AJK Jenayah JUHAM PUSAT
Alhamdulillah negara kita mengorak langkah menjangkau usia ke 52 tahun ini. Salam
kesyukuran kita ucapkan ke hadrat yang Esa dan ucapan terima kasih kepada semua pejuang kemerdekaan samada yang masuk ke dalam buku teks
sejarah atau tidak serta ulama-ulama yang telah memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. Suram nampaknya sambutan merdeka tahun ini. Adakah
kerana kebetulan kita berada di bulan Ramadhan (kurang syaitan untuk bersukaria-kecuali Red Devils) atau menularnya wabak H1N1 yang sudah hampir menjangkau 100 kematian ataupun kerana kita dapati masih ramai lagi belum merdeka jiwanya, mindanya dan semangatnya.
Sepatutnya bila sudah menjangkau 52 tahun, maka kita sudah matang dan tiada lagi sikap-sikap yang terbit dari darah muda atau belum empuk lagi (bahasa ore kelate tok pok lagi). Malangnya, tanggal Jumaat lepas sebaik sahaja selepas solat Jumaat, sekonyong-konyongnya muncullah 50 orang (pejuang agama dan bangsa?) berarak dengan penuh kemarahan dan tanpa sebarang sekatan (ya betul line clear saudara) ke pejabat SUK Selangor membawa seekor kepala lembu membantah pemindahan kuil ke kawasan mereka.
Sebagai legally trained person, saya menyokong sebarang demonstrasi secara aman. Hak untuk bersuara dan menyatakan sikap adalah bagus dalam
demokrasi yang sihat. Tapi kenapa demo kali ini saya sifatkan bersifat kelembuan dan uncalled for? Lihatlah sendiri rakaman video dalam youtube. Demo dibuat dengan penuh ketegangan, bahasa yang kasar, banner yang menghina dan perbuatan provokasi seperti memijak kepala lembu. Ini sebab utama, di mana demo bukan lagi secara aman dan bertujuan untuk mencapai maksud yang aman seperti menyerahkan memorandum kepada YDP Agong.
Keduanya, kenapa perlu membawa kepala lembu? Tak cukupkah dengan banner seperti Take Beer dan mengutuk pemimpin kerajaan? Ini adalah satu provokasi terlampau kepada masyarakat India kerana lembu adalah haiwan suci mereka. Di sini, analogi oleh KJ iaitu apakah reaksi kita jika al-Quran pula yang dipijak ada bernasnya (akhirnya daripada KJ). Ini ditambah dengan kata-kata amaran untuk bermandi darah, takkan bergerak seincipun dan sebagainya dengan nada kemarahan tahap gaban. Kalau nak bermandi darah, pergilah ke selatan Thai, ke Mindanao, ke Palestin, barulah jadi orang gedebe sungguh menentang kuffar laknatullah. Dan untuk mencuci tangan dengan mengatakan tidak tahu dari
mana datangnya kepala lembu itu adalah seperti mengatakan Cristiano Ronaldo tidak tahu bagaimana untuk dive di dalam kotak penalti. Damage has been done saudara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta lembu sekalipun boleh diundur, tapi terlajak kata, terlajak tindakan yang bersifat kelembuan, putarkanlah sahaja lagu dari kumpulan AXL (andai dapat kuundurkan putaran dunia).
Islam mengajar berlaku adil dan berhikmah kepada semua. Islam tidak mengajar menjadi samseng kampung dusun terhadap agama lain dan pengikutnya. Siapa yang hendak menanggung dosa jika mereka pula mencerca Allah dan agamanya? Jika
sekalipun tidak berpuashati kepada pemerintah sekarang, fokus sahajalah kepada mereka, banyak cara boleh dibuat, kenapa perlu bermain dengan
racial card? Hendak sangatkah pertumpahan darah berlaku? Tambahan pula bukankah sekarang bulan suci Ramadhan, takdakah perasaan hormat? Desperate sangatkah sampai perlu resort dengan tindakan begitu? Tak kajikah bahawa dalam Malaysia ini berapa banyak kuil atau pusat ibadat lain dibina di kawasan majoriti Islam, dan sebaliknya masjid di kawasan bukan majoriti Islam? Adakah sekecoh ini jadinya dengan tindakan yang bermesejkan; nak buat kuil tempat lain buatlah asal jangan tempat aku!
Subhanallah ini bukan perangai orang Islam.
Seperkara lagi, sebagai pengamal undang-undang saya kecewa dengan tindakan (atau lack
of tindakan) dari pihak polis. I'm sorry to all my good and Allah-fearing policeman (masih ramai yang baik). Kegagalan polis bertindak dalam keadaan demontrasi yang terlampau ini (bukan pramugara sahaja terlampau) menunjukkan sikap double standard dan pilih bulu. Alasan-alasan bersifat kelembuan seperti polis yang ada ketika itu hanya junior officer, kita perlu report dulu baru boleh bertindak dan kita tak boleh tangkap orang sesuka hati serta perlu wrap up siasatan dulu dan rujuk DPP; mengukuhkan lagi persepsi masyarakat bahawa polis adalah bias (sudah menjadi judical notice?). Please don't insult our
intelligence.
Sehingga kini saya masih menaruh harapan kepada PM
kita (ya dia masih PM saya juga) untuk mengambil sesuatu tindakan yang wajar bagi membendung pertelingkahan kaum berlaku. Kita tidak mahu episod Kg Medan berulang, jauh sekali 13 Mei wal'iyazubillah. Walaupun harapan saya itu semakin menipis dek kerana kesenyapan beliau (beliau mengatakan beliau fast & furious melalui SU MIC sahaja) dan juga kebisuan akhbar-akhbar perdana daripada menfrontpagekan insiden ini (hairan bin ajaib sungguh). Mungkin kita perlu minta saudara Ketua AMK Samsul Iskandar menghantar seekor lembu (masih bernyawa) lagi (seperti yang beliau buat kepada SPRM dulu) sebagai tanda ingatan tulus ikhlas
kita rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan berjiwa patriotik serta sanggup mati syahid mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ahhh lembu lagi! Wassalam.