digicam yang bernilai RM173,925.00 seunit dan model Laser Trucam berjumlah 39 unit yang bernilai RM223,500.00 seunit. Sejak dari 1995 juga kadar kemalangan tidak menurun malah meningkat begitu mendadak walau pun PDRM telah dibekalkan dengan kamera berteknologi tinggi. Malah PDRM juga gagal menguruskan saman-saman yang telah mereka keluarkan sehinggakan pada awal bulan yang lepas Ketua Polis Negara mencadangkan untuk membatalkan lesen memandu bagi 1.7 juta pemilik saman tertunggak. Sekarang AES pula hendak diserahkan operasinya kepada PDRM. Apakah jaminan PDRM boleh menguruskan AES lebih baik? Adakah selama AES dikuatkuasakan JPJ telah gagal menjalankan tugas mereka dalam operasi AES sehinggakan perlu diserahkan kepada PDRM?

d)   Berapa kos pampasan dan bagaimana pampasan dibuat?

Kerajaan telah memasuki Perjanjian bersama dua (2) syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan. Apabila diumumkan bahawa kerajaan mengambil alih operasi, ini bermaksud kerajaan terpaksa membatalkan perjanjian dengan syarikat. Akibat pembatalan perjanjian, kerajaan terpaksa membayar pampasan dan kos-kos terlibat. Pemangku Menteri hanya memberikan jaminan tiada pihak mengaut keuntungan, tetapi bagaimana pampasan akan dibuat untuk mengelakkan keuntungan? Perlu diambil perhatian bahawa Kerajaan mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kos penyediaan AES oleh syarikat ialah sebanyak RM717 juta. Mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang dipersetujui kedua-dua pihak, syarikat akan menjana sekurang-kurangnya RM769.6 juta setahu dan selama lima (5) tahun syarikat berupaya menjana RM3,848 juta. Jadi berapa sebenarnya jumlah yang akan dibayar oleh Kerajaan, adakah RM717 juta atau RM3,848 juta?

e)   Butiran perjanjian.

Sejak AES dilaksanakan, KASE mendesak di luar dan di dalam Parlimen agar kerajaan dedahkan butiran perjanjian untuk dilihat dan dinilai oleh rakyat kerana perlaksanaan AES ini melibatkan rakyat secara langsung. Kerajaan bertegas bahawa perjanjian adalah rahsia sehingga hari ini kerajaan akan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat. Jadi adalah wajar kerajaan dedahkan isi perjanjian kerana ianya bukan sesuatu yang melibatkan keselamatan negara.

Justeru, saya mendesak kerajaan supaya telus dan 

Tangguh AES sebelum pelaksanaan baru- Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) meminta agar kerajaan menangguh sepenuhnya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang serta membatalkan saman-saman yang dikeluarkan.
Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff (Gambar) memberitahu walau apa jua cadangan yang diutarakan, pertama sekali perlu dilakukan adalah menanggung dulu pelaksanaan sebelum ini.

Jelasnya, terlalu banyak kelemahan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan juga perundangan sepertimana yang diperkatakan Peguam Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad sebelum itu dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan AES termasuk mengambil kira lokasi pemasangan kamera AES.

"Walau apa jua cadangan yang kerajaan utarakan, pertama sekali kerajaan perlu hentikan segera pelaksanaan AES terlebih dahulu dan batalkan kesemua saman yang telah dikeluarkan.

"Terlalu banyak kepincangan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan perundangan, kalau yang ini pun belum selesai tak guna nak buat apa-apa cadangan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan Ismail yang akan memberi keutamaan kepada laluan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu serta mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Dulu kerajaan kata AES ini dipasang untuk kawasan-kawasan kemalangan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi kenyataan hari ini amat berbeza, apa dah jadi kepada matlamat asal dan kalau kerajaan hendak pasang pada kawasan 110 kilimeter sejam sahaja itu bukan kawasan tumpuan.

"Dan kita juga hendak tahu AES di lampu isyarat dan juga beberapa lokasi yang kelajuan bawah 80 kilometer sejam, kalau hanya nak tumpu pada kawasan 110 maka saya minta kamera AES di lokasi-lokasi lampu isyarat dan had laju yang rendah ditanggal serta merta," sambung beliau.

Beliau yang mengesa agar kerajaan mendedahkan perjanjian yang ditandatangani antara syarikat pembekal sebelum cadangan baru diperolehi bagi mengetahui apa pindaan yang telah dilakukan dari perjanjian asal.

"Dedah dulu perjanjian asal dan baru kita boleh tahu apa perubahan yang dibuat hasil dari perbincangan.

"Kalau perjanjian pun tak mahu dedah, macam mana kita hendak tahu perubahan pindaan tersebut dan jadi adalah lebih baik kerajaan mengumumkan supaya rakyat lebih tahu," sambung beliau.

Menurutnya lagi, setiap cadangan perlu diadakan perbincangan meja bulat dengan memanggil semua yang terlibat dan persetujuan perlu dilakukan sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

“Pada saya SPR gagal,”


KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!


Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.


Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.

PCA - Guantanamo versi Malaysia

Satu satunya sebab mengapa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah ( PCA ) berjaya diluluskan oleh Dewan Rakyat baru baru ini kerana wujudnya kezaliman suara majoriti ( tyranny of majority ). Jika demokrasi dikaitkan dengan suara majoriti maka kita tidak ada pilihan selain terpaksa menerima bukan sahaja kezaliman majoriti bahkan kejahilan majoriti juga.

Mesej di dalam Al Quran bahawa ramai manusia yang tidak mengetahui atau tidak menggunakan akal dapat saya rasakan wujud di Parlimen Malaysia semasa berbahas PCA. Sebab itu tidak pelik ada Ahli Parlimen BN yang boleh mencadangkan mana mana orang yang dikatakan melakukan jenayah layak ditembak sahaja.

Mengapa Pakatan Rakyat menentang PCA? Jawapannya mudah iaitu kita menentang apa sahaja undang undang yang membenarkan penahanan seseorang tanpa bicara. Bukankah , sepertimana hujah Ahli Parlimen BN, yang ditahan itu adalah penjenayah ? Ya , benar tapi siapakah yang menentukan seseorang itu penjenayah ? Bukankah itu peranan Mahkamah ? Bagaimanakah Mahkamah dapat menjalankan tugas dan peranannya jika peranan itu ditiadakan dalam PCA?

Mengapa kita harus berikan keadilan kepada penjenayah, hujah Ahli Parlimen BN. Jawapan itu, saya jawab semasa berbahas , wujud dalam Al Quran. Al Quran menyatakan secara jelas " Janganlah kerana kebencian kamu pada sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil, berlaku adil lah kerana ia lebih dekat kepada ketaqwaan." Ayat ini saya kata kepada Parlimen  menunjukkan bahawa Islam mempromosi keadilan yang mutlak - keadilan perlu ditegakkan dalam apa keadaan dan kepada sesiapa pun hatta kepada musuh.

Benci macam mana sekalipun kita kepada mana mana penjenayah ia tidak memberi lesen  untuk kita tidak berlaku adil kepada mereka. Sebab itu pernah wujud dalam sejarah Islam manifestasi sebenar ruh ayat ini iaitu apabila Syaidina Umar r.a ditikam oleh orang yang ingin membunuhnya Umar r.a masih melarang penjenayah itu diperlakukan dengan kejam dan zalim. Sebab itu juga pernah wujud dalam sejarah Islam apabila orang Islam iaitu Tu'mah Ibnu Ubayriq yang mencuri baju besi dan diletakkan di rumah orang Yahudi turun ayat Al Quran dalam surah Al Nisa' ayat 105 yang membebaskan orang Yahudi dari tuduhan palsu yang dibuat oleh orang Islam. Ya, Yahudi jahat namun apabila mereka dizalimi hatta oleh otang Islam, Islam membela Yahudi dan mencela tindakan orang Islam sendiri.

Atas ruh ajaran Al Quran itu, sebenci mana pun kita pada penjenayah kita tidak boleh sama sekali menafikan keadilan kepada mereka. Sebab itu saya katakan dalam Parlimen meskipun Altantuya dibunuh dengan ngeri dan kes pembunuhan itu mencalarkan imej negara kita mereka yang dituduh membunuh Altantuya masih kita bicarakan. Mengapa ? Jawapannya kerana mereka yang ditahan atau dituduh adalah dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Inilah prinsip asas dalam undang undang jenayah sama ada dalam undang undang Islam mahupun undang undang manusia.

Prinsip asas itu bukan benda yang baru dan kewujudan prinsip asas itu adalah suatu yang amat amat diperlukan . Dalam kes jenayah , seseorang yang ditahan berlawan dengan sebuah negara. Negara ada segala-galanya seperti polis, pendakwa, penjara dan sebagainya. Maka satu satunya pelindung kepada mereka yang ditahan oleh negara adalah prinsip asas itu. Malangnya PCA sepertimana ISA memadamkan atau memansuhkan prinsip asas itu.

Seperti yang saya katakan dalam kes jenayah adanya beberapa prinsip asas yang telah wujud begitu lama . Antaranya prinsip bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya.Juga wujud prinsip lebih baik seorang hakim tersilap melepaskan 10 orang yang bersalah daripada tersilap mensabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah. Sebab itu juga dalam kes jenayah beban membukti dikenakan ke atas pendakwa. Sebab itu juga dalam kes jenayah tahap pembuktian atau standard of proof adalah amat tinggi iaitu melampaui keraguan munasabah.

Semua prinsip di atas bukan sengaja direka- reka. Kewujudan prinsip prinsip tersebut mempunyai alasan tersendiri . Malangnya PCA hapuskan prinsip prinsip asas itu dengan dihapuskan peranan dan tugas  Mahkamah. PCA melarang seseorang dibicarakan di Mahkamah meskipun ia dikatakan melakukan jenayah. Larangan bicara menukar prinsip asas undang undang jenayah. PCA menganggap seseorang yang ditahan adalah dikira bersalah dan tidak perlu dibuktikan mengapa mereka bersalah.

Ya, PCA menghapuskan kuasa Menteri untuk mengeluarkan perintah tahanan tanpa bicara. Kuasa itu kini dipindahkan ke atas suatu Lembaga. Persoalannya apa bezanya jika Lembaga juga diberi kuasa seperti Menteri untuk menahan orang tanpa bicara. Yang lebih teruk lagi kuasa Lembaga untuk menahan orang tanpa bicara tidak boleh disemak oleh Hakim melalui semakan kehakiman kecuali dalam perkara yang dikatakan pelanggaran prosedur. Secara mudahnya jika sekalipun dibuktikan Lembaga mempunyai niat jahat ( mala fide ) tidak boleh dicabar kuasa drakonian itu. Jika sekalipun pelanggaran prosedur boleh disemak oleh Mahkamah hakikatnya jika Mahkamah membebaskan seseorang yang ditahan kerana pelanggaran prosedur melalui perintah habeas corpus orang itu masih boleh ditahan semula melalui perintah tahanan yang baru.

Apabila Kerajaan Tony Blair membenarkan tahanan tanpa bicara dalam kes yang  melibatkan pengganas yang hanya dikenakan ke atas bukan warganegara British , Amnesty International menyifatkan undang undang di England itu sebagai " Guantanamo Bay of England". Di Parlimen saya katakan jangan pula Malaysia nanti digelar oleh "Guantanamo of Malaysia " jika sekiranya PCA ini berjaya dijadikan undang undang di negara ini.

2 July 2013

LARANGAN TAZKIRAH SEWAKTU SOLAT TERAWIH: JUHAM SEDIA PEGUAM KE MAHKAMAH



 1. Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia  menyelar sekeras-kerasnya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah Dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berhubung larangan mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat terawih yang disifatkan JUHAM sebagai ‘jumud’ dan jelas menghina/mencabar kemuliaan  Ramadhan sebagai bulan ibadah umat Islam secara khusus.

2. Kenyataan Syed Ibrahim tersebut memperlihatkan secara tidak langsung dasar kerajaan Negeri Pahang yang dilihat cuba menghalang usaha percambahan ilmu dan perkembangan ajaran agama Islam di Negeri tersebut. Adalah jelas bulan Ramadhan merupakan bulan untuk umat Islam beribadah termasuklah menuntut ilmu agama, di mana di kesempatan bulan Ramadhan ini masyarakat Islam yang dahagakan ilmu agama akan mengambil peluang di  ‘medan tazkirah’ bagi menuntut ilmu agama dengan sebaik yang mungkin.

3. Justeru itu, larangan tazkirah ini dilihat sebagai satu penghinaan kepada Masyarakat agama Islam di Pahang dan secara tidak langsung penghinaan  kepada Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam yang menyokong penuh serta komited dalam  usaha-usaha perkembangan agama/syiar Islam di negeri tersebut

4. Adalah tidak wajar larangan tazkirah sebegini dikeluarkan, di mana di masa yang sama tiada larangan keras dan usaha positif dilakukan bagi  membenteras gejala maksiat yang makin berleluasa seperti operasi  kelab malam di bulan Ramadhan dan secara khususnya aktiviti perjudian di Genting Highland yang jelas satu penghinaan kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Maka dalam hal sebegini mengapakah Syed Ibrahim tidak ‘berkokok’?

5. JUHAM menegaskan sekali lagi bahawa, tindakan larangan tazkirah ini adalah bersifat ‘politik murahan’ semata-mata dan kelihatan Syed Ibrahim bercampara tanpa haluan di dalam isu ini. JUHAM mencabar Syed Ibrahim  mengemukakan ayat Al-Quraan dan sumber sunnah manakah yang mendasari larangan tazkirah ini dan apakah ‘maslahah’ yang diguna pakai beliau dalam mengeluarkan ‘larangan jumud’ sebegini.

6. JUHAM komited dan tegas di dalam isu ini dimana JUHAM  bersedia menyediakan/menawarkan barisan Peguam bagi membela dan membantu di mahkamah mana-mana penceramah, AJK Masjid/surau dan mana-mana pihak  yang ditahan ekoran memberikan tazkirah sepanjang bulan Ramadhan yang akan  datang, tidak kira di negeri mana sahaja khususnya Pahang.  



Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
PENGARAH
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

19 June 2013

Gesaan JAG agar pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah adalah melampau dan penghinaan kepada Perlembagaan serta Ugama Islam


  1. Baru-baru ini, pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). JAG mendesak agar satu usaha pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Malaysia. (http://www.themalaysianinsider.com/print/rencana/pemansuhan-undang-undang-kesalahan-jenayah-syariah-jag/)


    2.Gesaan JAG ini menampakkan satu manifestasi akan ketidakfahaman/kejahilan mereka akan hukuman sebat di dalam Syariah Islam dan praktikalnya di Mahkamah Syariah Malaysia.
  1. Asasnya, hukuman sebat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysian adalah ‘dikurniakan’ di dalam Perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Maka, secara Perlembagaanya, hukuman sebat syariah ini disokong/diasas oleh Perlembagaan Persekutuaan dan bukanlah hukuman yang tidak sah. Di dalam Islam, Hukuman sebat ini, jika ditelusuri di dalam perundangan Islam adalah merupakan salah satu bentuk hukuman 'takzir' yang mana diperuntukkan kepada pemerintah.
  1. Hukuman ‘sebat’ yang didakwa oleh JAG sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia dan dianggap sebagai satu perbuatan kejam di dalam isu ini tidak mempunyai asas dan tidak lebih sekadar dakwaan melulu tanpa melihat secara ilmiah dan praktikalnya akan ‘hukuman sebat’ yang diamalkan di Mahkamah Syariah, yang nyata berbeza dengan hukuman sebatan di Mahkamah Sivil (C0mmon law).
  1. Hukuman Sebat di dalam Undang-Undang Sivil tidak dinafikan melanggar prinsip hak asasi manusia dan dilihat sebagai kejam dari segi perlaksanaanya. Perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah adalah jelas menjaga maruah/kebajikan/mendidik pesalah dan bukanlah bersifat kejam sepertimana hukuman sebat di dalam Mahkamah Sivil.

  1. Contoh dilihat di dalam Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1997. Seksyen 125(2) Akta tersebut telah memperuntukkan alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, yang digunakan untuk melaksanakan hukuman sebat menurut prinsip syariah hendaklah terdiri dari sebatang alat sebatan yang sebaik-baiknya diperbuat dari kulit atau rotan. Alat sebatan tersebut seharusnya tidak mempunyai sendi mahupun bonggol serta mempunyai panjang dan ketebalan yang masing-masing tidak melebihi 1.22 meter dan 1.25 sentimeter. Seksyen 125(3) Akta pula kemudiannya memperuntukkan beberapa peruntukan yang terpakai kepada hukuman sebat menurut prinsip syariah anataranya sepertimana berikut:-

*Alat untuk menyebat tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan diperbuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

*Sebelum hukuman sebat dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh Pegawai Perubatan kerajaan untuk diperakui bahawa pesalah itu dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani hukuman berkenaan.

*Sekiranya pesalah hamil, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sehingga tamat dua bulan selepas melahirkan anak atau keguguran.

**Hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana-mana tempat seperti diarahkan oleh mahkamah atau di suatu tempat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi maksud itu.

Cara sebat:

**Orang yang dilantik melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang. Orang itu hendaklah menggunakan alat sebat dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah.

**Selepas mengenakan satu sebat, dia hendaklah mengangkat alat sebat itu ke atas dan tidak menariknya.

** Sebat boleh dikenakan ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

**Jika pesalah lelaki hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, dan jika pesalah perempuan dalam keadaan dia duduk.

**Jika ketika hukuman sebat itu pegawai perubatan kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebat, sebat itu hendaklah ditangguhkan sehingga pegawai perubatan itu memperakui bahawa pesalah sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.

**Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak.


Masa pelaksanaan hukuman

**Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada hukuman penjara, hukuman sebat itu tidaklah boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan yang berkenaan.

**Sebat itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan yang berkenaan yang mengesahkan hukuman itu.

  1. Seterusnya, JAG mendakwa bahawa hukuman 'sebat tersebut' adalah satu diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. JAG mendakwa Artikel 8(2) Perlembangaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip anti-diskriminasi ini. Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke atas wanita, tidak kira umur.Dakwaan JAG ini tidak berasas dan menunjukkan JAG setakat serkap jarang dalam Isu ini.

  1. Perlu dibezakan hukuman sebat yang dimaksudkan Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara adalah hukuman sebat sivil yang jelas berbeza aplikasinya/falsafahnya dengan hukuman sebat syariah. Malahan persoalan kesamarataan di bawah artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara ‘harfiah’ tanpa merujuk kepada pentafsiran/falsafah Perlembaagan yang menyeluruh.Lihat sahaja kepada situasi Pesalah kanak-kanak yang melakukan kesalah membunuh (seksyen 302 Kanun Keseksaan), adakah dijatuhkan hukuman gantung?Jawapannya tidak. Adakah sekiranya Raja/Sultan melakukan kesalahan akan dihadapkan ke Mahkamah biasa sepertimana rakyat biasa? Jawapannya juga tidak (Raja/Sultan mempunyai Mahkamah Khas Raja-Raja).Adakah dalam keadaan-keadaan ini JAG juga akan menyatakan bahawa telah berlaku diskriminasi dari sudut perlaksanaan keadilan? JAG perlu faham bahawa, 'keadilan' bukanlah bermaksud samarata atau 50-50, namun keadilan dalam hakikat sebenar adalah ‘meletakkan sesuatu perkara itu di/pada tempatnya’.


  1. Maka persoalan di atas sudah dapat menjawab bahawa persoalan kesamarataan yang dilaung JAG. Hakikatnya, masyarakat Islam di Malaysia adalah tertakluk kepada undang-undang Islam Negeri yang berkuatkuasa ke atas mereka. Suka atau tidak, itulah undang-undangnya. Samalah sekiranya kita memasuki sesebuah Negara asing, suka atau tidak kita akan tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Mengapa kita boleh bersetuju dengan hukuman denda/penjara bagi kesalahan memandu secara mabuk, tetapi tidak boleh bersetuju dengan hukuman sebatan bagi peminum arak berugama Islam?

  1. Kesimpulan di sini, hukuman sebat di Mahkamah syariah adalah berbeza sama sekali dengan sebatan di Mahkamah Sivil. Aspek pelaksaan hukuman sebat syariah jelas  tidak bersifat kejam, menzalimi dan melihat kepada kebajikan dan kehormatan si pesalah.

  1. Dari sudut perundangan Negara, hukuman sebat tersebut telah diasaskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidaklah menyalahi Perlembagaan.Maka, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dipersilakan melakukan Semakan Kehakiman (Judicial Review) di Mahkanmah bagi menentukan keesahan hukuman ini.Maka, pastinya kekecewaan melanda mereka. Sebab itu, sehingga ke hari ini, tiada langsung usaha seumpama itu dilaksanakan, melainkan suara-suara sumbang di kala wujudnya penghakiman-penghakiman sebegini oleh Mahkamah Syariah.

  1. Persoalan, hukuman yang ingin dilakukan di khalyak ramai, Islam telah melihat akan keperluan sesuatu hukuman memberi pengajaran kepada ahli masyarakat yang lain dan bukanlah semata-mata pengajaran kepada pesalah sahaja. Lihatlah sahaja hukuman sivil yang sedia ada, walaupun pesalah dihukum gantung,sebat dan penjara yang lama, ianya langsung tidak memberi kegerunan dan ketakutan kepada masyarakat, malahan kejadian/kesalahan jenayah semakin menjadi jadi jadi. 

  1. JAG akan mendakwa bahawa hukuman sebat di tempat awam serta dikhalayak ramai adalah memalukan, maka dihujahkan di sini bahawa, hukuman sebat di bawah prinsip syariah yang dikatakan memalukan ini seharusnya ditimbang kembali dengan kesan-kesan pendidikan dan reformasi yang bakal terhasil dari metod hukuman sedemikian.Di atas dasar darurat dan kemaslahatan, adalah wajar pesalah dimalukan dengan dihukum sebat di khalayak ramai asalkan kesan dari hukuman sedemikian dapat menginsafkan serta mendidik pesalah dan masyarakat sekaligus menjadi pemangkin ke arah mencegahdan mengawal kadar jenayah dalam masyarakat.

  1. Dihujahkan bahawa,hanya dengan cara hukuman dilaksanakan di tempat awam serta di hadapan orang ramai sahaja yang akan berjaya menimbulkan keinsafan dalam diri pesalah dan masyarakat awam. Hasil dari sinar keinsafan yang timbul dalam diri pesalah dan masyarakat inilah yang akan menjadi pemangkin ke arah mendidik pesalah serta mencegah jenayah dalam masyarakat. Lihatlah saja isu ‘Kartika’ yang hangat diperkatakan sebelum daripada ini, belum lagi hukuman tersebut dilaksanakan,  membicarakanya sudah menjadi seolah satu kegerunan/tumpuan kepada Masyarakat. Maka, jika ianya dilaksanakan sudah pasti Masyarakat akan patuh kepada undang-undang Islam dan syiarnya. Insyallah.

  1. Perlaksaan hukuman sebat secara syariah telah dilaksanakan dengan jayanya di Negara Aceh,  dimana jika kita melihat keberhasilannya, jelas segala dakwaan dan anggapan jahat JAG tersebut terhadap hukuman sebatan syariah adalah sekadar retorik dan sekadar melempiaskan prinsip kebebasan dan kesamarataan yang dari sudut kaca mata penilaian mereka sendiri tanpa menjustifikasikan kepada strukur moral/sosio/agama masyarakat kini.



    16. Maka, gesaan JAG kepada Kerajaan untuk mengkaji semula dan memansuhkan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa peruntukan-peruntukan tersebut tidak berasas dari segi teori danamalan undang-undang Islam jelas sama sekali bertentangan dengan falsafah Perlembagaan dan secara jelas satu penghinaan kepada agama Islam dan Umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang syumul ini. Kami,sebagai umat Islam, berhak untuk mengamalkan ajaran dan segala syiar-syiar di dalam Agama Islam yang kami anuti.


    AHMAD DENIEL ROSLAN
    AJK Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Pusat(JUHAM)
    Peguambela & Peguamcara (Ahmad Deniel,Ruben& Co)
    19/6/2013

3 February 2013

KL112: Juham sedia peguam hadir ke balai polis

KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu dinasihatkan tidak takut untuk membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, 14 orang tersebut hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis, bukan untuk didakwa.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak perlu hadir secara terburu-buru selagi notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Dari sudut perundangan, mereka tidak perlu serah diri sehingga polis mengeluarkan notis pemberitahuan.

"Polis harus mengeluarkan notis pemberitahuan meminta mereka hadir untuk membantu siasatan. Polis ada prosedur siasatan, tidak boleh terus dakwa. Jadi mereka tidak perlu takut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Zamri juga berkata, Juham akan menyediakan peguam untuk menemani mereka ke balai polis selepas menerima notis.

"Juham akan sediakan peguam untuk menemani mereka kerana ikut prosedur, orang yang dipanggil ke balai polis boleh ditemani peguam," katanya.

Jika terdapat pendakwaan pula katanya, Juham akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka.

"Juham akan ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan peguam mewakili mereka," katanya.

Polis harus profesional

Sementara itu, Zamri mengingatkan pihak polis agar bersikap profesional dan tidak mengikut telunjuk Umno BN.

Katanya, tindakan mencari orang yang membawa kanak-kanak dilihat seolah-olah sengaja mencari kesalahan penganjur.

"Himpunan berlangsung aman dan tak ada apa-apa kerosakan kenapa selepas sebulan tiba-tiba polis cari mereka.

"Ini menunjukkan Umno BN yang sebenarnya takut melihat kehadiran rakyat ke himpunan, jadi mereka cari kesalahan," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis harus mengutamakan isu keselamatan rakyat berbanding mencari kesalahan begini.

"Saya ingatkan polis lebih profesional dan bertindak mengikut keutamaan.

"Banyak lagi kes orang hilang, jenayah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ni," katanya.

Menurut polis, perbuatan membawa kanak-kanak ke himpunan melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

sumber:


16 January 2013

KENYATAAN MEDIA JUHAM: PENGGANTUNGAN PEGAWAI BANK ISLAM DAN ISU BAWANI: BUKTI KEBEJATAN INTELEK UMNO/BARISAN NASIONAL


KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
BERTARIKH: 16/1/2013

PENGGANTUNGAN PEGAWAI BANK ISLAM DAN ISU BAWANI: BUKTI KEBEJATAN INTELEK UMNO/BARISAN NASIONAL

JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (JUHAM) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu  yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi.

Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya. 

Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini.  Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka. 

Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya  berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara. 

Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. 

Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci. Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah. 

JUHAM amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal. 


Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara.JUHAM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan JUHAM mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen. 



Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia