Rasa bangga dan terharu apabila saya dan saudara Ahmad Zamri Khuzaimi diberi kepercayaan oleh para peguam yang hadir mewakili pelbagai NGO dan parti politik yang bergabung atas nama Gerakan Mansuh ISA (GMI) untuk mengetuai prosiding di mahkamah pada hari ini.
Bertempat di Mahkamah Sesyen Jenayah 5 Kuala Lumpur, saya dan saudara Zamri pada awalnya ingin mewakili beberapa ahli PAS sahaja terutamanya angota Unit Amal yang dikatakan akan didakwa kerana menjadi ahli GMI yang tidak didaftarkan, tetapi telah diminta oleh para peguam lain untuk menjadi lead counsel bagi pihak mereka dan seterusnya mewakili kesemua 29 orang yang akan didakwa untuk kesalahan menyertai perhimpunan haram dan menjadi ahli pertubuhan haram.
Saudara Syed Zakaria turut hadir pada sebelah pagi tetapi tidak bersama-sama kami semasa prosiding di sebelah petang kerana ada hal mustahak yang perlu diselesaikan. Namun, sokongan moral beliau menguatkan semangat kami untuk membuktikan Juham Pusat Boleh!
Prosiding berlangsung dengan agak tegang apabila pihak pendakwaan yang terdiri dari 6 orang DPP mencadangkan jumlah ikat jamin sebanyak RM6000-00 setiap seorang. Setelah berhujah dengan panjang lebar, akhirnya kami berjaya menurunkan jumlah ikat jamin kepada RM500-00 sahaja seorang dengan seorang pesalah kanak2 hanya dikenakan bon tanpa cagaran RM300-00.
Pengumuman jumlah ikat jamin tersebut oleh hakim disambut dengan laungan 'Takbir' oleh orang ramai di dalam galeri awam sebelum sempat hakim beredar dari 'bench'nya.
Semua peguam yang mewakili NGO dan parti politik yang lain kelihatan berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan saudara Zamri atas 'good job' (kata mereka) yang telah dibuat.
Kes ditangguhkan ke 4 September 2009 untuk sebutan semula. Sekian.
No comments:
Post a Comment