9 August 2009

PERIBADI ATAU PERIBODY

Oleh: Ariff Azami
AJK Jenayah JUHAM

Semalam (6 Ogos) tiba giliran saya sebagai salah seorang peguam dalam team Bar Council hadir ke inquest mendiang Beng Hock. Rasa teruja untuk
menyertai prosiding memang tak dapat saya bendung. Apatah lagi, inquest ini telah ditangguh selama seminggu sebelum ini.

Mengikuti prosiding, banyak perkara yang saya observe tentang watak-watak utama. Antaranya aksi drama loyar Gobind Singh Deo yang penuh berjurus,
soalan2 yang mencengkam jiwa saksi dan running commentary beliau terhadap jawapan saksi (yang kadang kala melucukan tapi ada juga yang sarcastic). Begitu pula loyar Tan Hock Chuan yang direvolusikan menjadi lead DPP (dah takda DPP tulen ke? Tuan Awang contohnya), dengan aksi meloncat beliau membantah setiap soalan nakal (atau jahat) Gobind
seolah-olah beliau menjadi defence counsel SPRM pula.

Di dalam kandang saksi pula, Dr Seah (yang pernah menjadi saksi kes saya), cuba mengawal emosi dan counter segala tuduhan Gobind sehingga satu saat
berkata, "lawyer's question is bias!". Dan sudah tentu watak paling utama (walaupun banyak mengunci mulut) adalah tuan koroner yang sentiasa ice cool dalam apa jua situasi (hati di dalam siapa yang tahu).

Saya tidak ingin menjadi reporter di sini. Banyak sudah media yang melaporkan setiap detik apa yang berlaku di dalam prosiding (sampai koroner batuk pun catit). Saya berminat untuk mengulas sedikit mengenai apa yang dikatakan being person (peribadi) di dalam mengendalikan kes.

Adik kakak semua, dalam prosiding mahkamah; semua trio terlibat (hakim, pendakwa dan pembela) adalah officer of the court. Maknanya, semuanya
bertugas mencapai maksud yang sama iaitu keadilan, cuma menjalankan role yang berbeza. Hasil basuhan dan bilasan tugas tiga komponen inilah yang menghasilkan satu cucian keputusan yang bersih dan adil. Dengan kata mudah, DPP tak sepatutnya gundah gulana kerana kes dibuang, loyar tak perlu mencuka kerana client dihumban ke penjara dan hakim boleh
memutuskan dengan penuh lapang tanpa memikirkan virus KPI dan trojan statistik.

Di dalam inquest adalah lebih-lebih lagi. Pihak-pihak
yang hadir sepatutnya berfungsi sebagai penolong kepada koroner. Saya perhatikan peguam yang dilantik menjadi lead DPP telah seolah-olah melampaui batasan normal iaitu beliau telah re-exam setelah selesai peguam mengoyak-rabakkan saksi. Bukankah dalam inquest beliau hadir sebagai penolong koroner juga? Semasa beliau menyoal saksi, itu bukanlah pemeriksaan utama dan loyar juga tidak dikatakan menyoal-balas saksi. Takda sapa-sapa yang dituduh di dalam inquest. Masing-masing
hanya menanyakan soalan membantu koroner untuk mencari punca kematian. Apa perlu beliau cuba menselotapekan balik cebisan keterangan yang
telah koyak rabak itu? Nampaknya beliau mungkin telah tergelincir ke lembah peribadi (personal) tadi.

Begitu juga dengan loyar. Kita faham bahawa apabila loyar itu mewakili keluarga si mati, beliau akan sedaya upaya cuba channelkan kemarahan atau ketidakpuashatian keluarga si mati semasa inquest. Sebab itulah kita dapat dengar soalan-soalan yang bersifat spekulasi dan menuduh seperti "ada tak kemungkinan si mati ditolak jatuh". Juga akan wujud running commentary kepada jawapan saksi seperti "oh now you are telling me you don't know what were you doing" atau "my god, what were you thinking" atau yang lebih klasik saya pernah dengar "I wish the DPP knows what justice means".

Saya juga pernah terjerumus dalam situasi begini. Dalam perbicaraan yang high profile, lawan yang "kerek", hakim yang ISA, mudah sekali untuk
kita tergelincir dan mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya di dalam mahkamah. Saya pernah terkeluar perkataan "stupid" kepada lawan saya in the heat of the moment. semasa crossing sword dengan beliau . Pernah seorang DPP gedebe yang sudah tidak tahan dengan kerenah hakim yang cerewet tahap gaban, beliau menuturkan ucapan penuh bermadu "kalau Yang Arif asyik nak campur dalam soalan saya, Yang Arif turun sini dan tanya sendiri!"

Jadi, memahami kedudukan yang unik itu, saya
berpandangan bahawa bersederhana itu lebih baik. Kadang-kadang menjadi minimalis juga bagus (less is more). Sedikit drama atau sindir menyindir atau lazer-melazer tidak salah, asalkan tidak keterlaluan sehingga ridicule pihak lain. Kalau hendak memperlekahkan pihak lain sekalipun, gunakanlah bahasa yang sesopan mungkin., hentamlah secukup
rasa. Tanpa drama, prosiding jenayah akan menjadi seperti mendengar khutbah jumaat yang berskrip (yang dikawalselia pihak-pihak tertentu); mendatar, predictable dan membosankan. Apa yang penting (bukan kerjasama wonder pets) adalah cuba untuk tidak melampaui batas dalam menjalankan tugas di mahkamah untuk mengelakkan kita menjadikan kes itu personal (peribadi) atau lebih teruk lagi peribody (ada unsur-unsur busy body). Wassalam.

No comments: