21 August 2009

maklumat berkaitan tan sri khalid ahmad sulaiman, chairman diciplinary board bar council

Sebagaimana yang tuan maklum, calon BN Sdr Rohaizat telah dibatalkan lesen guamannya dan Lembaga Disiplin Majlis Peguam  melalui George Varugese telah buat media statement bhw Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah chairman diciplinary board yang tandatangan surat pembatalan itu.

Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman adalah bekas Penang BN Secretary dan merupakan Pemangku Ketua Menteri selama 6 bulan dalam tahun 1979 ketika ketua menteri Lim Chong Eu berada diluar negara. Beliau adalah peguam senior dalam senarai peguam dan beramal di firma guaman K Ahmad & Yong di penang. Beliau mula didaftar sebagai peguam pada 22-2-1966. Beliau menerima darjah PSM yg menerima title tan sri bersama bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Malik Ahmad (Allahyarham) dan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (Chief Judge) wanita yang pertama Tan Sri Siti Norma Yaakob.

Pada 21.10.2007, New Straits Times telah melaporkan bahawa Tan Sri Khalid berkata, "I vouch that Diciplinary Board is totally independent from Bar Council in its decision making prosess". He further said, 92 lawyers were struck off the rolls over the last five years for serious professional misconduct including embezzling the money of their client. [terjemahan - saya berani katakan bahawa Lembaga Disiplin adalah benar-benar bebas daripada pengaruh Majlis Peguam dalam proses membuat keputusan. Beliau menambah, seramai 92 peguam telah dibatalkan daripada senarai daftar peguam semenjak 5 tahun lepas atas pelbagai kesalahan serius berkaitan profesion guaman termasuk menggelapkan wang amanah klien]

Pada 23/6/2004, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah mempengerusikan panel 3 orang ahli Tribunal Siasatan Disiplin UMNO yang dilantik untuk menyiasat dakwaan salah laku bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad. Pada 8/7/2004, beliau merupakan salah seorang anggota lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ahmad Rithauddeen.

Pada 28/5/2008, agensi berita BERNAMA  melaporkan bahawa Setiausaha BN Pulau Pinang, Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman telah menafikan khabar angin beliau menerima tawaran untuk bersama Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Beliau dilaporkan berkata, "Hidup dan mati saya adalah untuk UMNO dan Barisan Nasional".

Wallahulam.

# info ini telah diberikan oleh seorang peguam senior yang tidak ingin dikenali.

No comments: