23 April 2015

Kemelut isu Makcik Wahidah dan Pemaju di Kg Chubadak selesai'

Kemelut isu Makcik Wahidah dan Pemaju di Kg Chubadak selesai'

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Hari ini berjaya memuktamadkan penyelesaian akhir dgn pihak pemaju berhubung isu Makcik Wahidah dan Hj Halim di Kg Chubadak.


Selesai perbincangan hampir 2 jam petang tadi di pejabat peguam pemaju Tetuan Skrine di mana pihak pemaju diwakili sendiri oleh Pengarah Urusannya Datuk Tan, pegawai dan peguam2 mereka sementara saya bersama YB Tian Chua MP Batu hadir bersama tuan rumah Hj Halim, Sdr Zaini Setiausaha Persatuan Penduduk dan Sdr Najib Pengerusi PMIUM.

Terma-terma penyelesaian yg dipersetujui adalah spt berikut :-
1) Pemaju bersetuju memberi gantian rumah kos sederhana yg akan dibina di tapak Kg Chubadak ini. Keluasan 700 kaki persegi,3 bilik tidur,2 bilik air dan 1 lot parking. Saya akan menguruskan hal dokumentasi yg diperlukan dan permohonan akan dibuat melalui pejabat Ahli Parlimen Batu.
2) Bayaran pampasan yg setimpal diberikan kpd Hj Halim @ Makcik Wahidah di mana kos perpindahan dan bayaran sewa bulanan rumah transit di PPR Batu Muda akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju sehinggalah mereka dipindahkan semula ke rumah gantian tsbt.
3) Tempoh urusan perpindahan yg munasabah diberikan iaitu sehingga Sabtu 15/11/2014 dan sepanjang tempoh itu pemaju memberi jaminan tidak akan membuat apa2 tindakan selanjutnya di atas tanah tsbt
4) Pemaju bersetuju tidak akan menuntut ke atas Hj Halim segala kos2 mahkamah dan bayaran guaman atas kes2 yg telah dimenangi oleh pihak pemaju di mahkamah sblm ini. Kos2 tsbt yg dianggarkan tidak kurang RM50 ribu akan ditanggung (absorbed) sepenuhnya oleh pihak pemaju.
Akhirnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pihak yg terlibat dlm bersama2 bersolidariti dlm isu Kg Chubadak ini khususnya kpd NGO BELA dan NGO2 lain, para aktivis msykt, mahasiswa2, ahli2 parti politik dan semua pihak yg terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.


Selesai Fasa 1 rundingan penyelesaian dan slps ni Fasa 2 yg melibatkan 50 keluarga lagi yg masih dlm proses mahkamah. Insyallah rundingan penyelesaian yang terbaik juga akan diusahakan utk mereka Insyallah.
Terus kita pertahankan hak2 peneroka bandar dan bantu mereka yg ditindas hasil polisi zalim rejim UmnoBN. 

Allahuakbar !!!

Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Bandar Pemuda
PAS Malaysia
dan
NGO Anak Warisan

No comments: