4 August 2009

29 TERTUDUH DIDAKWA

SERAMAI 29 orang termasuk lima wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz, manakala kesemua tertuduh diwakili barisan 14 orang peguam yang diketuai Azizzul Shariman Mat Yusoff.Hakim Mohamad Sekeri Mamat yang mendengar kes itu membenarkan kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang.SEBAHAGIAN tertuduh dibebaskan dengan jaminan polis selepas didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram mansuhkan ISA di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. - utusan/Mohd. Nazudeen Mahmud.-Utusan Online [4/8/2009]

No comments: