Saya masih teringat kata-kata bekas boss saya semasa melaporkan diri sebagai DPP lebih kurang 8 tahun yang lalu; pertamanya "every man has his own vice (apabila saya mengatakan yang saya tidak merokok), dan keduanya "we choose you to be a DPP because you are the top of the barrel". Sefaham saya maknanya cream de la cream atau terpilih dari yang terpilih. Peliknya semasa temuduga kemasukan ke Jabatan Peguam Negara, saya mengatakan ingin menjadi majistret (salah satu profesion kegemaran ibu mertuaku-ala Kassim). Terasa hebat sungguh memegang title itu, terasa andalah yang paling terrorist sekali dalam arena kemahkamahan.
Fastforward 8 tahun kemudian, saya kini telah menjadi satu lagi profesion kegemaran ibu mertuaku (loyar, bukannya ahli musiq) dan hari ini mewakili bekas seorang DPP yang dituduh di mahkamah. Apabila kami menikmati lontong di Klang tadi, timbul pula cerita mengenai seorang lagi rakan DPP yang dituduh di mahkamah beberapa bulan lepas.
Nah, inilah bukti hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas, kemudian di tepi dan mungkin ke bawah terus. Kalau diikut terminologi kemahkamahan; sekarang mungkin on the bench, esok dicampak jadi DPP, lusa mungkin menjadi saksi dan tulat mungkin di kandang salah sebagai OKT.
Pangkat adalah satu godaan yang sangat besar. Tak percaya? Dengan pangkatlah anda disembah dan diperajakan (istilah ore kelate), dengan pangkat jugalah anda dirapati untuk dikamcengkan (atau dijual nama), dengan pangkat juga membuka jalan-jalan "kenakalan" dan seterusnya kejahatan, dan dengan pangkatlah anda akan disuap atau sekurang-kurangnya digoda dengan pelbagai "perks" dan "benefits". Ia boleh termasuk yang dihukumkan makruh seperti "write-off" saman, hadiah dari pihak berkepentingan seperti hadiah ikan, buah-buahan, DVD dan segala macam lagi. Ia juga boleh terdiri daripada yang jelas haram (dari segi agama, bangsa dan tanahair). Apa benda yang haram itu? Tepuk dada tanya iman dan heartbeat anda.
Menjadi seseorang yang berjawatan begitu powerful boleh membutakan seseorang. Buta siapa sebenarnya sahabat atau musibat. Buta dengan kemampuan diri dan di mana harus berhenti. Buta juga menginsafi bahawa kedudukan, pangkat dan jawatan yang disalahgunakan itu ibarat perangai samseng-samseng di penambang, boleh dihilangkan kehebatannya hanya dengan jurus Pendekar Mustal sahaja. Perangai samseng di penambang yang saya maksudkan di sini adalah seperti virus-virus bongkak, memperlekehkan orang lain (termasuk memakihamun IO), cintakan hiburan dan yang paling kotor sekali adalah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan habuan.
To be fair, mereka yang hanyut dengan jawatan ini minoriti jumlahnya (ramai lagi yang beriman). Ramai yang terselamat dari godaan pangkat dan berjaya dengan penuh cemerlang, gemilang dan terbilang (tanpa had-hari) dan hasilnya jawatan itu mendatangkan keberkatan. Buah sabitan yang diperolehi di mahkamah adalah hasil tuaian bukti yang kukuh dan bukannya bukti yang diadd-onkan. Orang-orang di bawah mendapat rahmat, orang-orang di atas sesetengahnya menggelupur kepanasan kerana orang-orang sebegini tidak reti menyejukkan mereka dengan kipas atau air-cond.
Rakan-rakan yang tidak hanyut di lautan sepi ini, moga diberi kekuatan menyongsang arus godaan pangkat yang dahsyat ini dan berjaya menjadi penjawat awam yang beriman, beramanah dan berjurus. Tak perlu jurus anfusana anfusini, sengih sana tikam sini, pijak sana hentam sini.
If you're good enough, then there must be someone up there (who is sane enough) who will notice you. If still you feel you're not appreciated, you're most welcome to swim with me outside that gold pond, that is in the big ocean outside. Though sometimes it may be rough and not always smooth sailing, believe me its all upon you, your hard work and your tawakkal. You may get a bilis today but maybe a blue whale the next day, instead of getting the same kerapu or tuna every month when the bank pecah (hari gergaji). If material is your utmost consideration though.
Hidup memang umpama roda, bersedialah dan elakkan perasaan tinggi diri dan merendahkan orang lain kerana satu hari, kita mungkin beralih paksi roda itu dari atas ke tepi atau ke bawah. Wassalam.
| |
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
No comments:
Post a Comment